Thursday, January 14, 2016

Market Sessions dan Currency In Action

Dalam grup whatsapp ada dah saya kata, beberapa perkara yang saya asyik tertangguh.

Dan kalini ada sikit masa untuk tujuan itu.

Let's begin with reading this thread. Please read that thread first to understand the following examples.

Sebab apa artikel tu penting? Sebab nanti kita akan define trading kita melalui currency (ccy) dan bukannya secara pair.

Dan kalini kita akan bangkitkan juga pasal case trading hours forex dan session yang terlibat dan sebagainya.

Tools paling sesuai ada kat sini.


Dah dipresetkan kepada waktu kuala lumpur. Kalau anda perati, ada kotak hijau dan merah tu. Merah ialah market tutup. Dan hijau ialah market buka.

Kemudian, anda boleh la tengok market mula buka pukul berapa bagi setiap tempat, london open (LO), new york open (NYO) pukul berapa dan seterusnya pada waktu MALAYSIA.

Dalam contoh kat atas, Europe Open pukul 3 ptg atau 1500 waktu malaysia. Dan Jepun pukul 7 pg atau 0700 waktu malaysia. Close pun ada disediakan di situ.


Bawah sikit, ada penerangan macam kat atas ni.

Sebenarnya apa yang dia kata tu sama jer konsepnya dengan apa yang kita cari kat google seperti yang berikut ni.


Jadi, secara kasarnya anda dah dapat idea tersebut kan?

Tumpukan trade anda dalam London, New York, Tokyo session. Paling aktif ialah apabila overlapping (pertindihan) masa antara mana-mana market tu.

Guna tools yang saya provide tadi, anda dapat lihat pada waktu skrinshot tu diambil, kita ada London dan Europe overlapping.

Setakat ni, faham yer.

Seterusnya, bagaimanakah session tu mempengaruhi mana-mana currency pairs. (Kemudian kita akan concentrate kat currency, bukan pairs).

Ambil contoh yang berikut.

Waktu malaysia ialah 10.45.

Siapa yang aktif masa ni? Euro? London? NY? Sydney? Tokyo?

Tokyo dan Sydney.

Concentrate trigger anda pada matawang berkaitan dengan Tokyo dan Sydney.

Anda bayangkan yang bank dekat Tokyo dan Sydney sedang bekerja office hours 8-5 di tempat mereka. Sama macam kita kat malaysia. Tapi, dengan sedikit perubahan. MASA mereka dan masa kita berbeza.

Ingat. Waktu sekarang ini ialah 10.45 pagi waktu malaysia dan kita ada tokyo, sydney sebagai market aktif. Kemungkinan, kita akan nampak movement AUD, JPY, NZD ketika ini kerana negara-negara yang menggunakan AUD, JPY, dan NZD sekarang dalam office hours (tempat mereka).

Ia adalah tindakan kurang bijak untuk menumpukan tenaga pada currency yang melibatkan USD, CHF, GBP, CAD, EUR ketika ini. Ini adalah kerana, mana ada negara yang tiba-tiba memperdagangkan matawang negara lain secara besar-besaran, kan? Melainkan dah ada krisis yang membuatkan sesebuah negara tu terpaksa menggunakan matawang negara lain.

10.45.


Atas ni ialah saya punya spreadsheet excel saya sendiri.

Apa yang anda perhatikan ni belum lagi diriliskan kepada public dan ciptaan saya. Ia dalam peringkat eksperimen. Jangan minta untuk dikongsi. Belum jadi indicator pun. Saya buat ni untuk menunjukkan pergerakan ccy dan session.

AUD ialah 6. Perfect score ialah 7 atau -7.

Jadinya AUD menghampiri perfect score. 6. Sangat aktif buying AUD ketika ini: 10.45 pagi waktu malaysia.

Mari kita tengok chart jika keadaan ini (AUD aktif buying) berlaku.

Tumpukan perhatian kat garisan hijau menegak. Saya dah tetapkan ia sebagai pemalar (10.45 waktu malaysia). Sama dalam semua chart. Waktu broker ialah +0200.


Atas ni AUDCAD.


Dan yang kedua ni AUDCHF.


AUDJPY.


AUDNZD.


Ni pula major pair AUDUSD.


EURAUD.


GBPAUD.

Apa yang anda lihat? Magis ke?

Apa yang dilihat pada garis hijau tu ialah waktu 10.45 waktu malaysia. Waktu di mana market AUD, JPY, dan NZD aktif. Dan pada ketika ini, AUD menguat merentasi kesemua pairs yang ada dengannya. 

Ada lagi contoh.


Kalini, CHF melemah (-6) dan hampir perfect.

Waktu ketika itu ialah 12 tengahari. Selling off CHF berlaku pada luar waktu trading kebiasaannya (EUR/LON).

Tapi kita tengok juga la yer, sebab spreadsheet saya 'menghidu' sesuatu di CHF. Jadi ini ialah exception kepada rule tadi.


AUDCHF.


CADCHF.


EURCHF.


GBPCHF.


NZDCHF.


USDCHF.

Dan akhir sekali CHFJPY.


Adakah ini kebetulan? Mustahil kebetulan kalau dalam satu move tu kita boleh dapat sebanyak 100 pips (atau lebih) kan?

Session dan ccy tak dapat dipisahkan.

Optimizekan trade anda dengan pemahaman sebaik-baiknya pasal session dan ccy terlibat ni ya... 


Sekian! Lain kali pula ya...

No comments:

Post a Comment