Thursday, August 13, 2015

EU 11 Ogos 2015 part ke-2 (Misteri Chart)

Saja letak tajuk catchy, tapi memang saya nak bagi misteri pun kejap lagi. Teruskan membaca...

Saya dah pun bicarakan pasal EU yang sama sebelum ni (dekat sini). Dan kali ni takde cerita pasal entry genesis yer. Ada perkara lain yang saya nak highlight. Hampir sepanjang masa berlaku. Dan jangkaan itu sentiasa tepat.

Apakah misteri itu?

Apa yang anda dapat lihat. Ya, itu ialah R1 weekly. Resistance 1 weekly yang dilukis secara automatic menggunakan indicator FXIpivots.

Berfungsi macam magik, bukan?

Bila kita fikirkan betul-betul, kenapa price jatuh (DARIPADA r1 weekly) pada mulanya? Dan kenapa price kembali (KEPADA r1 weekly) semula? Dalam hari yang sama (cuma sesi yang berbeza)? Price jatuh pada 1.15 GMT lebih kurang 9.15 waktu malaysia iaitu Asian session. Kemudian, kembali ke r1 pada pukul 7.35 GMT lebih kurang 15.35 waktu malaysia iaitu London session.

Persoalannya:
1. kenapa price jatuh pada masa asian, tapi naik balik pada london?
2. kenapa pada paras yang SAMA? Iaitu R1 weekly?
3. ada kuasa besar masuk campur? Ataupun semua orang menjangka perkara yang sama berlaku?
4. satu lagi, price cuba naik lagi lepas R1 weekly, tapi landing dengan baik betul-betul atas R1 balik? Bukankah itu sangat pelik? Kenapa tak terus turun balik sampai bawah R1 weekly? Ada buy force yang kuat dari bawah R1 ke?

Boleh fikirkan sendiri. Saya pun tak ada jawapan yang pasti.


Selamat berfikir kawan-kawan semua!

No comments:

Post a Comment