Friday, August 14, 2015

Lot Calculator Indicator | Cara paling mudah untuk tentukan saiz lot anda

Ada beberapa post sebelum ni yang saya buat berkenaan money management.

Semua link tersebut ada seperti yang berikut:
  • Money Management | Menjaga Duit  (klik sini).
  • Kira Stop Loss, Size Lot (video tutorial)  (klik sini).
  • Rasional 30 pips Sehari  (klik sini).
  • Kuasa 30 Pips, 20 Pips, 15 Pips dan 10 Pips  (klik sini).
Sekarang, saya nak buat sedikit perkongsian indicator dengan anda semua. Sila download lot size calc dekat sini.

Inilah indicator yang saya katakan


Indicator ni berfungsi untuk menentukan nilai lot yang perlu diambil berdasarkan modal semasa, kadar risiko akaun anda dan saiz stop loss anda. Ada dalam post blog saya sebelum ni menceritakan correlation (kaitan) antara bilangan pips, peratusan risiko akaun dan akhirnya akan jadi saiz lot. Rujuk kat link atas tadi.

Setting yang akan terpapar nanti:

Setting default lot size calculator anda

Boleh adjust kedua-dua kriteria tersebut. Jangan malu, jangan segan. Rancang trade anda, dan jayakan ia.

StopLoss ialah pips anda untuk stop loss. Kalau 10 pips, letak la 10. Kalau 20 pips, letak la 20. Dan begitulah seterusnya. RiskPercent ialah peratus risiko yang anda berani letak jika stop loss anda kena makan. Letak no sahaja. Tak perlu tanda peratus. Kalau ada decimal, dipersilakan. 2.5 ke? 3.1 ke? Tak ada masalah.

Contohnya. Anda letak StopLoss 20. Dan RiskPercent ialah 3.3. Akaun anda bernilai 100 dollar. Maka, kalau market bergerak sebanyak 20 pips melawan trade anda, anda akan loss sebanyak 3.3 dollar dari jumlah keseluruhan menjadikan akaun anda tinggal 96.7 dollar.

Beginilah kelihatannya pada chart anda.

116.15 lot untuk trade kalini. Modal kat demo.

Lot ni akan jadi lagi besar, kalau trade anda profit. Begitu juga sebaliknya kalau trade anda loss.

Kalau anda set target 10% sehari, bahagikan kepada 5 trade. 2% setiap kali entry untuk mengurangkan risiko. Sebenarnya kalau anda dapat 5 trade berterusan profit, anda dah pun untung 10.41%, bukan 10%. Ini disebabkan oleh compounding effect.

Contohnya:

Lot size akan berubah setelah profit/loss.

Dalam trick kat atas ni, saya tetapkan indicator lot size calc kat setiap chart currency pilihan saya.


Trade wisely!

No comments:

Post a Comment