Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Apa khabar resolusi 2015?

Adakah apa yang anda impikan pada awal 2015 semuanya tercapai untuk tahun tersebut?

Kalau belum tercapai, mari kita refleksi diri.

Saya dengan ini memohon ampun dan maaf jika anda ada tersinggung/terasa dengan kenyataan-kenyataan yang saya buat sama ada secara sengaja atau tidak.

Sejak dari awal Januari 2015, saya belajar Genesis Matrix dari forexfactory. Setelah belajar buat beberapa lama, saya bermula untuk merekodkan perkembangan pembelajaran saya ke dalam thread dalam CariGold.


Inilah kali pertama Genesis dibawa ke dalam bahasa melayu. 21 Feb 2015.

Kemudian, thread tu berkembang dan semakin berkembang. Ada banyak perhatian diberikan.

Sehinggalah kumpulan Whatsapp dibuka untuk sentiasa mengemaskini maklumat sesama peminat Genesis.

Ada yang suka, ada yang duka. Ada ahli terdahulu yang sudah tidak dapat dihubungi.

Tak lama kemudian, thread genesis di Carigold telah ditutup buat selama-lamanya oleh Admin. Saya punya username redwed juga telah menjadi sejarah.

Nasib menyebelahi saya, saya ada sediakan blog dan dapat kenal beberapa ahli, membawa masuk mereka ke dalam kumpulan whatsapp genesis.

Banyak pengalaman pembelajaran yang saya lalui sehingga ini.

Genesis.

Kemudian, perlahan-lahan mencari sistem yang lebih mudah. Lebih senang.

Dulu 5 min scalping, tapi lama-lama kita sedar kita ada hadnya. Bagi part time trader (ptt) ia sukar untuk membahagikan masa antara kerja hakiki + trading + life. Life termasuklah melihat anak membesar.

Maka, Genesis mula dicari ganti. Tapi asas trading saya dapat belajar dengan banyaknya dalam thread Genesis. CCFp, CC mula dikenal. Auto trading juga mencuri perhatian.

Auto trading guna Dashboard GVC dengan setting Jibala. Trade tanpa lihat chart guna CCFp-Diff.

Kemudian, ADX.

Lepas tu cuba belajar pasal candle bank. Apa yang seronok pasal candle bank, founder dia cerita secara terbuka di facebook beliau. Ya, saya agak terlewat, baru nak belajar candle bank masa tu. Setelah beberapa tempoh yang agak memenatkan, candle bank juga tak fit dengan jiwa saya. Mungkin climate pasaran bukan seperti dulu kot, ataupun saya memang tak minat nak tunggu candle tu? MADDash, CSDash. MADDash thread di forexfactory, saya baca sampai habis. How I trade ranging and trending markets yang cerita pasal ADX juga saya baca sampai habis. Simple Trading Method with trader101 sempat baca separuh, tapi semakin pening sebab banyak spin-off dari idea asal. ES Trader punya thread Trading system using relative strength berjaya saya habiskan, bersama-sama dengan part 2 thread tersebut.

Kalau anda follow thread tersebut dan juga post-post saya pasal CCFp atau CC tu dalam blog ni, anda pun tau yang ia adalah multi pair sistem. Kita akan cari yang kuat vs yang lemah.

Dan ia dah jadi kegemaran saya, terutamanya CCFp-Diff MTF dan CC-Diff MTF.

Saya tak lagi mengamalkan system trading lain, tapi saya akan beri gambaran mengenai Tidane Trend untuk individual pair trade.

Tak lupa juga, auto trading. Ini maksudnya EA trading. Ada dua EA yang saya sangat berkenan, hasil perkongsian dari kawan-kawan kita dalam grup whatsapp.

Cukup celoteh sampai sini.



Hanya satu indicator untuk trade.

Dan tak lupa, saya akan perkenalkan EA yang power sedikit masa lagi.


Atas ni mungkin boleh dilakukan terhadap akaun live kita nanti, kan? Hihihi.

Semoga berjaya untuk Tahun 2016!

No comments:

Post a Comment