Sunday, August 30, 2015

Indikator Multi Pair MACD 2 oleh Mladen

Adakah anda peminat MACD?

Kalau anda salah seorang peminat MACD, mungkin indicator seterusnya ini akan menambat hati anda.

Semua MACD pair kegemaran anda dalam satu chart

Mempersembahkan Multi Pair MACD 2 oleh Mladen. Mladen ialah coder bagi indicator tersebut. Fail tersebut mula-mula dikongsi olehnya di forex-tsd.com.

Multi Pair MACD 2 berfungsi untuk anda memerhatikan MACD-MACD pair lain dalam SATU chart sedia ada. Tak perlu buka banyak chart untuk buka MACD lagi.

Anda boleh download indicator tersebut di sini. Seperti biasa, attachkan ia di mana-mana chart anda.

Berikut ialah settingnya:

Setting yang ada bawah tab input

Mari kita pergi satu demi satu.

FastEma, SlowEma dan SignalEma ialah setting MACD anda. Default yang digunakan di seluruh dunia ialah 12,26,9.

Price pula ialah seperti yang berikut:

Pilihan price

Guna saja close kalau anda mahu. Kalau anda mahu guna price lain, pilih salah satu daripada dropdown menu tersebut.

BarsPerPair pula ialah berapa banyak bars untuk setiap pair dalam indie tersebut. Lagi besar, lagi banyak la makan ruang. Dan juga sebaliknya.

Seratus barsPerPair

Yang atas ni kalau settingnya seratus.

Lima puluh barsPerPair

Yang ni pula kalau settingnya lima puluh.

Seterusnya ialah Pairs. Isikan pair yang anda ingini. Huruf besar semua, dan dipisahkan dengan ; (titik bertindih dengan koma). Rapatkan semua currency pairs anda tu.

TimeFrame. Senang, anda pilih yang mana satu pilihan hati.

equalize. Haaaa. Yang ni penting. Apa patut kita pilih? Dalam bahasa melayu, equalize bermakna "sama rata".

false equalize

Yang atas ni kalau kita setkan ia kepada false.

true equalize

Yang gambar kedua ni pula kalau kita setkan ia kepada true.

Apa yang terjadi ialah MACD punya bacaan akan berbeza-beza. Sebab dia tak ada range yang sama bagi semua currency pairs. Jadi, membandingkan bacaan EURJPY (quote JPY di belakang tu) dengan pairs lain (yang bukan quote JPY), akan menjadikan masalah untuk indicator ini. Maka, tetapkanlah setting equalize ini kepada true kalau anda ingin melihat MACD currency pairs yang berquotekan JPY.

text, textColor dan backColor anda boleh ubah ikut template anda. Yang mana mata sedap memandang.

separatorWidth pun macam tu juga. Nak bagi lagi besar pun boleh supaya lebih jelas pembahagi tengah tu.

Prefix dan Suffix pula ialah jika currency pairs dari broker anda ada character lebih dalam pair tu. Sebagai contoh: EURUSDm. m tu ialah suffix. Isikan m dalam suffix tu supaya indicator ni boleh baca data. ProEURUSD pula ialah prefix Pro. Isikan Pro dalam prefix tu. Kalau kosong jer macam EURUSD tak payah usik prefix dan suffix ni.

UniqueID ni menarik sikit. Ia sangat berguna kalau anda nak letak indicator ni banyak kali dalam chart anda.

Letak la banyak-banyak dengan UniqueID

Anda boleh letak sebanyak mana anda nak letak, janji UniqueID tu berbeza antara satu sama lain. 

Idea trading? Kalau MACD D1 tunjuk buy, tunggu h4 dan dan h1 memberi signal buy sama. Dan barulah buka buy. 

Sebelum saya terlupa. Saya tak minat dengan warna oren dan hijau tu. Kita boleh ubah dekat tab Colors tu. 

Ubah la kat sini

Jadi camni. Hehe


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment