Wednesday, October 19, 2016

Multicurrency Indicator Terbaik?

Saja pusing-pusing merata-rata di forexfactory.

Banyak soalan berlegar-legar dalam kepala aku ni.

Mana style trading paling sesuai dengan diri aku. Mana indicator yang boleh dilihat di mt4 pc dan mobile serentak. Mana signal paling berkualiti?

Multitimeframe dan multicurrency mana yang paling feasible (praktikal) untuk terus konsisten?

Itu adalah beberapa perkara yang aku keep in mind dalam mencari sesuatu sistem/teknik/indicator untuk dicuba.

Apatah lagi kalau aku ni jenis scalper-tak-ingat. Aku suka kejar pips dan cabut. Bukan peminat h4 dan sebagainya. Disebabkan itulah aku mula mendalami Genesis Matrix ni.

Cuma: sekarang ni aku lost. Sebab Genesis tak bagi signal ke henpon aku. Hahaha. Semua nak mudah kan?

Nak cari substitution kepada Genesis Matrix ni ke atau build push notifications ke? Atau bagaimana?

.
..
...

Taktau lagi. Kena pusing-pusing dulu sebab pening nak menyettlekan masalah ni.

Biar aku tunjuk satu perkara:


Atas ni chart EURJPY, USDJPY, GBPJPY dan CADJPY dalam satu mt4. Kotak berwarna pink tu ialah period yang sama. Dan pergerakan JPY memang mempengaruhi keempat-empat pairs itu. 


Yang ni pulak USDCAD, GBPCAD, EURCAD, CADJPY. CAD melemah, dan CADJPY turun. 

Dari apa yang boleh kita lihat, multicurrency memainkan peranan penting dalam hal ni kan?

Cuma, aku sekarang tercari-cari indicator terbaik untuk memahami currencies yang 8 tu. AUD sampai USD tu.

PSA atau pair strength analyzer yang aku pernah kupas dalam blog ni, CCFp, CC, Tidane Currencies Dashboard, CSDash, MADDash semuanya sudah aku cerita/kaji.

Tapi still ada something missing dalam semua indicator multicurrency ni.

Bagi aku, paling power ialah PSA. Tapi... Dia tak refresh for every tick. Dan tak ada fungsi alarm.

Kekurangan yang besar kerana aku akan kena tunggu depan pc/skrin henpon untuk tunggu trigger.

#stress

Friday, October 7, 2016

Kajian Pilotui 4




M30 vs H1.

Curve yang diberikan h1 lebih konsisten dan smooth berbanding m30. Belum lagi kalau banding m15.

Friday, September 30, 2016

Kajian pilotui 3

Posting pasal perbezaan antara 2 tf. Tf m15 berbanding h1.


Yang atas ni h1 dizoom lebih dekat.


Yang atas ni h1 dizoom ke arah lebih jauh.

Perhatikan pergerakan line pilotui h1 di kawasan terlibat dengan m15.

H1 lebih smooth daripada m15 punya line. Ada 2 spike di m15 yang difilter dengan baik di h1. Less noise always a better way to win.


Yang atas ni dah tambah garisan menegak untuk lihat kawasan tersebut dengan lebih baik.

Jadi, kesimpulan yang mungkin saya boleh buat ialah.

Kenyataan no 1: Kalau kita kejar 5 pips di timeframe m15, ia agak sukar berbanding 5 pips di h1.

Kenyataan no 2: Kalau kita kejar 15 pips di timeframe h1, ia lebih senang berbanding 15 pips di m15. 

Noise di m15 boleh dimanage dengan baik kalau stop loss digerakkan dengan cepat, dan juga bila kita sedar kenyataan no 1.

Dan, kadang-kala kita boleh ride trade yang lebih besar dengan menggunakan timeframe h1 kerana noise yang dialami di m15 tidak lagi hadir ketika ini.

Kualiti signal h1 lebih berkualiti (kurang noise) berbanding signal m15. Bacaan di h1 lebih smooth berbanding m15. 

Ia bukan bermakna yang kita akan terlewat dapat signal di h1 (kalau kita guna current candle). Current signal bermaksud kita tak menunggu candle close. 

Friday, September 23, 2016

Kajian Pilotui 2

Pilotui siri ke-2.


Bila nzd roc 29.


Bila jpy roc 36.


Bila jpy roc 28.


Bila gbp roc 33.


Bila aud roc 38.


Bila usd roc 26.


Bila jpy roc 43.


Bila gbp roc 24.

Thursday, September 22, 2016

Kajian Pilotui

Hai semua. Lama dah tak post kat sini.

Sekarang saya ke arah semi-automated trading. Bermaksud, saya akan kurangkan masa depan screen dengan bantuan alert ke android saya.

Dan berikut adalah kajian-kajian saya.


Atas ni ialah AUD 19 dan JPY 11. Total 30.


Atas ni AUD 27 dan JPY 14. Total 41.



Atas ni AUD 10 dan JPY 19. Total 29.


Atas ni AUD 6 dan JPY 40. Total 46.


Atas ni AUD 33 dan JPY 8. Total 41.


Atas ni AUD 21 dan JPY 32. Total 53.

Tuesday, July 26, 2016

Ukur Relativiti Antara Currencies Dengan CC

Untuk tak bagi hilang, aku pun nak postkan research ni kat dalam ni. Indicator yang aku gunakan ada kat sini.

Ia ialah CC yang dibuat oleh sir mladen dari forex-tsd.

Seperti contoh-contoh yang aku tunjuk sebelum ni, kita ukur currencies yang 8 tu dan kita cari kombinasi pair yang paling cantik untuk di'trade'.

Silakan tengok charts berikut.


AUDJPY kat atas ni telah di'mark' dengan 2 garis vertical. Sila tumpukan pada CC di bawahnya.


Dan ini pula ialah GBPJPY pada sela masa yang sama. GBP punya line naik ke atas dengan laju. Berbanding dengan AUD yang naik/turun beberapa kali. JPY memang turun ke bawah dengan laju.


Tengok berapa pips dia dapat. 31 pips lebih kurang.


GJ pula 83 pips.


UJ pula hanya 23 pips sahaja. Dalam kes ni, ternyatalah GJ yang menang berbanding AJ dan UJ. Kebarangkalian trending paling tinggi pada 2 currencies yang mengembang sangat tinggi.


Atas ni pula, kita pindahkan sikit garis vertical tu ke kiri. Di AUDJPY hanya 20 pips sahaja.


GJ pula 76 pips.


UJ hanya 8 pips.


GA dapat 57 pips kalini. Dalam contoh kalini pula, walaupun dari CC, kita mungkin mengagak yang GA akan 'menyerlah', tapi GJ lebih cantik pergerakan dia.GJ ni lebih volatile daripada GA pada kebanyakan masa, jadi tak heranlah kalau bacaan CC kalini kabur sikit. 

Think of it as GBP is strengthening dan dia kebetulan JPY agak menjunam ke bawah sedikit (walaupun dalam CC kita lihat AUD turun lebih cantik).

Jadi, ada pentingnya kalau kita layan kedua-dua aspek cc iaitu Currencies Sloping up/down dan juga Corresponding Signal yang hadir.

Currencies sloping up/down: kita tengok siapa yang tengah naik/turun.
Corresponding signal: dari situ kita cuba padankan pair mana paling sesuai untuk ditrade.

TAPI, itu semua bergantung kepada Currencies Sloping tu. Bagi aku, GBP-JPY-AUD adalah paling volatile pada kebanyakan masa.

Jadi, kita tunggu berita baik dalam seminggu ini sama ada indicator custom aku tu dah siap ke belum. Hopefully kita dapat best of both side tu dalam satu indicator khas yang aku reka sendiri.


Sekarang ni, ia masih dalam development stage. Aku masih tunggu masa ia disiapkan. Hopefully hasil akhirnya sangat memuaskan hati.

Kenapa aku pentingkan Sloping tu sangat? Kenapa tak tumpu kepada kepada signal saja.

Kalau korang baca balik documentation CC-CCFp yang ori di sini & di sini kita tau yang hanya 7 pairs diperlukan untuk membuat all the squiggly lines di CC mahupun CCFp. Hanya EURUSD, GBPUSD, USDJPY, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD dan USDCHF sahaja diambil kira.

Persoalan pokok yang korang wajib fikir dalam membina suatu indicator cluster (ataupun indicator yang libatkan semua 28 pair ccy standard - tak melibatkan commodities cam oil/gold/silver) ialah dengan siapa patut kita bandingkan currency tersebut?

Adakah membandingkan NZD dengan 7 pairs yang lain? Itu kalau kita tengok NZD saja sudah ambil 7 readings. Kalau nak tengok CAD? Nak tengok CHF? 28 readings kena diambil kira untuk 1 data. Bayangkan workload mt4 korang nanti.

Memandangkan Simeon Semenych (dev ccfp dan cc) ni tengok USD mainkan peranan besar dalam Forex, dia bandingkan 7 currencies semua dengan USD. Jadi, kalau USDJPY turun dari puncak, maka line USD akan turun dan JPY akan naik. Begitu juga dengan GBPUSD naik, line GBP akan naik dan USD akan turun.

Apabila kita letakkan lebih matawang dalam 1 windows CC, maka indicator tersebut akan recalculate (kira balik) mana kedudukan sesuai antara USD dan matawang-matawang lain ni. Di sini, secara tak langsung kita dapat jimatkan masa untuk choose 1 perfect pair untuk trade.

Sebagai contoh, aku tunjuk yang berikut, tumpukan pada CC JPY:


Aku tandakan mana yang CC Sloping down. Trading opportunity bagi UJ jelas kelihatan bila line JPY drop dari high.


GJ pun sama turn sebaik saja JPY line tu drop dari high CC tu.


AJ pun sama.


Nampak kan? Semua currency lain digandingkan dengan USD sama cam dalam kes kat atas ni. Aku tunjuk JPY sahaja, tapi kalau korang buka satu-satu dengan currency lain pun sama juga.

Saturday, July 9, 2016

Secara Cluster Atau Individu?

Berikut merupakan keratan chart 8 Julai 2016 12:30-13:00. Setting CC sama. Cuma guna setting interpolate = false dan m15 pada chart m1. Ada ditandakan juga mana high dan low bagi tempoh setengah jam yang ditandakan itu.

Objektif:
  • Membandingkan CC individu (2 ccy) vs CC satu cluster (lebih dari 2 ccy).
  • Mencari setup trade yang paling menguntungkan dari penelitian antara kedua opsyen yang disebutkan tadi.



Atas ni ialah chart AUDUSD. Dan CC yang diapply ke atasnya ialah CC 2 ccy sahaja iaitu AUD dan USD. Kita dapat lihat AUDUSD ialah buy. Tapi perhatikan movement AUDUSD yang tak begitu lancar.


Yang chart no 2 ini pula ialah AUDJPY. CC yang terlibat ialah AUD dan JPY. Memang ia menyatakan buy di AUDJPY.


EURAUD lebih smooth dan CC 2 ccy juga menyatakan sell.


Dan dalam GBPAUD ni saya lengkapkan satu cluster terdiri daripada AUD, EUR, GBP, JPY dan USD. Kita dapat lihat bahawa AUD paling cepat menuju ke atas, diikuti dengan USD. Manakala yang menuju ke bawah ialah JPY, EUR dan GBP.

AUD yang paling kuat, sehinggakan USD yang kuat juga pun tak dapat menafikan BUY di AUDUSD. Kalau kita buy AUDUSD, kita akan hadapi sedikit turbulence (kenaikan yang serupa tangga). Bukannya kenaikan yang mencuram 70 darjah. Range bagi waktu tersebut ialah 70 pips.

AUDJPY pula 75 pips. EURAUD 117 pips dan GBPAUD ialah 147 pips.

Objektif kita tadi ialah:
  • Membandingkan CC individu (2 ccy) vs CC satu cluster (lebih dari 2 ccy).
  • Mencari setup trade yang paling menguntungkan dari penelitian antara kedua opsyen yang disebutkan tadi.
Dan bagi saya, penggunaan CC secara cluster lebih baik. Kita juga dapat meniliti setup trade yang paling menguntungkan dengan mudah. Contohnya, kita akan mengelakkan dari trade AUDUSD kerana AUD dan USD sama-sama naik walaupun CC individu menunjukkan buy AUDUSD kerana kemungkinan kenaikan tersebut choppy sebelum mencapai untung yang kita cari. 

Sekian. 

Tuesday, June 21, 2016

Gap Tak Tutup 20 Jun 2016

20hb Jun 2016

GBP sangat menguat, sampai gap hari isnin tak tutup.Harini dah hari selasa, dan tak nampak lagi tanda bila ia akan tutup.


Atas ni ialah GBPJPY.


Dan yang atas ni pula ialah GBPUSD.

Sentiasa berhati-hati dalam market ya!

Monday, June 20, 2016

High Frequency Scalping Dengan CC

Bawah ini cc yang saya gunakan. Ada 8 line. Tapi saya kaburkan, hanya tunjukkan JPY dan GBP. Line CC tu ialah CC m15 dan chart kat atas tu ialah m1. 


Dengan mengambil kira kriteria-kriteria berikut:

GBP turun, JPY naik - Sell gj. 
JPY turun, GBP naik - Buy gj. 

Bila kita dah sell gj dan salah satu komponen berubah - sama ada GBP naik atau JPY turun, kita akan close position tu. 

Sama juga dengan buy gj.

Kalau GBP turun atau JPY naik, kita akan close.

Jangan open position kalau kedua-dua pointing towards same direction.

Sekarang cuba fikir out of the box: Kalau kita libatkan 8 ccy instead of only 2 (GBP/JPY)? 

Unlimited opportunities. 

Sunday, May 29, 2016

Tuesday, May 24, 2016

News Inflation Report GBP

Tadi baru lepas trade GJ sempena News Inflation Report GBP.

Dan price hanya bergerak 5 minit selepas pengumuman berita tersebut.

GU dan GJ seiring.

News tu boleh tahan juga. Mungkin untuk rest of the week, saya akan buy GBP saja kot.

Tunggu jer la.

Pivot Levels Yang Serupa - GU GJ

Sudah beberapa kali saya mengatakan kepentingan pivot dalam scalping.

Dan pivot juga menjadi penyebab saya sangat teruk apabila trading menggunakan mt4 di handphone android saya.

Antara post yang menyebut kepentingan pivot saya:


Dan hari ini sekali lagi, saya dapat lihat di mana GBPUSD dan GBPJPY masing-masing menghormati pivot level pada masa yang sama.

(Ini adalah kerana GU + UJ = GJ).

Lihat gambar chart yang berikut ya.

Macam serupa jer pivot levels dia ya

Chart ini diambil pada masa yang sama. Di mana, mereka respek pada pivot level yang sama. Mereka berhenti sebentar di level itu buat beberapa ketika. 

Okbai! Selamat trade Inflation report pukul 5 ni ya.

Wednesday, May 18, 2016

Menunggu Next Signal

Bila semua signal menjadi 'worthless', lebih baik kita duduk diam dan tunggu trade seterusnya. Layan youtube kejap, hehehe.

Matrix-signal yang senyap

Masih menunggu ideal trade GBPJPY.

GBPJPY Sedang Merangkak ke Bawah




Waktu asia akan bermula lebih kurang sejam dari sekarang. Selepas Asian session dibuka, kita akan lihat sama ada GJ akan bergerak ke bawah atau tidak.

GU+UJ=GJ.

Kalau anda lihat betul-betul ketiga-tiga chart kat atas ni, memang ia hampir sama kan?