Monday, August 10, 2015

Selepas Gvc Dashboard...

Walaupun auto trading Gvc tidak seperti yang diharapkan, saya masih lagi mencuba system lain. Khususnya yang melibatkan Hedging dan Multi-pair strategy. 

Ia nyata lebih sukar untuk berdepan dengan pair yang banyak dalam satu masa. 

Jadi, berikut adalah hasil eksperimen saya: 

Seronok kalau semua tp mengena, bukan?
Pada mulanya, saya perhatikan IA - indicator account seperti yang diajar oleh trader101. 

Inilah IA saya.
Kemudian, saya pun ambil signal daripada IA ni. Kalau buy dia untung, saya letak buy. Kalau sell dia untung, saya letak sell. Kalau buy dia rugi, saya letak sell. Kalau sell dia rugi, saya letak buy.

Lepas tu, saya execute semua trade ni dengan Gvc currency meter v3 dengan setting berikut : sila download di sini

Apa yang saya dapat nampak di sini, saya mungkin ada kesilapan sedikit dari memahami IA akaun oleh trader101 dan juga setting sl dan tp yang sedikit 'ridiculous' dalam currency meter tersebut. 

Apa lagi nak dikata, ia memerlukan usaha berterusan untuk mengkaji dan terus mengkaji.

Saya masih lagi tetap dengan Genesis Matrix untuk trading single pair. Kalau ada soalan, silalah ajukannya kepada saya.

Ini adalah ujikaji saya untuk basket trading. Harap, kita akan dapat memahami apa yang mereka cuba sampaikan dan juga memperoleh beribu-ribu pips dalam masa sehari, sama seperti mereka semua. 

Teruskan usaha, jangan putus asa!

No comments:

Post a Comment