Tuesday, August 11, 2015

Currency Strength Meter + Matrix Signals - Kombinasi Menarik

Inilah chart saya.
Sudah beberapa kali dinyatakan mengenai fungsi Currency Strength Meter (CSM) bersama-sama dengan Matrix Signals. Kat atas ni adalah bagaimana rupanya mereka di chart.

Tugas kita ialah memastikan Matrix Signals dan CSM terpasang. Kemudian, setiap kali Matrix Signals berbunyi, kita akan harapkan signal tersebut dalam huruf besar semua. "BUY" atau "SELL" sahaja. Bukan "buy" atau "sell".

Kemudian, perhatikan CSM. CSM yang saya gunakan boleh didapati di sini: http://www.currencynewstrading.com/csm-3-0-6-currency-strength-meter-download/

Kalau Nombor tu 7 ke atas, kotak itu akan berwarna merah dan 2 ke bawah, berwarna biru. Dalam contoh di atas, Genesis Signal kata AU BUY tetapi, perbezaan dalam CSM tak cukup ooomppphh. Trade itu boleh diambil, tetapi mungkin run tu tak lama. Pips yang dapat diambil mungkin tidak cukup power. GU pun BUY, tapi CSM pun agak tak syok.

Cara saya lihat CSM: Kalau apa-apa currency tu dalam kotak merah, saya suka padankan dengan kotak biru. Ini bermakna, perbezaan paling kecil antara keduanya ialah 7-2. 5 paling kecil. Lebih besar lebih bagus. 

Ini adalah contoh setup menggunakan kedua-dua tools ni. Perhatikan yang berikut: 

Yang ni contoh terbaik
Beza EUR ngan USD ialah 6.2. AUD ngan USD ialah 5.3. GBP dan USD ialah 6.2. Itu 3 trade yang saya akan ambil dalam situasi sebegini. Ia lebih cepat floating profit, dan saya pasti hit-ratenya hampir 100%.

Seperti sekarang, semasa saya menaip entry ni, dapat dilihat: 

EURAUD BUY ke?
Kepentingan Genesis tidak boleh dipertikai. Berikut ialah chart EA ketika ini: 

Pergerakan dikesan.
Maka, jom kita bereksperimen dengan 2 perkara ni. 

Rules penting: Abaikan buy atau sell. Huruf kecil tu. Kita nak BUY atau SELL. Dan CSM kalau boleh beza antara dua currency itu ialah 5. Itu sahaja. 

* Saya tak sarankan anda pasang currency strength meter dalam mt4 KALAU broker anda tak supply 28 pair yang utama tu. Saya takut calculation dia perlukan 28 pairs tersebut, maka kita akan dapat bacaan yang mungkin 'cacat' pada masa-masanya. Saya juga ada menggunakan CSDash pada masa-masa, tetapi terhad kepada broker alpari saja.

Selamat memburu pips semua!

No comments:

Post a Comment