Friday, May 15, 2015

Money Management | Menjaga Duit

Tribute kepada TrevA dari Forex Factory. Anda boleh merujuk kepada thread asal di http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=62747


Hi semua. 


Mengikut penelitian saya, 80% thread dalam forum ini berkisarkan sistem yang membincangkan entry terbaik tanpa mengendahkan perbincangan tentang money management. Bagi saya, ia adalah sangat-sangat salah kerana entry yang sederhana baik juga boleh jadi menguntungkan dengan money management yang betul. Usaha keras yang diletakkan untuk menguruskan wang, mengira stop loss yang optima dan mengehadkan loss akan menghasilkan profit jangka panjang untuk anda.

Jika kita dihidangkan dengan frasa "hanya risikokan 2%" apakah maksudnya? Adakah ia bermaksud kita akan menggunakan 2% daripada ekuiti untuk membeli matawang? Adakah ia bermaksud kita hanya membenarkan 2% dari ekuiti untuk dijadikan risiko untuk loss? Adakah amaun yang dirisikokan itu termasuk profit dari trade yang sedang berjalan dan bagaimana kita tahu apa stop loss yang akan digunakan? Jika stop loss kita ialah 30 pips, apakah saiz lot kita? Jika kita ingin merisikokan 2% tapi perlukan 100 pips stop loss, berapakah saiz lot anda?

Jika anda ingin jawapan kepada soalan-soalan tersebut mungkin percentage of equity model boleh membantu.


Kenapa menggunakan percentage of equity model?

Menggunakan model ini, anda merisikokan peratusan dari equity anda dalam setiap pos di mana risiko ialah berkadaran dengan equity dan menyediakan anda untuk setia dengan stop-loss yang anda pilih, selamat daripada keruntuhan akaun dan juga kemungkinan untuk loss setakat amaun yang dirisikokan.


Sebagai contoh, menggunakan spreadsheet yang dilampirkan, jika anda risikokan 5% dari ekuiti bernilai $500 dengan 40 pip stop loss, saiz lot anda akan menjadi 0.06 lot. Jika ekuiti anda ialah $100,000 dengan risiko dan stop loss yang sama, saiz lot anda akan menjadi 12 lot.

Jadi dengan memastikan anda meletakkan peratusan dari ekuiti ke dalam trade dan kemudian menentukan saiz lot dari saiz pips stop loss, anda dapat menjamin yang anda trade dengan berwaspada dan menghilangkan kerja meneka lot.
Saya gunakan sheet itu untuk mengira saiz lot untuk ditrade dari % risiko dan pips stop loss. Ia boleh digunakan pada mana-mana pair matawang tapi anda perlu ubah spread dan nilai pip untuk pair pilihan anda.

Jika % risiko anda terlalu besar, maka perbaikilah ia dengan sebaiknya. Stop loss yang besar akan mengurangkan profit anda dan mengubah saiz lot secara berkadaran.

Jika anda suka letak stop loss pada fibo level atau support/resistance level maka masukkan pips stop loss ke dalam spreadsheet dan ia akan sediakan saiz lot yang berpatutan dengan risiko anda.

Saya setkan 1 lot standard ialah $100,000 jadi jika anda menggunakan saiz lot yang berbeza, sila ubah.



Bagaimana ia berfungsi? 


Data ekuiti, % risiko, nilai pip, spread dan stop loss perlu diisi oleh anda untuk mengirakan saiz lot. Ia juga memberikan 1/5 saiz lot supaya anda boleh ambil order yang banyak, serentak untuk scaling in/out.



Contoh

Anda mempunyai $5000 sebagai ekuiti dan ingin merisikokan 5%. Nilai pip ialah $10 pada lot standard dan spread ialah 3 pips (eur/usd). Stop loss anda ialah 35 pips.



Berapakah saiz lot anda? Jawapan: 0.66 (lebih kurang).


Spreadsheet ini juga boleh diguna sebagai compounding calculator menunjukkan bagaimana keuntungan yang kecil (30 pips) boleh berganda dengan cepat untuk memberikan pulangan yang signifikan. 



No comments:

Post a Comment