Sunday, January 17, 2016

CCFp-Diff mtf dan CC-Diff mtf | m15,m30 atau m30,h1?

Case work pasal CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF.

Sekarang saya ada sikit example pada 29hb Disember tahun lepas.

Kita boleh bandingkan sikit dengan chart. Bolehlah kita tengok apa ynag signal ni beri.

Objektif kita ialah.
1. menentukan mana satu tf yang terbaik?
2. adakah overlapping (pertindihan) tf tu bagus untuk prestasi trades kita?

Method kajian.
1. Satu CCFp-Diff MTF m15-m30
2. Satu CC-Diff MTF m15-m30
3. Satu CCFp-Diff MTF m30-h1
4. Satu CC-Diff MTF m30-h1

Menggunakan broker +0200.

Berikut ialah signal 0915.


Tugas kita ialah membezakan antara signal di m15,m30 lawan m30,h1. Mencari apa yang tiada.

Cuba cari EURCHF. Dia ada dekat CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF m30,h1 tapi takde dalam m15,m30.


Nampak tak price melonjak naik dalam tempoh 0900-0915 tu.

Lagi satu, AUDNZD. Ada di CCFp-Diff MTF m30,h1 sahaja.


Nampak tak pergerakan naik di latest m15 tu?

CHFJPY ada di kedua-dua m30,h1. Tapi tak ada dalam m15,m30.


Cukup la setakat tu contoh yang saya bentang. Yang lain boleh kaji sendiri.

Apa yang penting ialah
Perlukah h1 atau h4 kalau anda scalp? Sebab anda mungkin sudah berada dalam trend terlalu lama (h1). Anda perlu fine-tune dengan smaller timeframe (m15 atau m5) untuk dapatkan entri terbaik. Kalau m15 atau m5 dah berubah arah (tak sama dengan higher tf) bermakna mungkin pergerakan itu akan choppy/sideways.

Ingat:
  • Kalau anda ada kombinasi m15,m30 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di kedua-dua belah, ia ialah m15,m30,h1. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5,m15 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di kedua-dua belah, ia ialah m5,m15,m30,h1. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5 saja dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di kedua-dua belah, ia ialah m5,m30,h1.
  • Kalau anda ada kombinasi m15,m30 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di sebelah kiri saja, ia ialah m15,m30 dan bukan h1. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5,m15 dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di sebelah kanan saja, ia ialah m30,h1 dan bukan m5,m15. 
  • Kalau anda ada kombinasi m5 saja dan m30,h1 dan anda tengok signal berada di sebelah kiri saja, ia ialah m5 dan bukan m30,h1.
  • Yang lain sama seperti contoh kat atas ni.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment