Saturday, January 2, 2016

MADDash + Tidane Trend + Correlation + Waktu Currency Aktif

Nak bincangkan MADDash sikit dalam post kalini.

Anda boleh baca thread original FF di sini.

Dalam post #1 tu ada FAQ yang saya postkan. Post tersebut dibaca di sini. Nak download MADDash tu pun ada dekat dalam post #1 tersebut.

Saya baru ambil skrinshot setiap m15 31 Disember 2015 lepas.

Lihat chart-chart tersebut:


Nampak tak, AUD semuanya warna hijau. Bermaksud, AUD menguat dan EUR melemah. JPY juga hampir sempurna. Jom kita lihat chart EURUSD ketika ini.


EURUSD seperti yang kat atas ni.

Bagaimana pula dengan EURJPY? EUR melemah dan JPY menguat, bukankah begitu?


Tengok ni. EURJPY cantik menjunam.

Seterusnya, EURAUD.


Ok. Satu soalan timbul.

Apa beza antara ketiga-tiga chart itu?


Cuba rujuk balik MADDash kat atas post ni. EUR melemah, tapi bila dibandingkan dengan yang terkuat: AUD, chart EURAUD sangat-sangat menyerlah. Nampak lebih ketara, kan?

EUR melemah berbanding matawang lain. Tapi ia akan lebih baik jika digandingkan dengan matawang yang sama menguat pada masa tersebut.

Tips: lebih banyak kotak merah/hijau - lebih lemah/kuat la matawang tersebut.

Tapi, ada beberapa lagi perkara yang perlu kita ambil perhatian. Salah satunya. Waktu aktif pair.

Menurut satu sumber:

What is the best time to trade?
The best time to trade depends on which trading pair you trade.
European time zones: Trade the EURUSD, GBPUSD, EURGBP, USDCHF, GBPJPY
US time zones: Trade USDCAD, USDJPY, EURUSD, AUDUSD, GBPJPY
Asian time zones: Trade USDJPY, EURJPY, GBPJPY, NZDUSD
Australian time zones: Trade AUDUSD, USDJPY, NZDUSD
Atas ni dah cukup baik untuk guideline asas (walaupun tak include semua 28 pairs).
 
Tak lari dari konsep correlation antara matawang, sila lihat pada 3 chart dalam satu frame tu.

EJ dan EU masih belum bergerak sebelum garisan hijau tu.

Tapi EA sudah bergerak lebih jauh, kan?

Kenapa?

AUD seperti yang kita tau digunakan (dan ditrade) secara meluasnya oleh negara Australia.

Tengok waktu Australia.


Kalau diperhatikan, Sydney akan bermula pukul 6pg kita. Dan dalam chart EurAud di atas, market mula bergerak dengan lebih cepat pada pukul 9pg kita.


Lain pula dengan EJ, berkemungkinan JPY tak cukup mengganas macam AUD pada ketika itu (lihat MADDash).

Tapi menggunakan MADDash tak semudah itu yer. Kita takut bila kita entry tu ccy tersebut dah pun tepu~ Kalau anda faham, late entry. Sama cam kes CCFp-Diff: kita enter semasa trend mula penat. 

Satu lagi toy yang saya ada cerita sebelum ni.

Bagi peminat individual pair.

Saya perkenalkan Tidane trend.


Tidane trend ni boleh download kat sini.

Ia dikatakan gabungan antara Bollinger Band + Parabolic Sar.

Apa yang menarik dengan indicator ni?

Tengok yer:


Atas ni setting length 20+length 15+length 10.

Apa yang korang nampak?


Simple rules can be made within this arrangement!

Tengok Petak tu, kalau ketiga-tiga length Tidane trend berTindan pada masa yang sama (kepala berudu), high probability trades adalah mudah.

Kalau ada 2 titik, tak cukup power. Kalau ada 3, itu betul power.

Idea lain, cuba korang tengok chart berikut:


Yang mana yang flat tu ya? Tu la Tidane yang paling panjang - 20. Kalau dia flat, jangan sekali-kali ikut signal counter trend dari 15/10.

Kalau tidane trend 20 buy dan mendatar, tapi tidane trend 15 sell, tolong jangan sell. Hanya buy saja.

Rules tu terguna pakai kepada 10 juga.

Kelebihan tidane trend berbanding indicator trend yang lain? Tengok bagaimana dia memberi reaksi terhadap sudden spike. Dia tak cepat melatah. Dia tak cepat-cepat tukar signal. Tapi walaupun begitu, dia tak terlalu lambat.

Selamat bergodek-godek ya.

No comments:

Post a Comment