Sunday, August 2, 2015

Kuasa 30 Pips, 20 Pips, 15 Pips dan 10 Pips

Beza target 10 pips/15 pips/20 pips/30 pips.

Artikel berikut merupakan kesinambungan dari sini: http://gmtsmy.blogspot.com/2015/06/rasional-30-pips-sehari.html.

Excel yang saya tunjukkan dalam artikel ini boleh didapati secara percuma di sini dalam post #1: http://www.forexfactory.com/showthread.php?t=62747.

35 pips SL, 30 pips TP

Bayangkan seperti yang berikut:

Anda ada 1000 USD sebagai modal permulaan. (Anggap matawang yang terlibat dalam artikel ni semua USD yer). Dan anda merisikokan 5% daripada akaun anda pada level 1. (Level ni anda boleh sandarkan kepada apa-apa yang anda selesa. Ia boleh jadi sehari, 2 hari, 3 hari, seminggu ataupun sebulan. Kalau anda anggap level ni macam sehari, maka level 22 ialah 22 hari trading. Kalau anda anggap level ni macam seminggu, maka level 22 ialah 22 minggu trading). Pip Value yang dinyatakan dalam excel di atas ialah 10 USD bagi setiap pergerakan 1 pip dalam trading setiap 1 lot (hanya boleh digunapakai ke atas pair yang guna USD sebagai QUOTE: xxx/USD). Spread pula tetap iaitu 3 pips (boleh diubah). Nilai pip value untuk pair lain boleh diperoleh daripada kalkulator forex online yang banyak berada di internet.

Maka, nilai risiko yang anda berani ambil berbanding keseluruhan akaun anda ialah 50 USD. Lot size yang disarankan ialah 0.13 dan bila dibahagikan 5 (anggap entri diambil sebanyak 5 kali untuk mengurangkan risiko) ialah 0.03. Profit setiap satu pip ialah 1.30 USD (dengan lot sebanyak 0.13 tadi). Dan dengan menganggap tp anda sebanyak 30 pips tercapai, di penghujung level 1 anda sudah pun memperoleh 39 USD.

Kalau anda meneruskan disiplin yang sama sehingga ke level 21, anda telah pun membuatkan akaun anda menjadi 2254 USD. 2254 - 1000 = 1254 USD sebagai untung (kerana mengekalkan disiplin sebanyak 21 level). Dan 1254 USD ialah pertumbuhan sebanyak 125% dari akaun bernilai 1000 USD. Ini semua boleh berlaku dengan mengekalkan disiplin yang sama sepanjang 21 level.

Tapi tp satu level dah 30 pips. Banyak tu naim...

Bagaimana kalau kita ubah tp 30 pips kita tu? Jom cekitout.

Kita tetapkan 20 pips sebagai tp. Dan SL kita kurangkan menjadi 20 pips sahaja.

20 pips SL, 20 pips TP
Di penghujung level 21, akaun anda sudah pun berkembang menjadi 2450 (berbanding 2254 dalam contoh no #1).

Kalau 20 pips pun rasa mencabar sangat, mari kita turun lagi tp tu.

12 pips SL, 15 pips TP
Menjelang ke level 21, akaun anda sudah pun mencapai 2787 (berbanding 2254 dalam contoh #1 dan 2450 dalam contoh #2).

Jom kita kecilkan lagi tp tu (tapi dengan SL yang lebih ketat semestinya)..

7 pips SL, 10 pips TP
Lepas habis level 21, akaun anda dah naik jadi 2788 (berbanding 2254 dalam contoh #1 dan 2450 dalam contoh #2, dan 2787 dalam contoh #3).


Jadi, apa sebenarnya yang saya cuba rumuskan daripada kesemua empat contoh di atas? 

Tak kiralah anda target berapa pips pun, anda boleh capai hasil yang anda mahu. Sekali lagi saya sebut:


Ini semua boleh berlaku dengan mengekalkan disiplin yang sama sepanjang 21 level.


Statement yang atas ni kena hayati betul-betul - termasuklah kepada saya sendiri. Hehehe.

Satu teka-teki, apa yang berubah selain SL dan TP dalam keempat-empat gambar sebelumnya? Cuba cari.

Selamat berjaya semua. Dapatkan pips dan jadilah seorang yang bebas!

No comments:

Post a Comment