Monday, June 8, 2020

Entry Float Kerana Ikut Signal Telegram? Elakkannya Dengan Cara Berikut!

Assalamualaikum dan selamat malam. Sekarang pukul 9.38 malam.

Alhamdulillah. Baru ada kesempatan untuk menulis dalam ruang blog ini.

Kita teruskan dengan signal kita di https://t.me/ccvxv

Di bawah ini ada satu contoh saya ambil dari chart GJ.

Senario 1

Carta 1

Carta 1 ada 2 tanda bintang tu. Satu warna oren. Satu lagi warna pink. Warna oren tu ialah reentry sell h1, malangnya ia naik lagi, menjadikan reentry sell h4.

Oren - reentry h1.
Pink - reentry h4.

Walaupun h1 pada awalnya nampak macam tak valid, akhirnya memang market nak ambil penumpang h4 sebelum meneruskan perjalanan turun.

Carta 2

Carta 2 merupakan kawasan carta yang sama dengan carta 1 sebelumnya. Cuma kalini kita tunjuk timframe h4. Pink sememangnya reentry h4. Dan mid bb h4 tidak pun dilangkaui oleh harga. Ini menunjukkan kekuatan untuk turun masih lagi ada di timeframe ini (h4).

Cara untuk layan entry begini ialah - letak 1 layer di signal h1. Jika signal sama (dalam kes ini sell) hadir, tapi di h4 maka kita boleh letak layer 2 di poin ini. Kerana trend keseluruhan masih lagi sell. Dalam bbma, tiada sl tetap, malah menjadi satu seni pula kerana penelitian perlu dilakukan seiring dengan pengalaman yang ditimba selama ini.

Buat masa ini, saya akan fikirkan cara untuk buatkan alert supaya meliputi h1 dan h4. Kerana ia sudah pasti akan makan resources komputer dengan banyak, menjadikan VPS lebih mudah untuk hang.

Senario 2

Carta 3

Carta 3 pula contoh lain. Ada 3 diamond atas harga. Semua ini ialah tanda untuk reentry sell h1. Namun di tanda ke-3 terjadi pula reentry sell h4 kerana harga cuba test top bb h1.

Carta 4

Carta 4 pula ialah keadaan sama di timeframe h4. Keadaan yang sama seperti senario 1 tadi. Anda dapat lihat bahawa poin ke-3 di timeframe h1 sudah pun sampai ke top bb, menyampaikan reentry sell pula di h4.

Cara kendalikan keadaan ini sama saja seperti senario 1. Mula-mula 1 layer di diamond pertama. Kemudian bila dia naik lagi sikit melengkapkan reentry h4 boleh saja untuk layer ke-2. Janji jaga mm, rasanya tak ada masalah dengan cut loss bila reentry h4 gagal untuk meneruskan perancangan kita.

Senario 3

Carta 5

Carta 5 menunjukkan reentry buy h1. 2 arrow buy warna biru tu. Kali ini, signal yang diberikan tiada floating dan memang reentry h1 (tanpa lajak ke next timeframe). Kadang-kadang market bagi susah, kadang-kadang market bagi senang. Dapat senang camni, memang tak layan float, Alhamdulillah!

Carta 6

Carta 6 pula menunjukkan kawasan yang sama dari timeframe h4. Sememangnya tak ada float dan harga memang bermurah hati kan!

Senario 4

Carta 7

Tumpukan pada 3 tanda berwarna hijau tu. Itu ialah tanda untuk buy di timeframe h4. Ini ialah signal saya di timeframe h4.

Carta 8

Carta 8 merupakan suasana sama di timeframe daily. Harga terus shoot ke atas, meninggalkan poin entry tadi menjadi sejarah. 3 hari berturut-turut dia bagi buy sebelum dia naik ke atas.

Sedikit cetusan inspirasi. Anda perasan tak di Senario 4. Saya tekankan reentry buy h4. Tapi, anda perasan tak saya tak buat pun mana entry buy h1 dalam contoh tersebut? Sebenarnya entry h1 memang ada.

Carta 9

Carta 9 menunjukkan di mana sebenarnya entry-entry yang ada di h1. Bintang-bintang merah dan biru ialah kawasan untuk entry. Di sini kelihatan biru membuat reentry buy h1 dan merah pula reentry sell bukan?

Namun, entry paling kebal sekali ialah entry h4 kita. Kelihatan agak sharp nun di bawah sana, mengikut trend daily. Persoalan sama akan datang kembali, cemana nak kawal position kita?

Sama seperti sebelumnya tadi. Mula-mula kita layer di bintang (layer 1 di buy h1). Jika harga tak follow buy, layer 2 di poin buy h4 pula. Lepas tu harga memang berlegar-legar dalam julat h4. Tak pergi lagi bawah. Di sini kena banyak sabar. Kita semua kena hold dan jangan hilang akal pergi layer tak tentu hala.

Reward dalam bbma selalunya datang pada yang sabar.

Post ni habis ditulis tepat pada 10.39 malam. Terima kasih kerana membaca.