Saturday, August 15, 2015

Apa itu IA - Indicator Account? | Siri trader101

Ia bermula dalam thread yang dimulakan oleh mr trader101 (klik sini).

Dalam post ni saya akan mula bincangkan apa itu trader 101.

Ia adalah sedikit ironi kerana tajuk thread itu ialah:  Simple Trading Method with trader101 dan tetapi dalam first line Post #1 berbunyi begini:  This method may sound simple but this is not for NEWBIES. Using this system without basic trading knowledge will definitely blow your account. You need to have at least a 1 year trading experience to understand the theory of this method. There are other system appropriate for newbies. This is not the ONE. Stop posting questions in the thread I will not reply to them.

Ironi bukan? Tajuk thread membawa maksud 'senang', tapi ia bukanlah untuk newbies yang baru nak kenal dan trade forex.




Dan sekarang saya pun rasa saya ni newbies sebab saya tak faham post #1 ni selepas berulang-ulang kali membacanya.

Pada mulanya, all base on price action, indicator free trading and it is done manually.

Maksudnya dalam peringkat awal ni tak ada indicator terlibat. Dan juga kita akan lakukannya secara manual. Hanya price action terlibat.

Pastikan broker tuan/puan ada currency pairs yang berikut:

Sell pairs:
1. AUDUSD
2. NZDJPY
3. GBPCHF
4. EURUSD
5. EURCHF
6. CHFJPY
7. USDJPY

Buy pairs:
1. USDCHF
2. EURGBP
3. NZDUSD
4. GBPUSD
5. EURJPY
6. AUDJPY
7. GBPJPY

7 pairs yang teratas ialah set 1 dan yang bawah pula ialah set 2. Pairs ini akan hedge satu sama lain. Kita akan melakukan 'permulaan baru' bagi method ini pada awal minggu, yang mana ia akan memberikan pandangan kepada pairs kita sepanjang minggu tersebut. Set 1 kita trade-kan ia SHORT dan Set 2 kita trade-kan ia LONG. Tiada SL dan TP. Sebaiknya, jalankan script yang tersedia untuk mengekalkan timing yang serentak dalam membuka trade ini. Klik dua kali pada profit column pada terminal anda supaya profit yang positif kekal di atas dan yang negatif kekal di bawah. Pada mulanya turutan pair ini akan bercampur-aduk, tetapi selepas sehari dua pairs ini semua akan tersusun sendirinya. Yang buys akan duduk di bawah dan yang sells semua akan memenuhi kawasan atas atau sebaliknya. Ia sama seperti membiarkan botol air yang bercampur lumpur berdiri tegak dan selepas suatu jangka masa, lumpur akan menghuni bahagian bawah botol dan air yang lebih bersih di atas.

Selepas sehari dua, semua buys (jika negatif) akan duduk di bawah dan sells (jika positif) akan berada di atas. Indikasi yang anda patut lihat ialah, sebaik-baiknya 7 slot terbawah dipenuhi dengan negatif, dan pair pertama dari bahagian negatif yang melompat dari sempadan positif dan negatif adalah pair yang patut ditumpukan perhatian. Jika salah satu negatif melompat ke slot 8 (dikira dari bawah) bermakna akan ada positif berbalas melompat ke slot 7. Kita akan trade 2 pairs yang melompat dari sempadan tersebut.

Anda akan mempunyai akaun berasingan di mana real trading anda akan dijalankan. Anda akan trade 2 pairs yang melompat tersebut. Jika pair yang lompat itu ialah LONG, maka trade kedua-dua pair yang membuat breakaway tu sebagai LONG atau sebaliknya. Saya juga akan trade dua pairs yang melompat dari sempadan ini seterusnya. Saya hadkan hanya 4 pairs yang ditrade pada suatu masa. Keuntungan ditetapkan oleh anda, apa yang saya lakukan ialah jika pair tersebut beralah 2 slot saya akan tutup trade tersebut.

Ingat, jangan sentuh demo account kerana ia akan bertindak sebagai indicator dan biarkan ia berjalan sepanjang masa dan periksa ia sekali-sekala jika ada pair yang melompat dan tradelah ia.

Pada screenshot terminal berikut, anda dapat lihat USDCAD membuat breakaway beberapa jam lepas dan saya trade ia dan membuat pips dari situ. Seterusnya pair lain GBPUSD juga lompat 1 slot ke bawah dan juga boleh ditrade sebagai LONG.


Download script tersebut di sini (klik sini).

No comments:

Post a Comment