Friday, November 27, 2015

Fungsi Interpolate dalam CCFp

Teruskan lagi dengan CCFp yer.

Masih ingat dengan setting interpolate yang paling bawah sekali tu? Rujuk post sebelumnya ya.

Kalau kita set interpolate jadi false, ia akan jadi step untuk melambangkan satu timeframe yang lebih tinggi dari current tf.

Sebagai contoh kita trade dari m15, tapi menggunakan CCFp m60.

Ia akan kelihatan seperti ini:

interpolate false m60 CCFp pada chart m15

Dalam chart kat atas ni ada step. Maknanya ia bukan 'clean slope' ataupun cerun yang licin.

Nak kira cemana tu yer?

Ini lengkap 1 cycle m60.



Mendatar dan ada slope. Cukup 1 tf untuk higher tf yang kita kaji tu. Macam contoh tadi, ini lengkap untuk 1 jam. Ada mendatar dan cerun.

Kalau tak caya, anda boleh periksa sendiri.

8 CCFp lines dalam 1 window

Seterusnya, kita tengok lagi fungsi CCFp.


Chart yang sama seperti di atas, tapi dengan lines CCFp yang lebih banyak. Tadi kita fokus pada AUD dan USD saja. Sekarang semua 8 ccy ada dalam ni.

Bacaan CCFp bagi AUD dan USD juga berubah.



Info ini penting, kerana bila kita set CCFp untuk 2 ccy saja ia akan balance antara satu sama lain. Contohnya, bila CCFp AUD +0.0017, USD akan -0.0017. Begitu juga sebaliknya.

Tapi bila kita tambah satu lagi ccy dalam CCFp itu, ia akan mengambil kira 'ahli' baru ke dalam pengiraannya.

Ia akan ambil kira, siapa yang lebih menyerlah antara 3 ahli ccy tersebut.

Begitu juga kalau ada 8 ccy sekalipun. Ia bermakna kita akan kira extreme 8 orang 'ahli' tersebut. Ia macam kita ni tengok multiple charts daripada CCFp.

Bukankah itu memudahkan?

Dalam chart kat atas tu. AUD kuat mengatasi segala pair yang ada.

Tapi, kita lihat USD bukanlah paling lemah ketika itu. Ia adalah CHF dan ketika itu CHF bukan saja lemah, ia MELEMAH ke kawasan paling lemah.


Lemah dan MELEMAH. Apa kata kita zoom in ke chart AUD vs CHF kita. Tengok apa jadi kepada chart ketika ini.


Perhatikan kepada garisan merah tersebut. Saya saja tak letak CCFp. Sama saja seperti yang kat atas tu.

  • AUD sudah lama menguat. Berhenti di situ buat beberapa ketika.
  • CHF masih lagi melemah, tapi sekejap saja.

Bayangkan kalau anda dapat tangkap pergerakan ini dengan lebih awal lagi. Berapa pips boleh anda dapat?


54 pips. Perhatikan AUD mula strengthening dan CHF mula weakening pada garis merah yang awal tu. 

Itulah base kepada CCFp-Diff sebelum ni. Baca kat sini.


Sekian. Lain kali kita bincang lagi.

Monday, November 23, 2015

Basic CCFp | Setting indicator

Ok. Mari kita belajar asas kepada CCFp ni.


Untuk pengetahuan anda juga:
  • kedua-dua artikel di atas ditulis pada 2007. 
  • artikel-artikel ini merupakan terjemahan daripada versi Russia

Jadi, konsep CCFp mungkin telah lahir lebih awal sebelum 2007 lagi.

Mari kita mula bincang, bagaimana CCFp ni berfungsi.

Download indicator masing-masing. Download kat sini.

Sebenarnya, indicator ni dinamakan CCFp mtf & alerts 2.03 nmc.mq4 tapi saya merasakan ini bukanlah CCFp. Lebih kepada CC (rujuk artikel yang kat atas tadi). Walaubagaimanapun, CC pun masih tiada masalah. Konsep masih hampir sama, cuma CC lebih cepat dan CCFp lambat sikit.

Setting untuk CCFp

setting 1

setting 2

Atas ni adalah interface setting indicator CCFp (ataupun CC) tersebut.

timeframe: m1, m15, m30, h1, h4 dan seterusnya. Kalau dibiarkan kosong, dia akan ikut tf semasa.
symbols prefix dan suffix: pre - yang kat depan quote. suf - yang kat belakang quote. ProEURUSD. PRO ialah prefix. EURUSDm. m ialah suffix.
USD...NZD: pilih true ke false. Nanti keluarlah kat chart korang.
showonlysymbolonchart: true, dia akan tunjuk hanya chart yang korang buka. Kalau buka EURUSD, hanya CC bagi EUR dan USD saja ada. Kalau false, dia akan ikut pilihan korang untuk USD...NZD tu.
Color: Pilih mana yang berkenan.
Levelup dan leveldn: mladen kata ini untuk setting alert. Aku tak try lagi. Boleh cuba.
Interpolate: step untuk mtf. Nanti aku tunjuk contoh.

interpolate false

interpolate true
Seperti kat atas tu. Chart m15. Dan CC 1 jam (multi timeframe). Maka kita boleh set untuk ada step (ataupun tangga) atau tidak dengan guna setting interpolate tu. Ada kelebihan dan kekurangan juga sebenarnya. Kelebihan step (interpolate false) - boleh jelas setiap step tu mewakili 1h. Kekurangan step (interpolate true) - kalau tf tu besar sangat berbeza dengan chart sekarang, contohnya m15, pasang mtf CC d1, dia akan nampak 'pelik'.

interpolate false untuk CC d1 pada m15 chart
Nampak pelik pulak bila kita stretch data d1 kat chart m15, huhuhu.


Setakat tu dulu. Lain kali kita bincang lagi. 

Sunday, November 22, 2015

3 Garis CCFp

Kalau anda belum baca post sebelumnya, sila baca yang tu terlebih dahulu ya.

Saya ubah sedikit setting CCFp, dan booom. Lihatlah sendiri.

GBPUSD

NZDUSD

GBPNZD
Garis CCFp tetap sama across ketiga-tiga chart tersebut, kan?

Kalau ikutkan kecerunan slope masing-masing, kita dapat lihat
  • biru: GBPNZD paling banyak pips. 
  • kuning: lebih kepada ranging. Tapi disebabkan slope CCFp antara GBP dan NZD paling besar, ranging tersebut lebih banyak pipsnya. 
  • pink: sekali lagi, GBPNZD paling besar range pipsnya.

Ikuti table berikut:


Begitulah al-kisahnya dengan GBPNZD tu ya...

CCFp Step-by-Step

Sambung lagi. Saya dapati sebelum ni ada orang kata pasal GBPNZD kuat bila trending. Klik sini untuk entri sebelumnya.

GBPNZD
GBPUSD
USDJPY


Kita takleh banding USDJPY dengan GBPNZD. GBPNZD perlu dibandingkan dengan GBPUSD.

Tapi, kita dah dapat sikit info tadi, di mana USD menguat dan melemah.

Dalam kotak biru, USD menguat. Kotak kuning, USD melemah. Kotak pink USD melemah. Ini dari GBPUSD dan USDJPY.

Sekarang kita fokus pada GBPNZD pula.
  • biru naik
  • kuning naik
  • pink turun
Berbanding ngan GU,
  • biru turun/mendatar (tak jelas turun tu)
  • kuning naik
  • pink naik 
Jadi, safe to assume..
  • Ketika Biru, GBP>NZD. USD>GBP (nampak mendatar, tapi tetap menurun). USD>GBP>NZD.
  • Ketika Kuning, GBP dominate kedua-duanya. GBP>NZD dan GBP>USD. GBP>(NZD=USD).
  • Ketika Pink, NZD>GBP dan GBP>USD. Jadinya NZD>GBP>USD.
Kalau kita ikut signal kat atas ni, kita amek pula NZDUSD.

NZDUSD
  • Biru: USD>GBP>NZD. Maka besar kemungkinan NZDUSD akan drop, kerana strength USD melampaui GBP dan NZD.
  • Kuning: GBP>(NZD=USD). Pattern yang sama juga boleh dilihat di USDJPY.
  • Pink: NZD>GBP>USD. Terbukti di chart, NZDUSD menaik.
Untuk memudahkan semua calculation tersebut, anda boleh gunakan CCFp.


 
Selamat  mengkaji dan selamat malam!

Sedikit Homework Mengenai CCFp


Selepas itu, kita cuba bandingkan chart-chart lepas dengan CCFp ni.

Saya cuba lihat GBPUSD dan USDJPY m30 sebelah-menyebelah. Ini adalah penting supaya kita dapat lihat bagaimana USD akan memberikan kesan terhadap kedua pair ini.

Ini ialah USDJPY.
Dan ini pula GBPUSD.

Anda boleh download kedua-dua gambar di atas, ataupun flip dengan pantas. Lihat di mana kotak-kotak tersebut dilukiskan.

Dalam kotak biru, GU turun dan UJ naik. CCFp USD (line berwarna putih tu) sama-sama naik. Ini melambangkan USD menguat berbanding kedua-dua ccy GBP dan JPY.

Dalam kotak kuning pula, garis USD CCFp tu menurun, sama dalam kedua-dua chart, kan? Dalam UJ menurun dan GU menaik. Ini melambangkan USD melemah berbanding kedua-dua GBP dan JPY.

Kotak pink terakhir tu pula sama keadaannya seperti kotak kuning tadi.

Jadi diringkaskan, berikut ialah signal 'utama' yang CCFp boleh bagi secara sepintas lalu.


Kalau keadaan camni hadir, cari peluang Long USD sahaja. Sebaliknya pula...


Kalau gini, Short USD sahaja. 

Analisis sebegini boleh mengurangkan risiko.

Sebagai contoh, kita mahu trade GBPJPY BUY. Tapi pada masa yang sama kita lihat USDJPY sebagai SELL.  Daripada contoh-contoh di atas, kita dapat tau, keadaan berkenaan berisiko untuk kita. 

Kalau GBPJPY kita lihat sebagai BUY, kemungkinan besar USDJPY akan BUY juga. Sebaliknya juga dengan SELL. 


Sekian buat kalini. Anda kena cuba juga indicator ini. Manatau boleh banyak membantu.

Saturday, November 21, 2015

Trade dengan CCFp

Untuk anda yang masih setia.

Saya nak memperkenalkan CCFp.


Atas ni ialah indicator CCFp.

Mana signalnya bro naim?

Lihat gambar seterusnya. Garis merah untuk sell. Garis hijau untuk buy.


Seperti yang saya tunjuk kat atas tu, berapa banyak profit yang anda boleh buat dengan menunggu signal tersebut hadir? 

Trade dengan CCFp akan bersambung...

Mengenal Diri & Mengakui Kesalahan

Trade bank. Sape yang masih follow trade bank?

Apa yang saya tau daripada eyeballing (selak-belek) beberapa chart EU dan GU, peluang untuk trade bank tu sangat-sangat sukar. Mana nak cari candle bank tu. Adakah volatility mula menunjukkan belang?

So, apa yang kita tau sekarang ni ialah, peluang untuk trade bank ni jarang-jarang sekali.

Masa lepas

Terima kasih kepada bro awie, kerana bertungkus lumus dalam menyiapkan ea adx tempoh hari.

Sekarang, boleh tak kalau kita imbas balik apa yang membuatkan kita most popit pada masa-masa lepas.

Genesis bagus, tapi saya tak suka dengan lagging nature Genesis ni. Kita akan enter market agak lewat.

Kalau anda masih ingat dengan CCFp, saya siap berinteraksi dengan mladen mengenai indicator yang dia bangunkan di forex-tsd. Perbualan tersebut boleh dibaca di sini.

Kalau anda ingin lihat track record untuk trading dengan CCFp, anda boleh lihat di sini dan juga di sini. Ada juga diceritakan dalam blog ini sebelum-sebelum ni.

Kadang-kala saya pun rasa nak tergelak.

Kenapa kita menyukarkan keadaan yer?

Kadang-kala kita dah jumpa indicator/sistem yang kita betul-betul boleh profit. Tapi, kita still gak tak puas hati kalau indicator/sistem tu kadang-kala loss.

Apa kata kita cuba faham dulu betul-betul indicator/sistem yang kita suka tu, dan kenal pasti kelemahan dan kelebihan dia. Supaya kita boleh trade dengan konsisten profit.

Loss itu pasti. Tapi, kalau loss 2% dan gain 10%, dah cukup baik, kan?

Kuncinya, kenal diri sendiri dulu.

Boleh trade tf apa, boleh trade pair apa, suka guna signal indicator/sistem apa, boleh pegang trade berapa lama, boleh guna broker apa dan sebagainya.. List boleh jadi panjang woooo especially kalau kita ingin jadi full time trader one day nanti.


Tak guna kalau kita lompat dari satu indicator/sistem ke indicator/sistem lain. Ia memenatkan. Dan juga menjatuhkan morale sebagai forex trader. Tak ada holy grail dalam forex ni dengan cara tu (melompat-lompat dari satu indicator/sistem ke indicator/sistem yang lain).

Kecuali yang berikut.


Hehehe. Gambar kat atas ni saya dapat dari thread ini. Ironinya thread tersebut merupakan kompilasi indicator-indicator chart mt4.

Kita boleh menyukarkan keadaan dengan buat chart kita jadi seperti berikut:


Ataupun..


Hihihi. Guilty as charged. Saya tak nafikan, yang saya pun seperti ini suatu masa dulu.

Padahal, masa yang dibazirkan itu boleh digunakan untuk menajamkan pemahaman kepada indicator/sistem sedia ada. Sama ada MA ke, ADX ke, Genesis ke. Terpulang kepada masing-masing.

Saya petik dari Sun Tzu:  If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles.

Jika kita kenal musuh kita dan kenal diri kita, kita tak perlu takut walaupun kita terpaksa berdepan dengan 100 perlawanan sekalipun. 

Jadi, kenalpasti diri kita dulu yer.


Akan bersambung...

Tuesday, November 10, 2015

Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 8 | Trade Semasa Trade Bank


  • Nak blaja trade bank, sesuai pagi-pagi. Market pun tak buka lagi.
  • Forex ni kan cam lautan....so...kita kena ngaji/belajar...keadaan ombaknya...anginnya...cuacanya... cth mudah la...jika dah faham tentang laut...tak kan kita nak naik sampan di hari mendung,awan hitam berkumpul...angin dah bertiup kencang...cari nahas tu...sabar..sabar...sabar kena tinggi (kena ada keupayaan mengawal emosi)... dah jadi lumrah alam ada masa ribut dan ada masa laut tenang....kita tunggu laut tenang....candle kecil kecil..bawah 20 pip..LURUS...MERATA..cth mcm market di photo atas...kita BOOOM la..bagi kenyang....




  • Market UF kat atas ni paling cantik ketika itu, sebab ada trick market.
  • Guna minda separa sedar untuk hafal KK, market batal/berisiko, masalah trade dengan bank.
  • Ikut tertib, benda jadi mudah.
  • Jangan jadi malas, ulang-ulang-ulang lagi.
  • Trick market: satu/dua jam sebelum candle bank. Pura-pura sell, tapi candle bank buy.
  • KK UF ikut kerangka kerja EU.


  • Trade Bank bukan sistem atau teknik. 
  • Contoh trick market juga ada ditunjukkan, betul-betul sebelum Candle Bank.



  • Petang Khamis (London Open) merupakan waktu terbaik untuk melabur dengan gandaan puluhan/ratusan dollar/1pip.
  • Market First Class mula disebut. Ia adalah market terbaik.
  • Ada disebutkan pula Smart Trade? Another method yang bakal kita pelajari, mungkin?

Sehingga post seterusnya...

Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 7 | Basic Trade Bank EU No 4-8

Contoh bersambungan dari post-post sebelum ni.






Dalam contoh-contoh di atas:
  • market batal dan trick market mula disebut (pada masa ni, market batal tak lagi diceritakan). 
  • kk juga ditulis atas chart, supaya mudah dihafal (pengulangan).
  • elakkan market gorila. 
  • 7bar/jam pun ada ditunjuk dalam chart ini.  

Habis dah contoh trade bank EU. Ketemu lain kali yer..

Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 6 | Basic Trade Bank EU No 3

Kalau terlepas contoh-contoh sebelum ni, klik saja labels kat bawah post ni yer.

Daripada facebook beliau di sini.


Kalau kita ada KK kita, dan kita ikut disiplin tersebut insya-Allah kita tak akan loss. Saya perasan beberapa perkara.
  • kita follow candle bank/besar.
  • walaupun dari mata kasar terlewat, tapi kalau iku trade bank masih valid. 
  • mengelakkan market gorila dengan timing entri/exit trade bank nampak ada rasional.

Jangan lupa KK kita.



Akan bersambung...

Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 5 | Basic Trade Bank EU No 2

Sekali lagi diingatkan. Sehingga setakat ini, KK kita ialah seperti yang berikut:


KK akan menjadi lebih 'luas' lagi selepas ini. Akan kita belajar satu demi satu.

Meneruskan contoh seterusnya dari Mr Jamuddin sendiri.


Boleh dibaca kat sini.

Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 4 | Basic Trade Bank EU No 1

Kita sambung perbincangan kita sebelum ini.

Kalau ikut pdf tersebut kita dah pun masuk mukasurat 20.

Dan, kita boleh juga layari facebook beliau di sini.

Dia letak tajuk Basic Trade Bank EU no 1


Menurut beliau:

Market bertarikh 23/09/10 dan 24/09/10 (gambar kanan). . . lebih baik you all buka terus market di metatrader. . . ok. . Apa yg saya sarankan cara belajar yg betul iaitu. . . buat/salin semula kerangka kerja seperti nota ringkas ...guna TF h1 ..Baca isi kerangka kerja n0 1. Masa candle besar terjadi : 3 , 4 ,5 petang dan 8 ,9,10 mlm (jam malaysia) ...cuba you perhati market 23/09 (gambar kiri)....dari sideway market dari 5 pagi sampai jam 2 ptg size candle kecil kecil antara 14 pip, 12pip, 6pip, 3pip.....tiba tiba candle jam 3 petang muncul candle bersize besar sell bersize 37 pip ...APA BENDA NI ?...dan you all kena faham market London baru Open...YES...ni lah candle Bank...dari sideway market. sideway market...sideway market (minima 3 jam ...cantik 4 jam...7jam..ke atas ) tiba tiba bila masa masuk kepada London Open (jam 3,4 dan 5 ptg) muncul candle bersize besar 37 pip....APA NI ? ...tiba tiba saja mendominasi market ke arah sell....utk sebagai panduan supaya kita tak tersilap mengenal pasti APA SEBENARNYA YG mengerakkan market kearah sell secara tiba tiba....bila saya baca Idea dari Warren Buffet ...maka dari awal tahun lepas lagi...saya membuat kajian demi kajian...demi kajian yg berterusan ...maka secara perlahan lahan saya menulis Kerangka kerja...Bila lazimnya berlaku.. (MASA)...oleh kerana Beliau menyarankan kerangka kerja ni mestilah yg KUKUH ...maka saya terpaksa mengujinya berpuluh puluh malah beratus kali ... di samping saya tengok market market yg lepas...begitu juga dgn size candlenya..dan sideway marketnya ..Pembatalannya, byk kali saya membuat perubahan ....samada menambah atau mengurangi kepada isi isi kerangka kerja ...jadi kerangka Kerja ini saya hasilkan, bukan kajian 4 ...6 ..10 bulan tapi melangkaui setahun dan saya uji, bukan bepuluh kali malah ratusan kali...barulah saya menetapkannya..dari segi 1,Masa 2. sizecandle 3.sideway market 4.market batal 5.market terbaik .......matlamatnya hanya satu saja iaitu mengesan kehadiran bank di pasaran forex...bila dah PASTI...kita akan bersama sama bank tadi melabur (tumpang makan)...so...jgnlah ada antara you all baru belajar sebulan dua bulan dah kata OK... atau baru seminggu dua minggu belajar, terus kata peninglah...tak bolehlah...tak faham lah...saya lebih setahun belajar pun saya sabar...saya tak pernah kata tak bolehlah, pening la atau saya dah OK...


Cuba you perhati market bertarikh 24/09/10 (gambar kanan)...perhati market dari pagi...sideway market...sideway market...candle kecil...tiba tiba jam 4 ptg...market tiba tiba bergerak buy kuat ...Apa Benda NI ?....hasil kajian saya. setelah saya uji beratus kali...inilah Bank ...supaya mudah,dan saya baca nasihat Warren Buffet,beliau menyarankan tulis dlm bentuk kerangka kerja (Garis Panduan). sebab tu saya tulis masanya berlaku. . . sizecandlenya ... jika sizecandle bawah 32 pip, ini bukan Bank....bentuk marketnya..pembatalan nya...yg penting nasihat Beliau,mestilah KUKUH ...utk kukuh. kena uji byk kali .....ok...tiba tiba jam 4 ptg ...muncul candle besar size 65.....menurut isi kerangka kerja (garis Panduan) ...jamnya berlaku ada saya tulis...YES...garis panduan no 1. telah di penuhi.....baca garis panduan no 2...size candle pula....65 pip...YES...juga di penuhi....baca garis panduan no3....sideway market ....YES...juga di penuhi ...market tak batal...maka ...kita telah berjaya mengesan kehadiran bank utk buy..maka jam 5 ...kita bersama sama bank tadi melabur buy. laju..laju..laju ...cepat kenyang...1 jam close...cukup la...nak untung besar,bukan pip yg byk...ini cara yg salah...tapi gandaan yg besar...cth lah 40 pip tapi gandaan 100 usd 1pip ...kenyang juga...nasihat saya ....jika jumpa market terbaik (first Class)...saya selalu gi tau rakan rakan rapat saya... BOOOM. isitilah saya la...mereka baru aje...mereka gi tau saya...seminggu satu atau 2 kali masuk market pun dah kenyang ....modal tak besar mana pun....saya tengok mereka gembira...saya pun tumpang gembira...mcm petang khamis lepas tu EU...9/12/10 ...mereka sell bersama sama bank...mereka tahu/faham itu market terbaik dan berlaku pd hari yg terbaik utk melabur....saya dengar dengar. mereka bukan setakat melabur mcm biasa . . . tapi mereka BOOM .... jujur dari hati saya ... saya kagum .... mengapa?....mereka baru aje..tapi cara mereka berfikir dan bertindak seperti seorg millionaire. cara yg betul...tunggu market terbaik dan hari terbaik...pastu...dah pasti...mereka BOOM betul betul. . . jarang jarang masuk market...

Dah...bole kesan kehadiran Bank...suatu pencapaian yg besar dlm forex. tapi...nasihat saya ..kefahaman you tu, mestilah d uji 2 ke 3 bulan d market ...guna demo dulu...cuba d EU...jika tak kalah kalah selama 3 bulan ni.. ok..you LULUS la.. peringkat awal ni.. . selepas candle bank you entry 1 jam saja...

Dirumuskan begini:
  1. Belajar cara yang betul. 
  2. Salin semula kerangka kerja jadi nota ringkas. (Saya akan sediakan kemudian).
  3. Kajian kerangka kerja ini memakan masa selama setahun.
  4. Jangan mudah putus asa.
  5. Bawah 32 pips, bukan BANK.
  6. Ikut signal (arah) CB (Candle Bank). Tutup pos selepas 1 jam.
  7. Kejar pip value. Bukan kejar pips. 
  8. Gandaan 100usd/pip. 10 lot standard akaun. (wooooohoooO!).
  9. BOOM market bila First Class market muncul.
  10. Modal tak perlu besar bila Trade Bank.
  11. Demo dulu 2-3 bulan tanpa loss, baru LULUS untuk depo di real.
Atas ni ialah Kerangka Kerja (KK) yang telah diringkaskan dari post beliau. Macam beliau kata, ambil KK dan jadikannya nota kecil untuk memudahkan rujukan. Source: klik sini.

Buat masa ni, cukup dulu.


Selamat menghadam!