Monday, February 1, 2016

5 Langkah Menjadi Trader (pt. 3)

Ini merupakan sambungan kepada part 2. Sila bacanya di sini.

Step 3 – Detik Eureka (a cry of joy or satisfaction when one finds or discovers something)

Pada penghujung fasa kedua anda mula menyedari yang bukanlah sistem itu yang membawa perubahan. Anda perasan yang sebenarnya dengan hanya menggunakan simple moving average pun anda dapat membuat duit HANYA JIKA anda dapat mengawal diri dan money management yang betul. Anda mula membaca buku berkenaan psikologi trading dan mengenalpasti karakter-karakter yang terpapar dalam buku-buku tersebut dan akhirnya mencapai eureka moment anda!

Detik eureka ini akan membuka ‘sesuatu’ dalam minda anda. Anda tiba-tiba perasan yang tiada seorang pun dalam muka bumi ini boleh menjangka dengan tepat apa yang akan terjadi kepada market dalam 10 saat lagi, apatah lagi 20 minit kemudian.
 
Disebabkan pendedahan ini anda mula berhenti memerhatikan apa yang orang lain fikir. Bagaimana berita ini akan memberi kesan, dan apa kesan kejadian-kejadian kepada pasaran. Anda menjadi individu dengan method trading tersendiri.

Anda mula bekerja dengan satu sistem yang anda bentuk menjadi cara anda trading, anda mula bergembira dan boleh mendifinasikan tahap risiko anda.

Anda mula ambil setiap trade yang mempunyai ‘kelebihan’ untuk menang. Apabila trade anda menjadi negatif, anda tak cepat melatah atau walaupun anda tahu yang anda memang tak boleh menjangka apa bakal terjadi ia bukan salah anda – sebaik saja anda perasan ia ialah trade yang teruk anda tutup trade itu. Trade selepas itu atau selepas itu atau selepas itu bakal mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk berjaya kerana anda tahu sistem anda teguh.

Anda mula berhenti memerhatikan keputusan trading dari trade-ke-trade sebaliknya mula memerhatikan keputusan mingguan dengan menganggap satu trade yang buruk tidak menjadikan ia sistem yang lemah.

Anda sudah menyedari sesuatu mengenai trading – konsistensi ‘kelebihan’ dan disiplin anda dalam mengendalikan semua trades tidak kira apa cabarannya memandangkan anda tahu kebarangkalian itu akan menyebelahi kita.

Anda mula mempelajari money management dan leveraj – risiko dari akaun dan sebagainya – kali ini anda memahami fungsinya dan anda mula terkenang apa yang diajarkan kepada anda setahun lepas sambil tersenyum. Anda tidak bersedia pada ketika itu, tapi sekarang anda sudah bersedia. Detik eureka datang bila anda mula menerima kenyataan bahawa anda tak boleh menjangka pasaran.

No comments:

Post a Comment