Monday, August 31, 2015

Cara nak install CCFp-Diff [v2.0-MTF]

CCFp-Diff v2.0 by FerruFx

Nampak 'cantik' kan? Senang dan tak serabut.

Anda mesti nak tanya macam-macam soalan, kan?
  1. Betul ke signal ni? Dah profit ke?
  2. Signal ni based dengan apa?
  3. Berapa SL/TP bila guna benda ni?
  4. Boleh pasang kat android/iphone ke?
  5. Kena ikut m5 ke? M15 ke? H1 ke? H4 ke?

Untuk menjawab soalan kat atas, sila ke post terdahulu. Klik sini.

  1. Signal ni profit ke? Refer balik post tadi tu, klik sini.
  2. Signal ni based on thread berikut. Thread dari ES trader: klik sini. Thread sambungan 1trader2: klik sini. Itu dua pun dah cukup banyak info dah. Signal atas ni diambil dari bacaan CCFp.
  3. Seperti dalam post terdahulu, saya tengah meng'adjust'kan SL yang optimum. TP? Masih lagi dalam ujikaji.
  4. Android/iphone tak boleh. Sebab dia punya coding payah.
  5. Ikut la selesa mana. Kalau nak adjust, saya syorkan m15,h1,h4. Kalau ambil signal h1 susun h1,h4,d1. Kalau nak cepat, m5,m15,h1. 

Download indicator kat sini.

Install dalam mt4 metatrader anda. Yang ni ialah indicator, bukan ea. Maka letakkan kat C:\Program Files (x86)\Alpari Limited MT4\MQL4\Indicators . Ini saya punya alpari.

Berikut merupakan pemuka settingnya:

Setting 1

Setting 2

Setting 3

Mana yang patutnya kita ubah?

Label0 === Move comments on chart ===

Indicator_ID_Number : perlu adjust kalau kita nak letak indicator ni lebih dari satu dalam chart. Contohnya kalau kita nak letak indicator ni bagi ada 2, kena satu letak 1. Satu lagi letak 2.

X_offset_comments : gerakkan indicator ni mengikut x-axis. Contohnya kalau letak 10, maka indicator ni akan gerak 10 pixel ke kanan.
Y_offset_comments : gerakkan indicator ni mengikut y-axis. Contohnya kalau letak 10, maka indicator ni akan gerak 10 pixel ke bawah.

Label1 === Timeframes settings ===

Use_Timeframe_1 : true/false. Tetapkan true. True ni macam ya. False tidak.
Timeframe_1 : letak tf pilihan anda. Paling kecil di sini. Saya cuba dengan 5 sekarang.

Kalau anda nak tapis m15, h1 dan h4, maka Use_Timeframe_1 - sampai Use_Timeframe_3 tetapkan semua true. Use_Timeframe_4 pula biarkan false. Lepas tu Timeframe_1 ialah 15, Timeframe_2 ialah 60 dan Timeframe_3 ialah 240.

Ingat, h1 ialah 60. H4 ialah 240. Dan d1 ialah 1440. W1 pula ialah 1440 darab dengan 7 iaitu 10080.

Label2 === CCFp settings===

Use.Current tu biarkan jer false.

Use.Bar.instead.of.MA pun set jer false.

MA_Method, Price, Fast dan Slow
tu jangan usik.

Label3 === Suggestions settings ===

Trade_Level ialah filter ataupun penapis. Tetapkan 1 dah memadai. Kalau lagi besar, contohnya 2 signal anda akan lebih berkualiti. Tapi jarang-jarang ada signal. Kalau set 0 banyak signal, tapi tak berkualiti. Saya ambil 1 jer (buat masa ni).

Label4 === Timer settings ===

Timer_Timeframe pula setting notification. Kalau 5, maknanya kalau dalam 5 minit tu ada signal, dia akan bunyi pada 5 minit tu. Kalau 15 pula, setiap 15 minit dia akan notify. Kalau ada signal. Kalau takde signal, takde la.

Label5 === Suggestions Alert settings ===

SignalAlert tu, setkan true kalau anda nak ada signal.

SendAlertEmail tak pernah pula saya cuba. True untuk ya. False untuk tidak.

Label6 === Trade settings ===

Trade_EURUSD dan sampai bawah tu, anda set la sama ada true atau false. Kalau ada pair yang anda tak mau trade (terutamanya sebab saiz spread dan sebagainya), letakkan ajer false.

Label7 === Comments Colors settings ===

Yang bawah Label7 ialah warna. Ubah la ikut suka hati.


Contoh aplikasi.

Contoh 2 CCFp-Diff


Macamana saya buat jadi ada dua ni?

Ikut step by step.

1. Buka new chart. Apa pun tak kisah.

1

2. Lepas tu, blank kan semua. Klik kanan kat chart tu. Pilih properties.

2

3. Buatkan semua jadi none. Klik ok. Done.

3

4. Anda boleh setkan template khas. Klik kanan sekali lagi pada chart dan pilih save template. Kalau nak template duduk atas, letakkan no 1 di depan, atau tanda * atau # mana-mana pun boleh.

4

5. Lepas tu baru la install CCFp-Diff.

5

6. Setting yang pertama ialah seperti yang berikut:

6

7. Setting yang kedua pula:

7

Indicator_ID_Number tu pastikan berbeza. Kalau ada 2, 2 nombor berbeza. Ada 5, 5 nombor berbeza.
X_offset_comments ni berbeza antara CCFp-Diff 1 dan 2.
Timeframes settings pun saya bagi lain-lain. Ingat, indie ni akan bagi alert kalau semua timeframe anda nyatakan bagi signal yang sama.
Trade_level boleh bagi lain-lain, kalau anda nak tengok mana signal yang terbaik. Contohnya satu tu letak 0 dan satu lagi letak 2. Ingat, 0 banyak la signal, tapi mungkin lagi banyak loss. 

Tapi kalau anda nak CCFp-Diff pada chart dengan Price pun tak ada masalah. Buat jer cam biasa. 

Tapi nampak 'serabut' pula kan?
Takde signal

Kalau ikutkan atas ni, CCFp-Diff sebelah kiri akan bagi signal lebih awal (sebab ada m5). Dan sebelah kanan ada m15 pulak. Sekarang takde signal, mungkin sebab takde true trend lagi menjelma. Ingat, harini hari isnin. Mungkin esok ada signal yang baik. Minggu lepas saya trade CCFp-Diff bermula hari selasa. It's a waiting game. Dan game ni akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang sabar.


Jadilah seorang sniper penembak tepat. Kena sabar. Sekali tembak terus kena.

Jangan ragu jangan segan kalau ada soalan nak tanya. Whatsapp kan ada. Hehehe. Bye!

No comments:

Post a Comment