Saturday, January 30, 2016

5 Langkah Menjadi Trader (pt. 2)

Ini merupakan sambungan kepada part 1. Sila bacanya di sini.

Step 2 - Conscious incompetence (Anda sedar betapa inkompetennya anda)

Langkah kedua di mana anda mula menyedari lebih banyak kerja diperlukan dalam trading dan anda mungkin sebenarnya perlu menyelesaikan beberapa perkara. Anda secara sedarnya mengetahui yang anda merupakan trader inkompeten. Anda tak ada kemahiran atau naluri untuk menukarkannya menjadi keuntungan berterusan.

Anda mula membeli sistem dan ebooks, baca laman web dari USA hingga  ke Ukraine dan mula mencari Holy Grail. Pada masa ini, anda merupakan peneroka dari sistem ke sistem. Anda tukar cara dari hari ke hari, dari minggu ke minggu tanpa bergantung kepadanya terlalu lama untuk melihat samada ia menjadi atau tidak. Setiap kali anda jumpa indicator baru, anda mudah teruja - merasakan yang ia akan membawa segala perubahan!

Anda cuba automated sistem di metatrader. Anda bermain dengan moving average, garis fibonacci, support dan resistance, pivot, fractal, divergence, DMI, ADX dan beratus-ratus lagi dengan harapan anda akan menemui 'magic system' satu hari nanti. Anda menjadi pemburu top dan bottom, cuba untuk mencari titik reversal paling tepat dan anda menjumpai diri anda mengejar trade yang rugi (dan juga menambahnya lagi) kerana anda yakin anda betul.

Anda masuk ke chat room dan lihat trader lain membuat pips dan anda mahu tahu, kenapa bukan anda? Anda tanya bermacam-macam soalan, yang mana antaranya sangat bodoh sehinggakan apabila anda mengenangkannya kembali akan membuatkan anda tersengih sendirian. Anda kemudiannya sampai ke satu peringkat - semua orang yang buat pips demi pips tu ialah pembohong. Mereka tak boleh buat sebanyak itu kerana anda telah belajar dan anda tak boleh berbuat demikian, anda tahu sebanyak mana mereka tahu dan mereka semestinya penipu. Tapi mereka kekal di situ dan akaun mereka membesar saban hari, sedangkan akaun anda semakin menyusut.

Anda bagaikan seorang pemuda. Trader yang membuat duit akan memberi anda pesanan secara percuma, tapi anda degil dan fikir anda tahu yang sebaiknya. Anda tak ambil peduli dan overtrade-kan akaun anda walaupun semua orang mengatakannya begitu terhadap anda - tapi anda lebih tahu dari mereka. Anda cuba ikut trade yang orang lain ambil tapi ia tidak berhasil kepada anda, maka anda bayar pula untuk signal dari orang lain - ia juga tak berhasil bagi anda.

Anda mungkin juga mendekati masta seperti ______ atau sesiapa saja yang anda kenal yang menjanjikan anda kejayaan sebagai seorang trader (yang selalunya melibatkan bayaran). Samada masta itu baik/tidak anda tak akan menang kerana ia tiada kaitan dengan screen time dan anda masih memikirkan anda tahu apa yang terbaik.

Step ini boleh berkekalan dalam satu tempoh masa yang sangat lama. Bahkan dalam realiti, dari perbualan dengan traders lain dan pengalaman sendiri mengesahkan bahawa ia dengan mudahnya boleh mengambil masa lebih setahun dan boleh menghampiri 3 tahun. Step ini jugalah di mana anda berkemungkinan besar untuk menyerah kalah kerana kekecewaan yang mengguris.

Lebih kurang 60% trader baru akan lenyap dalam 3 bulan yang pertama. Mereka menyerah dan ini adalah bagus. Fikirkan, jika trading ini mudah - kita semua akan menjadi jutawan. 20% lagi akan melalui tahun pertama dan dalam terpaksa, anda selalu mengambil risiko yang mana akan menjamin kemusnahan akaun anda.

Apa yang memeranjatkan ialah 20% lagi akan bertahan selama 3 tahun dan mereka fikir mereka akan selamat. Tapi selepas 3 tahun, hanya 5-10% akan meneruskan perjalanan dan membuat duit secara konsisten.

Ia ialah angka sebenar, bukannya rekaan. Jadi apabila anda sudah 3 tahun dalam permainan ini, jangan fikir ia adalah pengalaman yang tenang dari titik mula lagi.

Saya telah berjumpa dengan ramai orang yang tidak bersetuju dengan jangka masa ini. Apa yang kelakarnya ialah - tiada seorang pun daripada mereka telah trade selama 3 tahun dan lebih. Jika anda fikir anda lebih tahu, pergi tanya pada sesiapa yang sudah trade melebihi 5 tahun dan tanya kepada mereka berapa lama masa yang diperlukan untuk menjadi 100% kompeten. Sudah tentu akan ada pengecualian dalam peraturan itu, tapi saya tidak ketemu dengannya lagi.

Akhirnya anda mula sampai ke fasa ini. Anda mungkin telah menghabiskan banyak masa dan duit dari yang anda fikirkan, memusnahkan 2,3 akaun dan kemudian menyerah kalah sebanyak 3 atau 4 kali tapi ia dah jadi darah daging anda.

1 hari nanti, dalam sekelip mata anda akan sampai ke step 3.



Bersambung...

No comments:

Post a Comment