Monday, January 21, 2019

BBMA Multiple Timeframe Sharp Entry

Assalamualaikum semua dan selamat datang ke blog ini. Dalam saya cuba mempelajari pelbagai teknik, pelbagai benda baru yang saya alami.

Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang mengelirukan macam semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelap. Ada yang sangat senang dihadam macam belajar ABC.

Walau apa jua yang kita amalkan, teknik apa yang kita guna, kita hadap benda yang sama. Kita semua trade pasaran yang sama, cuma pengalaman, ilmu, emosi kita berlainan. Tidak sama itu membuatkan kita mencari yang lebih hebat, supaya kita menjadi yang terhebat sesama kelompok majoriti.

Tujuannya hanya satu - mencari sesuap pips daripada market bernilai 5 trillion USD sehari ini.

Dari satu guru ke satu guru.

Dari suatu akaun broker yang terkenal sehinggalah akaun broker tanah air.

Dari satu channel telegram sehinggalah beratus-ratus channel telegram kita subscribe.

Dan yang paling sakit - dari MC sekali, menjadi berkali-kali. Sehingga kita lalai, dah berapa banyak kita habiskan dari segi modal dan masa untuk memahami market forex ni.

Semua yang kita buat tak kena. 

Belajar swing trading, tak tahan float. Modal kecil, tapi tengok cikgu layer banyak nak ikut.

Belajar scalping, selalu terlepas signal, kejar market buat signal sendiri.

Belajar intraday pula, kadang-kadang lupa nak lock profit news langgar terus rugi dan mc.

Mula la cari teknik yang lebih mudah. Antaranya buat copytrade, langgan ea itu ini. Buka lagi telegram. Segala macam channel subscribed. Dari channel belajar teknik A, teknik B sehinggalah ada channel iklan forex.

Sampai satu tahap, akan rasa dalam diri ni yang "aku tak dicipta untuk menjadi trader". Mulalah gali mana broker yang sayang ib, mana lagi peluang nak buat kelas forex untuk trader yang lain masih lagi terkapai-kapai. Caj la murah-murah, mesti ada orang nak join belajar. Nak bagi lagi menarik, kita buat kelas tu dengan screenshot, video dan support.

Tapi ada antara kita yang terus menerus mencari teknik terbaik sebab kita nak jadi trader. Trader konsisten.

Banyak masalah yang kita hadapi sebenarnya.
1. Industri ni terlalu luas dan tiada sempadan. Tak ada tempat setempat untuk kita rujuk. Bila kamu tanya trader A, dia kata Cikgu A hebat. Bila kita tanya trader B, dia kata Cikgu A cedok ilmu Cikgu B dan claim itu dia punya. Jadi sama-sama pening la. Sebab ilmu tu akan sampai kepada pelajarnya dengan nada yang berlainan dari kalimat asal sang guru.
2. Dengan itu, ramai akan ambil kesempatan. Macam-macam cara boleh dibuat, sehinggakan ambil indicator orang lain sebijik-sebijik dan jual dengan harga murah untuk mendapatkan modal untuk depo. Belum lagi kalau yang buat teknik scalp tengah malam waktu malaysia dan bila orang mula pening, dia tukar no telefon.
3. Newbie akan terus jadi newbie kalau dia tak dibukakan jalan oleh Yang Maha Kuasa. Tapi newbie pun ada 2 jenis. Newbie yang smart - tak depo pakai real money sebab dia tau yang dia tak pandai trade. Dia tak rugi apa-apa. Newbie yang tak berapa nak smart - depo dengan real money sampai bergolok gadai duit susu & pampers anak.
4. Terlalu banyak gangguan di sekeliling kita. Banyak sangat SIFU sekeliling kita. Sampaikan kita tak tahu. Adakah dia ni real trader yang konsisten dengan teknik dia ataupun hanyalah disebabkan dia pandai guna camtasia dan buat live class untuk anak muridnya sampaikan dia sangat famous di saentero forex malaysia ni?
5. Dan macam-macam lagi masalah yang kita boleh kaitkan dengan diri sendiri. 

Cukuplah mengomel sampai sini. InsyaAllah lain kali saya akan cuba sambung lagi.
Berikut ialah chart kajian saya. Cara nak dapatkan safe dan sharp entry, menggunakan teknik macd, stoch dan ma high dan ma low. Bukan la bbma sangat pun, sebab saya guna bb pun dah berlainan setting tu.


Apa yang kita pelajari kat sini ialah h4 sideway kan? Walaubagaimanapun kita kena ada bias atau bahasa lainnya ialah trend. Bagi saya trend ketika ini ialah buy - lihat macd kekal atas 0. Di bawah h4 kita fokus buy ya.


Ada 6 kotak biru saya tandakan. Di situ ialah tika stoch OS (sentuh 20). Ini berlaku di timeframe h1. Ingat, OS untuk buy. Ingat tak perangai stoch? It can remain OS/OB for a long period. Bahasa - Stoch boleh jadi OS/OB berterusan jika market mula trending. Hanya menggunakan stoch h1 dan macd h4 sangat-sangat mengecewakan. Lihat point 1 dan 4. Entry kita akan floating negative dan entry tak cukup sharp.


Ini pula di M15. No 6 saya kena buka chart lain sebab saiz chart menjadi terlalu besar. Untuk kejar trade swing/intraday camni (based on h4) dapat tengok tak, ada hari tak ada trade pun.


Dan ini ialah kedudukan kotak keenam.


Kotak kuning hijau tu merupakan tempat entry.


Dan yang ni untuk kotak keenam.

Perasan tak - tiada entry selepas kotak 1 dan 4. Macam saya kata tadi, Stoch h1 bagi buy ikut MACD h4. Tapi kalau ikut itu 100%, kita akan entry di kotak 1 dan kotak 4. Tapi sebaliknya selepas kita filter pulak dengan kriteria lain hanya kotak hijau tu valid untuk kita buy dan hasilnya lebih baik.

Setting bb - default value, cuma saya tambah line standard deviation 1. MACD 19,20,1. Stoch 10,3,3.

Yang penting bukan indicator. Yang penting ialah pemahaman kita mengenai struktur market.

Terlupa pula. Berikut ialah pandangan daripada chart H4.


Nampak cantik kan buy kat kotak hijau tu. Lebih confirm dan less risk untuk floating negative.