Friday, August 7, 2015

GBP/USD 5 min 6 Aug 2015

Hai semua. Dah lama tak semak chart genesis, kan?

Harini saya nak buat sikit ulangkaji Genesis kat GU semalam. Saya guna IFR trading dulu yer tuan puan.

Ini ialah chart tersebut iaitu GU 5min pada 6 Ogos 2015:

IFR chart GU 6 ogos 2015

Saya tandakan pula kedudukan di mana Genesis matrix berubah warna di 6 tempat berlainan (dalam waktu london sahaja). Saya melabelkan no 1-6 dengan warna hijau dan merah. Hijau untuk buy dan merah untuk sell.

Ada 6 entry daripada Genesis kita

Ok, dalam chart tadi tu kita ada Stoch 11,3,3 tf m5 dan Stoch 33,3,3 tf m5. Saya cuba main-main sikit dengan setting stoch, supaya saya tak perlu bergantung kepada Stoch dari m15. Ia boleh jadi repainting issue selagi stoch untuk m15 tersebut belum lengkap. Jadi saya mendarab stoch sedia ada sekarang dengan 3, iaitu 11*3=33.

Perlu saya nyatakan bahawa, kita akan ambil entry selepas line menegak tu wujud. Maksudnya, kita tunggu kotak-kotak genesis tersebut lengkap dulu tercatat secara kekal (tak berubah warna) pada chart, baru kita ambil entry pada candle seterusnya.

Mari kita lihat chart dengan close line sahaja, supaya anda boleh tengok di mana entry-entry kita diambil :

GU semalam

Hasil akhirnya, Genesis boleh dikatakan skor 5 win trades dan 1 loss (kalau dengan IFR). Anda sudah pasti tidak akan trade dengan IFR dalam dunia sebenar, bukan? Tips yang boleh banyak membantu: Perhatikan aktiviti price di sekitar S&R yang telah dilukis di chart tersebut dan juga news announcement yang dijadualkan akan berlangsung. Ini dapat menyelamatkan anda daripada terkena loss trade tersebut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment