Wednesday, September 23, 2015

Update 23 September 2015 | Analisis Correlation 2

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Dari petang tadi kita dapat perhatikan GBP weakening dalam semua pair termasuk cross pair. EUR, USD, CAD, CHF, NZD, JPY dan AUD.

Dari Currency Strength Giraia yang saya guna pada pukul 9.40 malam (waktu malaysia), keadaan itu tak banyak berubah.

Lihatlah bacaan Currency Strength tersebut:



Anda dapat lihat, GBP hanya mempunyai 1.7 mata. Berbanding matawang-matawang lain. Ini melambangkan GBP sangat melemah ketika ini.

Tadi saya ada kata kan? Dari petang tadi sentimen GBP melemah across all pairs. Mari kita lihat kesemua charts cross pair dan juga major pair GBP.

(untuk pengetahuan tuan/puan, major pair ialah yang ada USD di dalamnya. Dan cross pair ialah yang tiada USD di dalamnya).

Major pair GBPUSD.




GU menurun.


Cross Pair GBPJPY.




GJ turut menurun.


Cross Pair EURGBP.




EG menaik.


Cross Pair GBPCHF.




GCH menurun.


Cross Pair GBPCAD.




GC menurun juga.


Cross Pair GBPAUD.




GA turut sama menurun.


Cross Pair GBPNZD.




Yang terakhir, sama menurun.


Keseluruhan GBP pairs menurun. Semuanya ditarik ke bawah oleh kelemahan matawang GBP sejak petang tadi. EURGBP sahaja yang menaik. Adakah anda tahu mengapa?

.
..
...
....
.....

Ini kerana dalam matawang lain GBP duduknya di hadapan sebagai base currency. Hanya di EURGBP, GBP menjadi quote currency.

Perlu diingatkan bahawa, semua ketujuh-tujuh pairs ini bergerak ke arah yang sama bukanlah suatu kebetulan. Ini adalah kerana sentimen GBP yang lemah. Ia dapat dibuktikan menerusi semua chart yang mengandungi GBP sebagai komponen pairs tersebut. 

Jadi, kat sini apa yang perlu dilakukan? Kita tak boleh ambil trade berisiko. Maksudnya, jangan sekali-kali kita buy GBP. 


Jangan buy
GBPUSD,
GBPJPY,
GBPCAD,
GBPCHF,
GBPNZD,
GBPAUD.

Jangan pula sell
EURGBP. (ingat GBP dalam EURGBP dia kat belakang, sebagai quote currency).

Kalau anda nakkan currency strength Giraia tu, sila download kat sini.


Selamat mencuba! Anda boleh check matawang lain jika anda rasa anda boleh faham konsep ni..

3 comments:

  1. Tuan..currency meter download broken link .... :( "This webpage is not available "...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah update. Sila download balik yer. Sori. Hihihi

      Delete