Thursday, August 13, 2015

Setting Stochastic Semudah A-B-C-D

Saya nak beritahu rahsia pasal stochastic pula. Kalau kita dah 'master' satu perkara tu, tak ada sape boleh tipu kita. Walau cemana keadaan sekalipun menimpa, kita bersedia untuk membuat keputusan sendiri.

Bak kata orang putih, jack of all trades and master of none. Maksudnya: a person who can do many different types of work but who is not necessarily very competent at any of them. Dalam bahasa: Kita boleh buat semua perkara, tapi tak semestinya kita hebat dalam semua perkara tersebut.

Kalau ikut setting asal Genesis, dia akan guna 11,3,3. Anda boleh rujuk thread itu (klik sini).

Tapi, apa benda 11,3,3 tu? Rujuk kat bawah ni:

Setting stochastic oscillator yang biasa.

11 ialah %K, 3 ialah %D, dan 3 ialah slowing.

Jadi? Kenapa kau ubah setting tu, naim?

11 saya tukar jadi 33 kerana %K ialah tempoh look back period. Tempoh kita 'pandang belakang'. Dalam bahasa mudahnya, saya akan pandang balik chart ke kiri sebanyak 33 candle. Kalau dalam kebiasaannya kita trade m5 dengan setting %K ialah 11, maka saya pandang sebanyak 33 candle ke belakang iaitu %K stochastic untuk m15 (11*3=33). Get it?

Maksudnya, saya trade chart m5 dengan %K stochastic pada chart m15.

Beginilah lebih kurang rupa stochastic dengan %K diubah:

%K 33 dan %K seratus.

Garis %K ialah yang biru-macam-hijau tu. %D pula yang merah.

Nampak tak garis biru menegak yang tebal tu? Itu ialah crossover %K dengan %D yang signifikan. Garis pertama tu, %K dalam 33 menghampiri OB area, %K 100 nampak ke bawah sedikit. Garis kedua tu pula, %K 100, Stoch masih dalam OS area %K 33 sudah pun lama keluar dari OS area.

"Ubah %K dan anda akan dapat ubah TF anda."

Secara tidak langsung, kurang peluang trade, tapi signal lebih bermutu kerana trade anda berdasarkan higher timeframe. 

Anda juga dapat lihat lebih banyak pergerakan stochastic dalam setting %K yang lebih kecil sebab kita pandang belakang lebih pendek.

%D pula.

%D 9 dan %D seratus.

Garis %K ialah yang biru-macam-hijau tu. %D pula yang merah.

%D ialah signal line bagi %K.

Maka, kalau anda ubah %D menjadi lebih kecil, lebih banyak crossover. Kalau anda ubah %D menjadi lebih besar, lebih sedikit crossover. Mungkin contoh %D seratus agak melampau, tapi anda disarankan bereksperimen dengannya.

"Kita tak perlukan %D yang sentiasa melakukan crossover. Begitu juga sebaliknya."

Mari kita tengok Slowing pula:

Slowing 9 dan slowing seratus.

Stoch jadi lebih 'slow' dan jarang sentuh OB dan OS kalau slowing tu kita naikkan. Secara tak langsung, kita tau yang...

"Kalau slowing 100 dan stochastic kita bergerak menghampiri OS, downtrend sangat kuat!

Kalau slowing 100 dan kita dapati stoch flat: Tak ada movement yang ketara pada price."

Kalau %K 100.

Kalau %D 100.

Kalau slowing 100.

Berikut ialah summary nyer:

Boleh jadikan sebagai wallpaper..



Jadi, apa lagi! Start ubah setting Stoch anda ikut style trading anda.


Sekian, selamat menimba pips dari perigi forex!

No comments:

Post a Comment