Thursday, January 28, 2016

5 Langkah Menjadi Trader

Untuk edisi english, silakan lawati sini.

Step 1: Unconscious incompetence (Anda tak sedar pun betapa inkompetennya anda)

Ini ialah langkah pertama anda dalam trading. Anda tahu ia cara buat duit yang bagus kerana anda dengar banyak mengenainya dan juga jutawan yang lahir daripadanya. Dan anda mula rasa ia sama seperti anda mula-mula belajar memandu kereta suatu ketika dulu: ia adalah mudah. Lagipun takkan la susah sangat, kan? Price akan bergerak sama ada ke atas atau ke bawah. Apa lagi rahsia selain itu, jomlah kita trade!

Sebaik saja anda duduk memegang roda steering, anda tak ada klu apa yang perlu dibuat. Anda buka banyak trade dan juga melibatkan risiko yang tinggi. Anda buka satu trade dan ia melawan anda, anda tambah pula trade arah berlawanan. Lagi dan lagi.

Anda mungkin berjaya pada awalnya, tapi sebenarnya ia memburukkan lagi keadaan . Otak anda menterjemah trading amat senang dan anda mula merisikokan lebih banyak duit.

Anda cuba memusingkan losses anda dengan menggandakan lot setiap kali trade. Kadang-kala ia menjadi, tapi kebanyakan masa anda tercedera daripadanya. Anda memang tak tahu-menahu betapa inkompetennya anda dalam trading.

Ia boleh bertahan selama seminggu atau 2, tapi market bergerak pantas dan anda akan bergerak ke stage seterusnya.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment