Saturday, January 30, 2016

5 Langkah Menjadi Trader (pt. 2)

Ini merupakan sambungan kepada part 1. Sila bacanya di sini.

Step 2 - Conscious incompetence (Anda sedar betapa inkompetennya anda)

Langkah kedua di mana anda mula menyedari lebih banyak kerja diperlukan dalam trading dan anda mungkin sebenarnya perlu menyelesaikan beberapa perkara. Anda secara sedarnya mengetahui yang anda merupakan trader inkompeten. Anda tak ada kemahiran atau naluri untuk menukarkannya menjadi keuntungan berterusan.

Anda mula membeli sistem dan ebooks, baca laman web dari USA hingga  ke Ukraine dan mula mencari Holy Grail. Pada masa ini, anda merupakan peneroka dari sistem ke sistem. Anda tukar cara dari hari ke hari, dari minggu ke minggu tanpa bergantung kepadanya terlalu lama untuk melihat samada ia menjadi atau tidak. Setiap kali anda jumpa indicator baru, anda mudah teruja - merasakan yang ia akan membawa segala perubahan!

Anda cuba automated sistem di metatrader. Anda bermain dengan moving average, garis fibonacci, support dan resistance, pivot, fractal, divergence, DMI, ADX dan beratus-ratus lagi dengan harapan anda akan menemui 'magic system' satu hari nanti. Anda menjadi pemburu top dan bottom, cuba untuk mencari titik reversal paling tepat dan anda menjumpai diri anda mengejar trade yang rugi (dan juga menambahnya lagi) kerana anda yakin anda betul.

Anda masuk ke chat room dan lihat trader lain membuat pips dan anda mahu tahu, kenapa bukan anda? Anda tanya bermacam-macam soalan, yang mana antaranya sangat bodoh sehinggakan apabila anda mengenangkannya kembali akan membuatkan anda tersengih sendirian. Anda kemudiannya sampai ke satu peringkat - semua orang yang buat pips demi pips tu ialah pembohong. Mereka tak boleh buat sebanyak itu kerana anda telah belajar dan anda tak boleh berbuat demikian, anda tahu sebanyak mana mereka tahu dan mereka semestinya penipu. Tapi mereka kekal di situ dan akaun mereka membesar saban hari, sedangkan akaun anda semakin menyusut.

Anda bagaikan seorang pemuda. Trader yang membuat duit akan memberi anda pesanan secara percuma, tapi anda degil dan fikir anda tahu yang sebaiknya. Anda tak ambil peduli dan overtrade-kan akaun anda walaupun semua orang mengatakannya begitu terhadap anda - tapi anda lebih tahu dari mereka. Anda cuba ikut trade yang orang lain ambil tapi ia tidak berhasil kepada anda, maka anda bayar pula untuk signal dari orang lain - ia juga tak berhasil bagi anda.

Anda mungkin juga mendekati masta seperti ______ atau sesiapa saja yang anda kenal yang menjanjikan anda kejayaan sebagai seorang trader (yang selalunya melibatkan bayaran). Samada masta itu baik/tidak anda tak akan menang kerana ia tiada kaitan dengan screen time dan anda masih memikirkan anda tahu apa yang terbaik.

Step ini boleh berkekalan dalam satu tempoh masa yang sangat lama. Bahkan dalam realiti, dari perbualan dengan traders lain dan pengalaman sendiri mengesahkan bahawa ia dengan mudahnya boleh mengambil masa lebih setahun dan boleh menghampiri 3 tahun. Step ini jugalah di mana anda berkemungkinan besar untuk menyerah kalah kerana kekecewaan yang mengguris.

Lebih kurang 60% trader baru akan lenyap dalam 3 bulan yang pertama. Mereka menyerah dan ini adalah bagus. Fikirkan, jika trading ini mudah - kita semua akan menjadi jutawan. 20% lagi akan melalui tahun pertama dan dalam terpaksa, anda selalu mengambil risiko yang mana akan menjamin kemusnahan akaun anda.

Apa yang memeranjatkan ialah 20% lagi akan bertahan selama 3 tahun dan mereka fikir mereka akan selamat. Tapi selepas 3 tahun, hanya 5-10% akan meneruskan perjalanan dan membuat duit secara konsisten.

Ia ialah angka sebenar, bukannya rekaan. Jadi apabila anda sudah 3 tahun dalam permainan ini, jangan fikir ia adalah pengalaman yang tenang dari titik mula lagi.

Saya telah berjumpa dengan ramai orang yang tidak bersetuju dengan jangka masa ini. Apa yang kelakarnya ialah - tiada seorang pun daripada mereka telah trade selama 3 tahun dan lebih. Jika anda fikir anda lebih tahu, pergi tanya pada sesiapa yang sudah trade melebihi 5 tahun dan tanya kepada mereka berapa lama masa yang diperlukan untuk menjadi 100% kompeten. Sudah tentu akan ada pengecualian dalam peraturan itu, tapi saya tidak ketemu dengannya lagi.

Akhirnya anda mula sampai ke fasa ini. Anda mungkin telah menghabiskan banyak masa dan duit dari yang anda fikirkan, memusnahkan 2,3 akaun dan kemudian menyerah kalah sebanyak 3 atau 4 kali tapi ia dah jadi darah daging anda.

1 hari nanti, dalam sekelip mata anda akan sampai ke step 3.



Bersambung...

Thursday, January 28, 2016

5 Langkah Menjadi Trader

Untuk edisi english, silakan lawati sini.

Step 1: Unconscious incompetence (Anda tak sedar pun betapa inkompetennya anda)

Ini ialah langkah pertama anda dalam trading. Anda tahu ia cara buat duit yang bagus kerana anda dengar banyak mengenainya dan juga jutawan yang lahir daripadanya. Dan anda mula rasa ia sama seperti anda mula-mula belajar memandu kereta suatu ketika dulu: ia adalah mudah. Lagipun takkan la susah sangat, kan? Price akan bergerak sama ada ke atas atau ke bawah. Apa lagi rahsia selain itu, jomlah kita trade!

Sebaik saja anda duduk memegang roda steering, anda tak ada klu apa yang perlu dibuat. Anda buka banyak trade dan juga melibatkan risiko yang tinggi. Anda buka satu trade dan ia melawan anda, anda tambah pula trade arah berlawanan. Lagi dan lagi.

Anda mungkin berjaya pada awalnya, tapi sebenarnya ia memburukkan lagi keadaan . Otak anda menterjemah trading amat senang dan anda mula merisikokan lebih banyak duit.

Anda cuba memusingkan losses anda dengan menggandakan lot setiap kali trade. Kadang-kala ia menjadi, tapi kebanyakan masa anda tercedera daripadanya. Anda memang tak tahu-menahu betapa inkompetennya anda dalam trading.

Ia boleh bertahan selama seminggu atau 2, tapi market bergerak pantas dan anda akan bergerak ke stage seterusnya.


Bersambung...

Sunday, January 17, 2016

CCFp-Diff mtf dan CC-Diff mtf | m15,m30 atau m30,h1?

Case work pasal CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF.

Sekarang saya ada sikit example pada 29hb Disember tahun lepas.

Kita boleh bandingkan sikit dengan chart. Bolehlah kita tengok apa ynag signal ni beri.

Objektif kita ialah.
1. menentukan mana satu tf yang terbaik?
2. adakah overlapping (pertindihan) tf tu bagus untuk prestasi trades kita?

Method kajian.
1. Satu CCFp-Diff MTF m15-m30
2. Satu CC-Diff MTF m15-m30
3. Satu CCFp-Diff MTF m30-h1
4. Satu CC-Diff MTF m30-h1

Menggunakan broker +0200.

Berikut ialah signal 0915.


Tugas kita ialah membezakan antara signal di m15,m30 lawan m30,h1. Mencari apa yang tiada.

Cuba cari EURCHF. Dia ada dekat CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF m30,h1 tapi takde dalam m15,m30.


Nampak tak price melonjak naik dalam tempoh 0900-0915 tu.

Lagi satu, AUDNZD. Ada di CCFp-Diff MTF m30,h1 sahaja.


Nampak tak pergerakan naik di latest m15 tu?

CHFJPY ada di kedua-dua m30,h1. Tapi tak ada dalam m15,m30.


Cukup la setakat tu contoh yang saya bentang. Yang lain boleh kaji sendiri.

Apa yang penting ialah
Perlukah h1 atau h4 kalau anda scalp? Sebab anda mungkin sudah berada dalam trend terlalu lama (h1). Anda perlu fine-tune dengan smaller timeframe (m15 atau m5) untuk dapatkan entri terbaik. Kalau m15 atau m5 dah berubah arah (tak sama dengan higher tf) bermakna mungkin pergerakan itu akan choppy/sideways.

Ingat:
  • Kalau anda ada kombinasi m15,m30 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di kedua-dua belah, ia ialah m15,m30,h1. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5,m15 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di kedua-dua belah, ia ialah m5,m15,m30,h1. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5 saja dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di kedua-dua belah, ia ialah m5,m30,h1.
  • Kalau anda ada kombinasi m15,m30 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di sebelah kiri saja, ia ialah m15,m30 dan bukan h1. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5,m15 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di sebelah kanan saja, ia ialah m30,h1 dan bukan m5,m15. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5 saja dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di sebelah kiri saja, ia ialah m5 dan bukan m30,h1.
  • Yang lain sama seperti contoh kat atas ni.


Selamat mencuba!

Thursday, January 14, 2016

Market Sessions dan Currency In Action

Dalam grup whatsapp ada dah saya kata, beberapa perkara yang saya asyik tertangguh.

Dan kalini ada sikit masa untuk tujuan itu.

Let's begin with reading this thread. Please read that thread first to understand the following examples.

Sebab apa artikel tu penting? Sebab nanti kita akan define trading kita melalui currency (ccy) dan bukannya secara pair.

Dan kalini kita akan bangkitkan juga pasal case trading hours forex dan session yang terlibat dan sebagainya.

Tools paling sesuai ada kat sini.


Dah dipresetkan kepada waktu kuala lumpur. Kalau anda perati, ada kotak hijau dan merah tu. Merah ialah market tutup. Dan hijau ialah market buka.

Kemudian, anda boleh la tengok market mula buka pukul berapa bagi setiap tempat, london open (LO), new york open (NYO) pukul berapa dan seterusnya pada waktu MALAYSIA.

Dalam contoh kat atas, Europe Open pukul 3 ptg atau 1500 waktu malaysia. Dan Jepun pukul 7 pg atau 0700 waktu malaysia. Close pun ada disediakan di situ.


Bawah sikit, ada penerangan macam kat atas ni.

Sebenarnya apa yang dia kata tu sama jer konsepnya dengan apa yang kita cari kat google seperti yang berikut ni.


Jadi, secara kasarnya anda dah dapat idea tersebut kan?

Tumpukan trade anda dalam London, New York, Tokyo session. Paling aktif ialah apabila overlapping (pertindihan) masa antara mana-mana market tu.

Guna tools yang saya provide tadi, anda dapat lihat pada waktu skrinshot tu diambil, kita ada London dan Europe overlapping.

Setakat ni, faham yer.

Seterusnya, bagaimanakah session tu mempengaruhi mana-mana currency pairs. (Kemudian kita akan concentrate kat currency, bukan pairs).

Ambil contoh yang berikut.

Waktu malaysia ialah 10.45.

Siapa yang aktif masa ni? Euro? London? NY? Sydney? Tokyo?

Tokyo dan Sydney.

Concentrate trigger anda pada matawang berkaitan dengan Tokyo dan Sydney.

Anda bayangkan yang bank dekat Tokyo dan Sydney sedang bekerja office hours 8-5 di tempat mereka. Sama macam kita kat malaysia. Tapi, dengan sedikit perubahan. MASA mereka dan masa kita berbeza.

Ingat. Waktu sekarang ini ialah 10.45 pagi waktu malaysia dan kita ada tokyo, sydney sebagai market aktif. Kemungkinan, kita akan nampak movement AUD, JPY, NZD ketika ini kerana negara-negara yang menggunakan AUD, JPY, dan NZD sekarang dalam office hours (tempat mereka).

Ia adalah tindakan kurang bijak untuk menumpukan tenaga pada currency yang melibatkan USD, CHF, GBP, CAD, EUR ketika ini. Ini adalah kerana, mana ada negara yang tiba-tiba memperdagangkan matawang negara lain secara besar-besaran, kan? Melainkan dah ada krisis yang membuatkan sesebuah negara tu terpaksa menggunakan matawang negara lain.

10.45.


Atas ni ialah saya punya spreadsheet excel saya sendiri.

Apa yang anda perhatikan ni belum lagi diriliskan kepada public dan ciptaan saya. Ia dalam peringkat eksperimen. Jangan minta untuk dikongsi. Belum jadi indicator pun. Saya buat ni untuk menunjukkan pergerakan ccy dan session.

AUD ialah 6. Perfect score ialah 7 atau -7.

Jadinya AUD menghampiri perfect score. 6. Sangat aktif buying AUD ketika ini: 10.45 pagi waktu malaysia.

Mari kita tengok chart jika keadaan ini (AUD aktif buying) berlaku.

Tumpukan perhatian kat garisan hijau menegak. Saya dah tetapkan ia sebagai pemalar (10.45 waktu malaysia). Sama dalam semua chart. Waktu broker ialah +0200.


Atas ni AUDCAD.


Dan yang kedua ni AUDCHF.


AUDJPY.


AUDNZD.


Ni pula major pair AUDUSD.


EURAUD.


GBPAUD.

Apa yang anda lihat? Magis ke?

Apa yang dilihat pada garis hijau tu ialah waktu 10.45 waktu malaysia. Waktu di mana market AUD, JPY, dan NZD aktif. Dan pada ketika ini, AUD menguat merentasi kesemua pairs yang ada dengannya. 

Ada lagi contoh.


Kalini, CHF melemah (-6) dan hampir perfect.

Waktu ketika itu ialah 12 tengahari. Selling off CHF berlaku pada luar waktu trading kebiasaannya (EUR/LON).

Tapi kita tengok juga la yer, sebab spreadsheet saya 'menghidu' sesuatu di CHF. Jadi ini ialah exception kepada rule tadi.


AUDCHF.


CADCHF.


EURCHF.


GBPCHF.


NZDCHF.


USDCHF.

Dan akhir sekali CHFJPY.


Adakah ini kebetulan? Mustahil kebetulan kalau dalam satu move tu kita boleh dapat sebanyak 100 pips (atau lebih) kan?

Session dan ccy tak dapat dipisahkan.

Optimizekan trade anda dengan pemahaman sebaik-baiknya pasal session dan ccy terlibat ni ya... 


Sekian! Lain kali pula ya...

Saturday, January 9, 2016

Masalah MTF di CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF Selesai!


Beginilah rupanya 'dashboard kerja' saya di rumah.

Data ni penting supaya boleh digunakan untuk membuat perbandingan data.

Secara detailnya, dalam analisis data kat atas, saya boleh lihat bagaimana CCFp-Diff dan CC-Diff berfungsi.

Kalau anda baca thread ES Trader dan juga tulisan-tulisan saya sebelum ni: kita trade closed signal dari CC atau CCFp. Untuk info lebih mendalam, sila baca thread ES Trader di forexfactory.

Atas tu adalah waktu yang saya kita lihat kepada signal yang dikeluarkan oleh CCFp-Diff atau CC-Diff (kedua-duanya MTF ya).


Diringkaskan pula dalam bentuk excel di atas. Pretty hard to explain this, tapi apa yang korang nampak kat atas ni ialah berdasarkan rules yang korang tetapkan bagi CCFp-Diff MTF atau CC-Diff MTF korang tu. 

Kalau korang pilih m15,m30, trend paling lambat korang boleh tangkap ialah 45 minit saja. Tak lebih tak kurang. 

Kalau korang pilih m15,h1, masalah not continuous boleh hadir.

Alternatif lain m15,m30,h1 memasukkan anda dalam trend yang lebih confirm dengan sekurang-kurangnya trend 1 jam lepas dalam tangan anda. 

Jadi, kalau anda inginkan lebih adrenalin, pilih m15,m30. Kalau anda inginkan lebih confirmation, pilih m15,m30,h1.

Ada juga sahabat yang selitkan m5 sekali. Tapi signal lebih kerap dan screen time juga lebih panjang. Up to you. Apa saja yang anda selesa boleh digunakan.

Selamat mencuba. Ada soalan jangan malu tanya dalam grup ya!

Kes Masa Broker

Kita dah bincang cara untuk kira masa broker.

Sekarang kita cuba cari apa masalahnya.

Saya sediakan 2 chart yang sama. EN m15. Masa yang sama. 2 broker berbeza waktu. Satu +0000 atau juga dikenali sebagai GMT dan satu lagi +0200.


Yang atas ni alpari. +0200.

Dan berikut ialah exness +0000.


Tengok masa terakhir sebelah kanan tu. 5 Januari 05.15. Sama kan kedua-duanya? Tapi kalau anda tengok atas dan bawah, bentuk chart tak sama sebab ada satu broker yang lebih awal/atau satu lagi lebih lewat.

Apa kata kalau kita tengok chart exness yang lagi satu.


(Saya sarankan anda download ketiga-tiga chart tersebut untuk mudahkan rujukan.)

Sekarang nampak tak? Waktu paling kanan chart yang terbaru ni ialah 03:15 dan bentuk chart ni sama dengan alpari 05:15.

Yang menjadi soalannya ialah, apa efeknya kepada analisis kita?

Formula pivot mengambil kira data sehari sebelumnya.

Dalam kajian ringkas ni, saya letak indicator sama (FXI pivot) pada chart yang sama, berlainan broker yang mempunyai masa berlainan.

Jadi:


Dah nampak tak klu-klunya? Bagi saya, saya selesa guna time-based indicator cam pivot ni dekat broker yang 0000/GMT. Ni dari pengalaman saya. Ada juga yang otai kata begitu.

Saya juga ada bincangkan dan buktikan kenapa 0000/GMT lebih efektif dalam blog ni. Cuma tak ingat post yang mana satu.

Selamat mencuba!

Masa Broker

Ada pertanyaan diajukan.

Cemana nak tau masa broker?

Adakah broker itu 0000 atau 0200 atau bagaimana?

Sekarang, buka mt4 anda.

Cari button Market Watch atau shortcut keyboard Ctrl + M.


Dan berikut ialah market watch kita:


Sekarang ialah hari sabtu, jadi takda pergerakan dekat jam ni.

Kalau anda nak tau masa broker pukul berapa, buka market watch bila market dibuka. Contohnya kalau masa broker 00.00 dan masa malaysia ialah 08.00 am, maka broker tu guna GMT/+0000. Kalau pukul 08.00 am kita dan market watch tunjuk pukul 02.00 maka broker tu guna +0200.

Untuk pengiraan lebih kompleks, sila gunakan forex time calculator kat sini.

Maklumat ini berguna jika indicator anda menggunakan data sehari sebelumnya (contohnya pivot plotter). Data mungkin akan kelihatan berbeza jika time broker berlainan.

Friday, January 8, 2016

Fungsi Profile | Memudahkan Tugas


Hi guyss.

Senang lagi memudahkan. Itulah kegunaan Profile dalam mt4 anda.

Sekarang, bukalah anda punya mt4.

Ikut saja seperti step berikut:


Anda bebas nak buat cemana sekali pun. Anda boleh buka chart GU m1, m5 dan m15 serentak untuk tengok ketiga-tiga movements sekaligus. Ataupun anda boleh tengok hubungan antara EU dan UCf serentak. EJ dan EU pun boleh.

Anda buka chart-chart pilihan anda dulu dan savekannya di profile tadi. Kalau anda biasa handle template, konsepnya sama saja di sini.

Saya gunakannya untuk lihat semua 28 pairs kepunyaan saya. Lebih senang nak monitor. Dengan skrin laptop yang sederhana ni, saya dapat lihat 14 pairs serentak dengan baik. Jadi saya pecahkan kepada 2 bahagian untuk lihat semua 28 pairs.

Kalau anda trade daripada PC, saya sarankan anda dapatkan monitor paling besar/dual monitor untuk tujuan ini. Ia lebih seronok!


Selamat mencuba!!

ps. Pasal Tidane Trend, saya akan cuba luang masa. Tapi tak janji. Hihihi.

Saturday, January 2, 2016

Tidane Trend In Action!


Tengok kat atas ni. Tidane trend.

Layout chart: default tidane trend. Tidane trend length 15. Tidane trend length 10. Lain jangan ubah.

Rules:
1. enter market kalau ketiga-tiga Tidane beri signal (kepala berudu).
2. exit bila salah satu tidane tukar.

Dalam chart kat atas, petak biru sell. Petak pink buy. 

Good mm applies. Kalau digabungkan dengan correlation, you can't never be wrong! 

Selamat mencuba!

MADDash + Tidane Trend + Correlation + Waktu Currency Aktif

Nak bincangkan MADDash sikit dalam post kalini.

Anda boleh baca thread original FF di sini.

Dalam post #1 tu ada FAQ yang saya postkan. Post tersebut dibaca di sini. Nak download MADDash tu pun ada dekat dalam post #1 tersebut.

Saya baru ambil skrinshot setiap m15 31 Disember 2015 lepas.

Lihat chart-chart tersebut:


Nampak tak, AUD semuanya warna hijau. Bermaksud, AUD menguat dan EUR melemah. JPY juga hampir sempurna. Jom kita lihat chart EURUSD ketika ini.


EURUSD seperti yang kat atas ni.

Bagaimana pula dengan EURJPY? EUR melemah dan JPY menguat, bukankah begitu?


Tengok ni. EURJPY cantik menjunam.

Seterusnya, EURAUD.


Ok. Satu soalan timbul.

Apa beza antara ketiga-tiga chart itu?


Cuba rujuk balik MADDash kat atas post ni. EUR melemah, tapi bila dibandingkan dengan yang terkuat: AUD, chart EURAUD sangat-sangat menyerlah. Nampak lebih ketara, kan?

EUR melemah berbanding matawang lain. Tapi ia akan lebih baik jika digandingkan dengan matawang yang sama menguat pada masa tersebut.

Tips: lebih banyak kotak merah/hijau - lebih lemah/kuat la matawang tersebut.

Tapi, ada beberapa lagi perkara yang perlu kita ambil perhatian. Salah satunya. Waktu aktif pair.

Menurut satu sumber:

What is the best time to trade?
The best time to trade depends on which trading pair you trade.
European time zones: Trade the EURUSD, GBPUSD, EURGBP, USDCHF, GBPJPY
US time zones: Trade USDCAD, USDJPY, EURUSD, AUDUSD, GBPJPY
Asian time zones: Trade USDJPY, EURJPY, GBPJPY, NZDUSD
Australian time zones: Trade AUDUSD, USDJPY, NZDUSD
Atas ni dah cukup baik untuk guideline asas (walaupun tak include semua 28 pairs).
 
Tak lari dari konsep correlation antara matawang, sila lihat pada 3 chart dalam satu frame tu.

EJ dan EU masih belum bergerak sebelum garisan hijau tu.

Tapi EA sudah bergerak lebih jauh, kan?

Kenapa?

AUD seperti yang kita tau digunakan (dan ditrade) secara meluasnya oleh negara Australia.

Tengok waktu Australia.


Kalau diperhatikan, Sydney akan bermula pukul 6pg kita. Dan dalam chart EurAud di atas, market mula bergerak dengan lebih cepat pada pukul 9pg kita.


Lain pula dengan EJ, berkemungkinan JPY tak cukup mengganas macam AUD pada ketika itu (lihat MADDash).

Tapi menggunakan MADDash tak semudah itu yer. Kita takut bila kita entry tu ccy tersebut dah pun tepu~ Kalau anda faham, late entry. Sama cam kes CCFp-Diff: kita enter semasa trend mula penat. 

Satu lagi toy yang saya ada cerita sebelum ni.

Bagi peminat individual pair.

Saya perkenalkan Tidane trend.


Tidane trend ni boleh download kat sini.

Ia dikatakan gabungan antara Bollinger Band + Parabolic Sar.

Apa yang menarik dengan indicator ni?

Tengok yer:


Atas ni setting length 20+length 15+length 10.

Apa yang korang nampak?


Simple rules can be made within this arrangement!

Tengok Petak tu, kalau ketiga-tiga length Tidane trend berTindan pada masa yang sama (kepala berudu), high probability trades adalah mudah.

Kalau ada 2 titik, tak cukup power. Kalau ada 3, itu betul power.

Idea lain, cuba korang tengok chart berikut:


Yang mana yang flat tu ya? Tu la Tidane yang paling panjang - 20. Kalau dia flat, jangan sekali-kali ikut signal counter trend dari 15/10.

Kalau tidane trend 20 buy dan mendatar, tapi tidane trend 15 sell, tolong jangan sell. Hanya buy saja.

Rules tu terguna pakai kepada 10 juga.

Kelebihan tidane trend berbanding indicator trend yang lain? Tengok bagaimana dia memberi reaksi terhadap sudden spike. Dia tak cepat melatah. Dia tak cepat-cepat tukar signal. Tapi walaupun begitu, dia tak terlalu lambat.

Selamat bergodek-godek ya.

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Apa khabar resolusi 2015?

Adakah apa yang anda impikan pada awal 2015 semuanya tercapai untuk tahun tersebut?

Kalau belum tercapai, mari kita refleksi diri.

Saya dengan ini memohon ampun dan maaf jika anda ada tersinggung/terasa dengan kenyataan-kenyataan yang saya buat sama ada secara sengaja atau tidak.

Sejak dari awal Januari 2015, saya belajar Genesis Matrix dari forexfactory. Setelah belajar buat beberapa lama, saya bermula untuk merekodkan perkembangan pembelajaran saya ke dalam thread dalam CariGold.


Inilah kali pertama Genesis dibawa ke dalam bahasa melayu. 21 Feb 2015.

Kemudian, thread tu berkembang dan semakin berkembang. Ada banyak perhatian diberikan.

Sehinggalah kumpulan Whatsapp dibuka untuk sentiasa mengemaskini maklumat sesama peminat Genesis.

Ada yang suka, ada yang duka. Ada ahli terdahulu yang sudah tidak dapat dihubungi.

Tak lama kemudian, thread genesis di Carigold telah ditutup buat selama-lamanya oleh Admin. Saya punya username redwed juga telah menjadi sejarah.

Nasib menyebelahi saya, saya ada sediakan blog dan dapat kenal beberapa ahli, membawa masuk mereka ke dalam kumpulan whatsapp genesis.

Banyak pengalaman pembelajaran yang saya lalui sehingga ini.

Genesis.

Kemudian, perlahan-lahan mencari sistem yang lebih mudah. Lebih senang.

Dulu 5 min scalping, tapi lama-lama kita sedar kita ada hadnya. Bagi part time trader (ptt) ia sukar untuk membahagikan masa antara kerja hakiki + trading + life. Life termasuklah melihat anak membesar.

Maka, Genesis mula dicari ganti. Tapi asas trading saya dapat belajar dengan banyaknya dalam thread Genesis. CCFp, CC mula dikenal. Auto trading juga mencuri perhatian.

Auto trading guna Dashboard GVC dengan setting Jibala. Trade tanpa lihat chart guna CCFp-Diff.

Kemudian, ADX.

Lepas tu cuba belajar pasal candle bank. Apa yang seronok pasal candle bank, founder dia cerita secara terbuka di facebook beliau. Ya, saya agak terlewat, baru nak belajar candle bank masa tu. Setelah beberapa tempoh yang agak memenatkan, candle bank juga tak fit dengan jiwa saya. Mungkin climate pasaran bukan seperti dulu kot, ataupun saya memang tak minat nak tunggu candle tu? MADDash, CSDash. MADDash thread di forexfactory, saya baca sampai habis. How I trade ranging and trending markets yang cerita pasal ADX juga saya baca sampai habis. Simple Trading Method with trader101 sempat baca separuh, tapi semakin pening sebab banyak spin-off dari idea asal. ES Trader punya thread Trading system using relative strength berjaya saya habiskan, bersama-sama dengan part 2 thread tersebut.

Kalau anda follow thread tersebut dan juga post-post saya pasal CCFp atau CC tu dalam blog ni, anda pun tau yang ia adalah multi pair sistem. Kita akan cari yang kuat vs yang lemah.

Dan ia dah jadi kegemaran saya, terutamanya CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF.

Saya tak lagi mengamalkan system trading lain, tapi saya akan beri gambaran mengenai Tidane Trend untuk individual pair trade.

Tak lupa juga, auto trading. Ini maksudnya EA trading. Ada dua EA yang saya sangat berkenan, hasil perkongsian dari kawan-kawan kita dalam grup whatsapp.

Cukup celoteh sampai sini.



Hanya satu indicator untuk trade.

Dan tak lupa, saya akan perkenalkan EA yang power sedikit masa lagi.


Atas ni mungkin boleh dilakukan terhadap akaun live kita nanti, kan? Hihihi.

Semoga berjaya untuk Tahun 2016!