Wednesday, June 10, 2015

Rasional 30 pips Sehari

Kemampuan untuk trade sudah ramai yang kuasai. Bagi anda yang dah pandai guna Genesis Matrix. Tapi, kemampuan untuk menggandakan wang? Itu mungkin agak sukar untuk dicapai bagi sesetengah dari kita.



Mari kita lakukan satu senario.

Asmarizan ada modal sebanyak 5000 USD. Dia hanya trade EU sahaja yang bernilai 10 usd untuk pip value. Setiap trade beliau bernilai spread tetap 3 pips dan stop loss sebanyak 35 pips.

Dia merisikokan 5% dari modal 5000.

Dalam perancangannya, dia akan tetap merisikokan 5% dari jumlah akaun sepanjang kareer tradingnya, dan akan cuba capai target 30 pips setiap hari.

Ada kalkulator xls tersedia. Anda lihat seperti yang berikut.

Hasil 10 hari 30 pips

Ini baru 10 hari. Lihat berapa banyak akaun Asmarizan dah berkembang? Akaun beliau dah capai jadi 7085 pada hari ke-10.

Dengan hanya 30 pips sehari. Susah ke?

Cuba kita tengok apa akan jadi kepada akaunnya bila sudah cecah 20 hari (lebih kurang sebulan hari bekerja).

Hasil 20 hari 30 pips

Cukup 20 hari, modal 5000 tadi dah mengembang jadi 10346 USD. Power kan penangan 30 pip sehari ni?


Keadaan di atas hanyalah boleh dilakukan dengan beberapa faktor.
1. Anda dah yakin dengan sistem anda dan boleh profit dalam trading.
2. Anda dah boleh kawal emosi dalam trade.
3. Risiko dari akaun tu tetap. Jangan diubah-ubah setiap hari. Stop loss dan spread yang tetap juga diperlukan.
4. Target 30 pips sehari tercapai tanpa cela. Terlebih/terkurang tak mengapa, janji purata tu 30 pips/sehari.
5. Anda jadikan akaun ni akaun kompaun. Bermakna tiada pengeluaran dilakukan. Maka, esok anda akan risikokan 5% dari modal+untung semasa.


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kalkulator ni, bolehlah check link ini: http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=62747. Saya juga ada menulis mengenai kepentingan lot sizing yang betul dalam post berikut: http://gmtsmy.blogspot.com/2015/05/menjaga-money-management-forexfactory.html .

Kalau anda boleh kutip 30 pips sehari dengan konsisten, anda boleh jadi jutawan dalam forex ni. 

Perhatian: 30 pips tu boleh diubah mengikut kesesuaian anda. Tak ada paksaan dalam menetapkan nilai pips tersebut. Bereksperimenlah dengan kalkulator itu sepuas-puasnya sebelum menjadikan ia sebahagian dari trading plan anda. 


Selamat berjaya Genesis trader!

1 comment:

  1. bro nak join group whatsapp
    freak.wishmasta@gmail.com
    ty......

    ReplyDelete