Tuesday, July 26, 2016

Ukur Relativiti Antara Currencies Dengan CC

Untuk tak bagi hilang, aku pun nak postkan research ni kat dalam ni. Indicator yang aku gunakan ada kat sini.

Ia ialah CC yang dibuat oleh sir mladen dari forex-tsd.

Seperti contoh-contoh yang aku tunjuk sebelum ni, kita ukur currencies yang 8 tu dan kita cari kombinasi pair yang paling cantik untuk di'trade'.

Silakan tengok charts berikut.


AUDJPY kat atas ni telah di'mark' dengan 2 garis vertical. Sila tumpukan pada CC di bawahnya.


Dan ini pula ialah GBPJPY pada sela masa yang sama. GBP punya line naik ke atas dengan laju. Berbanding dengan AUD yang naik/turun beberapa kali. JPY memang turun ke bawah dengan laju.


Tengok berapa pips dia dapat. 31 pips lebih kurang.


GJ pula 83 pips.


UJ pula hanya 23 pips sahaja. Dalam kes ni, ternyatalah GJ yang menang berbanding AJ dan UJ. Kebarangkalian trending paling tinggi pada 2 currencies yang mengembang sangat tinggi.


Atas ni pula, kita pindahkan sikit garis vertical tu ke kiri. Di AUDJPY hanya 20 pips sahaja.


GJ pula 76 pips.


UJ hanya 8 pips.


GA dapat 57 pips kalini. Dalam contoh kalini pula, walaupun dari CC, kita mungkin mengagak yang GA akan 'menyerlah', tapi GJ lebih cantik pergerakan dia.GJ ni lebih volatile daripada GA pada kebanyakan masa, jadi tak heranlah kalau bacaan CC kalini kabur sikit. 

Think of it as GBP is strengthening dan dia kebetulan JPY agak menjunam ke bawah sedikit (walaupun dalam CC kita lihat AUD turun lebih cantik).

Jadi, ada pentingnya kalau kita layan kedua-dua aspek cc iaitu Currencies Sloping up/down dan juga Corresponding Signal yang hadir.

Currencies sloping up/down: kita tengok siapa yang tengah naik/turun.
Corresponding signal: dari situ kita cuba padankan pair mana paling sesuai untuk ditrade.

TAPI, itu semua bergantung kepada Currencies Sloping tu. Bagi aku, GBP-JPY-AUD adalah paling volatile pada kebanyakan masa.

Jadi, kita tunggu berita baik dalam seminggu ini sama ada indicator custom aku tu dah siap ke belum. Hopefully kita dapat best of both side tu dalam satu indicator khas yang aku reka sendiri.


Sekarang ni, ia masih dalam development stage. Aku masih tunggu masa ia disiapkan. Hopefully hasil akhirnya sangat memuaskan hati.

Kenapa aku pentingkan Sloping tu sangat? Kenapa tak tumpu kepada kepada signal saja.

Kalau korang baca balik documentation CC-CCFp yang ori di sini & di sini kita tau yang hanya 7 pairs diperlukan untuk membuat all the squiggly lines di CC mahupun CCFp. Hanya EURUSD, GBPUSD, USDJPY, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD dan USDCHF sahaja diambil kira.

Persoalan pokok yang korang wajib fikir dalam membina suatu indicator cluster (ataupun indicator yang libatkan semua 28 pair ccy standard - tak melibatkan commodities cam oil/gold/silver) ialah dengan siapa patut kita bandingkan currency tersebut?

Adakah membandingkan NZD dengan 7 pairs yang lain? Itu kalau kita tengok NZD saja sudah ambil 7 readings. Kalau nak tengok CAD? Nak tengok CHF? 28 readings kena diambil kira untuk 1 data. Bayangkan workload mt4 korang nanti.

Memandangkan Simeon Semenych (dev ccfp dan cc) ni tengok USD mainkan peranan besar dalam Forex, dia bandingkan 7 currencies semua dengan USD. Jadi, kalau USDJPY turun dari puncak, maka line USD akan turun dan JPY akan naik. Begitu juga dengan GBPUSD naik, line GBP akan naik dan USD akan turun.

Apabila kita letakkan lebih matawang dalam 1 windows CC, maka indicator tersebut akan recalculate (kira balik) mana kedudukan sesuai antara USD dan matawang-matawang lain ni. Di sini, secara tak langsung kita dapat jimatkan masa untuk choose 1 perfect pair untuk trade.

Sebagai contoh, aku tunjuk yang berikut, tumpukan pada CC JPY:


Aku tandakan mana yang CC Sloping down. Trading opportunity bagi UJ jelas kelihatan bila line JPY drop dari high.


GJ pun sama turn sebaik saja JPY line tu drop dari high CC tu.


AJ pun sama.


Nampak kan? Semua currency lain digandingkan dengan USD sama cam dalam kes kat atas ni. Aku tunjuk JPY sahaja, tapi kalau korang buka satu-satu dengan currency lain pun sama juga.

Saturday, July 9, 2016

Secara Cluster Atau Individu?

Berikut merupakan keratan chart 8 Julai 2016 12:30-13:00. Setting CC sama. Cuma guna setting interpolate = false dan m15 pada chart m1. Ada ditandakan juga mana high dan low bagi tempoh setengah jam yang ditandakan itu.

Objektif:
  • Membandingkan CC individu (2 ccy) vs CC satu cluster (lebih dari 2 ccy).
  • Mencari setup trade yang paling menguntungkan dari penelitian antara kedua opsyen yang disebutkan tadi.



Atas ni ialah chart AUDUSD. Dan CC yang diapply ke atasnya ialah CC 2 ccy sahaja iaitu AUD dan USD. Kita dapat lihat AUDUSD ialah buy. Tapi perhatikan movement AUDUSD yang tak begitu lancar.


Yang chart no 2 ini pula ialah AUDJPY. CC yang terlibat ialah AUD dan JPY. Memang ia menyatakan buy di AUDJPY.


EURAUD lebih smooth dan CC 2 ccy juga menyatakan sell.


Dan dalam GBPAUD ni saya lengkapkan satu cluster terdiri daripada AUD, EUR, GBP, JPY dan USD. Kita dapat lihat bahawa AUD paling cepat menuju ke atas, diikuti dengan USD. Manakala yang menuju ke bawah ialah JPY, EUR dan GBP.

AUD yang paling kuat, sehinggakan USD yang kuat juga pun tak dapat menafikan BUY di AUDUSD. Kalau kita buy AUDUSD, kita akan hadapi sedikit turbulence (kenaikan yang serupa tangga). Bukannya kenaikan yang mencuram 70 darjah. Range bagi waktu tersebut ialah 70 pips.

AUDJPY pula 75 pips. EURAUD 117 pips dan GBPAUD ialah 147 pips.

Objektif kita tadi ialah:
  • Membandingkan CC individu (2 ccy) vs CC satu cluster (lebih dari 2 ccy).
  • Mencari setup trade yang paling menguntungkan dari penelitian antara kedua opsyen yang disebutkan tadi.
Dan bagi saya, penggunaan CC secara cluster lebih baik. Kita juga dapat meniliti setup trade yang paling menguntungkan dengan mudah. Contohnya, kita akan mengelakkan dari trade AUDUSD kerana AUD dan USD sama-sama naik walaupun CC individu menunjukkan buy AUDUSD kerana kemungkinan kenaikan tersebut choppy sebelum mencapai untung yang kita cari. 

Sekian.