Monday, August 31, 2015

31 Ogos 2015 - Eksperimen CCFp-Diff

Sunyinya...

Signal pada 6.10 petang. Boring gak market la ni.
.
..
...
Rupanya bukan saya sorang.

I'm not alone.

Hehehe. Takde trend. Tangkap ayam lagi baik.

Syuh syuh..

Cara nak install CCFp-Diff [v2.0-MTF]

CCFp-Diff v2.0 by FerruFx

Nampak 'cantik' kan? Senang dan tak serabut.

Anda mesti nak tanya macam-macam soalan, kan?
  1. Betul ke signal ni? Dah profit ke?
  2. Signal ni based dengan apa?
  3. Berapa SL/TP bila guna benda ni?
  4. Boleh pasang kat android/iphone ke?
  5. Kena ikut m5 ke? M15 ke? H1 ke? H4 ke?

Untuk menjawab soalan kat atas, sila ke post terdahulu. Klik sini.

  1. Signal ni profit ke? Refer balik post tadi tu, klik sini.
  2. Signal ni based on thread berikut. Thread dari ES trader: klik sini. Thread sambungan 1trader2: klik sini. Itu dua pun dah cukup banyak info dah. Signal atas ni diambil dari bacaan CCFp.
  3. Seperti dalam post terdahulu, saya tengah meng'adjust'kan SL yang optimum. TP? Masih lagi dalam ujikaji.
  4. Android/iphone tak boleh. Sebab dia punya coding payah.
  5. Ikut la selesa mana. Kalau nak adjust, saya syorkan m15,h1,h4. Kalau ambil signal h1 susun h1,h4,d1. Kalau nak cepat, m5,m15,h1. 

Download indicator kat sini.

Install dalam mt4 metatrader anda. Yang ni ialah indicator, bukan ea. Maka letakkan kat C:\Program Files (x86)\Alpari Limited MT4\MQL4\Indicators . Ini saya punya alpari.

Berikut merupakan pemuka settingnya:

Setting 1

Setting 2

Setting 3

Mana yang patutnya kita ubah?

Label0 === Move comments on chart ===

Indicator_ID_Number : perlu adjust kalau kita nak letak indicator ni lebih dari satu dalam chart. Contohnya kalau kita nak letak indicator ni bagi ada 2, kena satu letak 1. Satu lagi letak 2.

X_offset_comments : gerakkan indicator ni mengikut x-axis. Contohnya kalau letak 10, maka indicator ni akan gerak 10 pixel ke kanan.
Y_offset_comments : gerakkan indicator ni mengikut y-axis. Contohnya kalau letak 10, maka indicator ni akan gerak 10 pixel ke bawah.

Label1 === Timeframes settings ===

Use_Timeframe_1 : true/false. Tetapkan true. True ni macam ya. False tidak.
Timeframe_1 : letak tf pilihan anda. Paling kecil di sini. Saya cuba dengan 5 sekarang.

Kalau anda nak tapis m15, h1 dan h4, maka Use_Timeframe_1 - sampai Use_Timeframe_3 tetapkan semua true. Use_Timeframe_4 pula biarkan false. Lepas tu Timeframe_1 ialah 15, Timeframe_2 ialah 60 dan Timeframe_3 ialah 240.

Ingat, h1 ialah 60. H4 ialah 240. Dan d1 ialah 1440. W1 pula ialah 1440 darab dengan 7 iaitu 10080.

Label2 === CCFp settings===

Use.Current tu biarkan jer false.

Use.Bar.instead.of.MA pun set jer false.

MA_Method, Price, Fast dan Slow
tu jangan usik.

Label3 === Suggestions settings ===

Trade_Level ialah filter ataupun penapis. Tetapkan 1 dah memadai. Kalau lagi besar, contohnya 2 signal anda akan lebih berkualiti. Tapi jarang-jarang ada signal. Kalau set 0 banyak signal, tapi tak berkualiti. Saya ambil 1 jer (buat masa ni).

Label4 === Timer settings ===

Timer_Timeframe pula setting notification. Kalau 5, maknanya kalau dalam 5 minit tu ada signal, dia akan bunyi pada 5 minit tu. Kalau 15 pula, setiap 15 minit dia akan notify. Kalau ada signal. Kalau takde signal, takde la.

Label5 === Suggestions Alert settings ===

SignalAlert tu, setkan true kalau anda nak ada signal.

SendAlertEmail tak pernah pula saya cuba. True untuk ya. False untuk tidak.

Label6 === Trade settings ===

Trade_EURUSD dan sampai bawah tu, anda set la sama ada true atau false. Kalau ada pair yang anda tak mau trade (terutamanya sebab saiz spread dan sebagainya), letakkan ajer false.

Label7 === Comments Colors settings ===

Yang bawah Label7 ialah warna. Ubah la ikut suka hati.


Contoh aplikasi.

Contoh 2 CCFp-Diff


Macamana saya buat jadi ada dua ni?

Ikut step by step.

1. Buka new chart. Apa pun tak kisah.

1

2. Lepas tu, blank kan semua. Klik kanan kat chart tu. Pilih properties.

2

3. Buatkan semua jadi none. Klik ok. Done.

3

4. Anda boleh setkan template khas. Klik kanan sekali lagi pada chart dan pilih save template. Kalau nak template duduk atas, letakkan no 1 di depan, atau tanda * atau # mana-mana pun boleh.

4

5. Lepas tu baru la install CCFp-Diff.

5

6. Setting yang pertama ialah seperti yang berikut:

6

7. Setting yang kedua pula:

7

Indicator_ID_Number tu pastikan berbeza. Kalau ada 2, 2 nombor berbeza. Ada 5, 5 nombor berbeza.
X_offset_comments ni berbeza antara CCFp-Diff 1 dan 2.
Timeframes settings pun saya bagi lain-lain. Ingat, indie ni akan bagi alert kalau semua timeframe anda nyatakan bagi signal yang sama.
Trade_level boleh bagi lain-lain, kalau anda nak tengok mana signal yang terbaik. Contohnya satu tu letak 0 dan satu lagi letak 2. Ingat, 0 banyak la signal, tapi mungkin lagi banyak loss. 

Tapi kalau anda nak CCFp-Diff pada chart dengan Price pun tak ada masalah. Buat jer cam biasa. 

Tapi nampak 'serabut' pula kan?
Takde signal

Kalau ikutkan atas ni, CCFp-Diff sebelah kiri akan bagi signal lebih awal (sebab ada m5). Dan sebelah kanan ada m15 pulak. Sekarang takde signal, mungkin sebab takde true trend lagi menjelma. Ingat, harini hari isnin. Mungkin esok ada signal yang baik. Minggu lepas saya trade CCFp-Diff bermula hari selasa. It's a waiting game. Dan game ni akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang sabar.


Jadilah seorang sniper penembak tepat. Kena sabar. Sekali tembak terus kena.

Jangan ragu jangan segan kalau ada soalan nak tanya. Whatsapp kan ada. Hehehe. Bye!

Sunday, August 30, 2015

Indikator Multi Pair MACD 2 oleh Mladen

Adakah anda peminat MACD?

Kalau anda salah seorang peminat MACD, mungkin indicator seterusnya ini akan menambat hati anda.

Semua MACD pair kegemaran anda dalam satu chart

Mempersembahkan Multi Pair MACD 2 oleh Mladen. Mladen ialah coder bagi indicator tersebut. Fail tersebut mula-mula dikongsi olehnya di forex-tsd.com.

Multi Pair MACD 2 berfungsi untuk anda memerhatikan MACD-MACD pair lain dalam SATU chart sedia ada. Tak perlu buka banyak chart untuk buka MACD lagi.

Anda boleh download indicator tersebut di sini. Seperti biasa, attachkan ia di mana-mana chart anda.

Berikut ialah settingnya:

Setting yang ada bawah tab input

Mari kita pergi satu demi satu.

FastEma, SlowEma dan SignalEma ialah setting MACD anda. Default yang digunakan di seluruh dunia ialah 12,26,9.

Price pula ialah seperti yang berikut:

Pilihan price

Guna saja close kalau anda mahu. Kalau anda mahu guna price lain, pilih salah satu daripada dropdown menu tersebut.

BarsPerPair pula ialah berapa banyak bars untuk setiap pair dalam indie tersebut. Lagi besar, lagi banyak la makan ruang. Dan juga sebaliknya.

Seratus barsPerPair

Yang atas ni kalau settingnya seratus.

Lima puluh barsPerPair

Yang ni pula kalau settingnya lima puluh.

Seterusnya ialah Pairs. Isikan pair yang anda ingini. Huruf besar semua, dan dipisahkan dengan ; (titik bertindih dengan koma). Rapatkan semua currency pairs anda tu.

TimeFrame. Senang, anda pilih yang mana satu pilihan hati.

equalize. Haaaa. Yang ni penting. Apa patut kita pilih? Dalam bahasa melayu, equalize bermakna "sama rata".

false equalize

Yang atas ni kalau kita setkan ia kepada false.

true equalize

Yang gambar kedua ni pula kalau kita setkan ia kepada true.

Apa yang terjadi ialah MACD punya bacaan akan berbeza-beza. Sebab dia tak ada range yang sama bagi semua currency pairs. Jadi, membandingkan bacaan EURJPY (quote JPY di belakang tu) dengan pairs lain (yang bukan quote JPY), akan menjadikan masalah untuk indicator ini. Maka, tetapkanlah setting equalize ini kepada true kalau anda ingin melihat MACD currency pairs yang berquotekan JPY.

text, textColor dan backColor anda boleh ubah ikut template anda. Yang mana mata sedap memandang.

separatorWidth pun macam tu juga. Nak bagi lagi besar pun boleh supaya lebih jelas pembahagi tengah tu.

Prefix dan Suffix pula ialah jika currency pairs dari broker anda ada character lebih dalam pair tu. Sebagai contoh: EURUSDm. m tu ialah suffix. Isikan m dalam suffix tu supaya indicator ni boleh baca data. ProEURUSD pula ialah prefix Pro. Isikan Pro dalam prefix tu. Kalau kosong jer macam EURUSD tak payah usik prefix dan suffix ni.

UniqueID ni menarik sikit. Ia sangat berguna kalau anda nak letak indicator ni banyak kali dalam chart anda.

Letak la banyak-banyak dengan UniqueID

Anda boleh letak sebanyak mana anda nak letak, janji UniqueID tu berbeza antara satu sama lain. 

Idea trading? Kalau MACD D1 tunjuk buy, tunggu h4 dan dan h1 memberi signal buy sama. Dan barulah buka buy. 

Sebelum saya terlupa. Saya tak minat dengan warna oren dan hijau tu. Kita boleh ubah dekat tab Colors tu. 

Ubah la kat sini

Jadi camni. Hehe


Selamat mencuba!

Friday, August 28, 2015

Trading Tanpa Lihat Chart dengan CCFp-Diff

Sebelum ni saya ada demonstrate cara nak trade gunakan IA (klik sini). Dan apa yang saya kongsi nanti ni mungkin tak sesuai untuk beginners. Beginners: sila belajar trading single currency pair dulu. Apa jua yang anda baca lepas ni ialah trading tanpa chart.

Dan tetapi, ia telah menyebabkan kegeraman di hati yang melampau. Sebab ia tersangatlah sukar (dan time consuming of course).

Sejak 3 hari lepas, saya ada gunakan satu lagi sistem. Masih lagi berkisarkan basket trading. Anda boleh bacanya di thread es trader (klik sini). Dan sampai la satu ketika ES trader tutup thread tersebut, ada pula part ke 2 (klik sini). Ia bermula pada Oct 8, 2008. Dan sekarang saya dapati ia masih relevan.

Untuk memahami apa halnya dengan CCFp ni, berikut ialah 3 bahagian artikel yang mula-mula ditulis mengenai indikator menarik ini. (Klik sini, klik sini dan klik sini). Saya takkan kupas panjang-panjang, sebab saya pun sukar nak terangkan ia balik.

Sekarang, saya hanya menggunakan indikator CCFp-Diff seperti yang disediakan oleh FerruFx di sini (klik sini). Saya hanya guna yang MTF sahaja.

Ia akan terpapar di skrin anda seperti yang berikut:

CCFp-Diff - MTF

.
..
...
....

Ok, sekarang mari kita tengok keputusan kita.

Berikut ialah hasil 25 Ogos 2015. Hari Selasa.

satu

dua

Lepas tu, hasil 26 Ogos 2015. Hari Rabu.

satu

dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

sebelas

Hari Khamis pula 27 Ogos 2015

satu

dua

tiga

empat

lima

Saya pakai alpari ecn demo. Alpari ada 28 pairs. Masa bagi alpari ialah GMT+3. Dan saya trade hanya pada london session sahaja. Strictly no to asian (at least for now). 25 dan 26 ogos banyak yang hijau dan merah. Sebab saya setting auto tp dan sl. Dan pada 27 ogos, saya change sikit strategi. Hanya set SL sahaja kerana berkemungkinan tp saya terlalu kecil dan menghalang price untuk bergerak lagi.

Berikut ialah hasil 3 hari:

Hasil 3 hari

Gambar kat atas ni menunjukkan hasil 3 hari. 25-27 Ogos. Selasa sampai khamis. Saya set lot hanya 0.03 sepanjang trade 3 hari ini dengan profit sebanyak 501 usd. Saya dapat 3540 pips dalam masa 3 hari dan equity berkembang sebanyak 41% (walaupun banyak loss berlaku pada 26 ogos - hari rabu).

Setiap trade tersebut diambil dengan time interval - sela masa setiap 15 minit secara manual. Saya menggunakan dashboard Gvc untuk execute sl/tp secara automatik pada awalnya. Pada hari ke-3, saya perasan yang menetapkan tp adalah ridiculous, kerana kita sedang menunggang trend, keuntungan boleh jadi lebih besar. Maka, kita let it run freely (sudah semestinya dengan protective stop). 

Kalau anda masih ingat..

Dari pengamatan saya, hari pertama biasa-biasa saja. Tapi, hari ke-dua merupakan blood-bath (dan juga turning point bagi saya) kerana:
1. saya tak berhati-hati dengan news announcement. 
2. trend berubah secara mendadak.

Dan tetapi apa yang saya faham kemudiannya ialah:
1. trend lepas news can be quite rewarding. Saya profit lepas loss yang besar. (Ingat, saya ada pre-determined sl dan tp).
2. adalah lebih baik saya tetapkan trading multiple currency pairs ni sebagai 1 trade. Iaitu saya tetapkan stop loss dan trailing stop sebagai 1 amaun yang saya sanggup stop-losskan. 

Ini lebih merupakan jurnal. Not an established system (yet!).  Try at your own risk. Try first on your demo account. I will held no liable responsibilities if you lose your real money. 


Minggu depan, insya-Allah saya akan cuba lagi. Dan saya harap saya dapat update lagi dalam blog ni. Semoga berjumpa lagi.

Sunday, August 16, 2015

Eksperimen Setting Stoch

Saya harap stochastic Oscillator dapat menarik minat anda. Post sebelumnya mengenai stochastic oscillator (klik sini) diharap dapat memberikan kita gambaran yang lebih jelas bagaimana untuk memanfaatkan semaksima mungkin data daripada Stochastic oscillator ni.

Saya pick chart secara rawak untuk lihat kesan stoch

Apa yang tertera dalam gambar kat atas ni ialah chart USDCHF. Apa yang saya lakukan ialah menambah Stoch 33,9,9 dan Stoch 33,9,50 pada chart m5 ini.

Ada dua garis menegak warna biru saya lukis dalam chart. Nampak bagaimana Stoch dengan setting 33,9,50 mengiyakan pergerakan uptrend dan downtrend tersebut? Sedangkan pada masa yang sama, 33,9,9 membantu dalam entry yang lebih jitu dalam chart ini. Anda boleh re-entry pada stoch 33,9,9 berdasarkan trend stoch 33,9,50.

Betullah kalau ada yang kata "market ranges at 70% of the time". Dan stochastic Oscillator boleh membantu anda menangkap di mana high dan lows dengan lebih cekap.

Dalam chart kat atas juga, saya harap anda perasan satu perkara. Iaitu seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ni (rujuk sini).

Misteri chart USDCHF pun sama juga

Apa yang terjadi dalam chart tersebut ialah cerita berulang. Lihatlah bagaimana price bergantung kepada Pivot Day for quite some time. Walaupun price naik, tapi turun semula, juga ke Pivot Day itu. Masuk hari seterusnya, perkara sama berlaku, price tetap ada di Pivot Day juga. Deja-Vu atau memang sudah dirancang? 


Malaysia jadi tumpuan WSJ lagi: (klik sini).

Ok, sekian dan selamat beramal!