Wednesday, September 16, 2015

Asas trading | Support & Resistance

Hai to alls. Assalamualaikum..

Pendahuluan sikit. Post ini mungkin untuk newbies (dan juga kepada pro trader yang cuba imbas kembali apa yang dipelajari bertahun-tahun dulu masa anda sendiri seorang newbies). Anda yang dah biasa dengan forex mesti nampak. Price tak akan bergerak dalam 1 garis lurus. Dia tak akan ke atas dalam satu garis lurus. Dia tak akan ke bawah dalam satu garis lurus. Apa yang dibuat ialah, rest dulu kat level tertentu, barulah dia akan tentukan sama ada dia akan teruskan/patah balik u-turn.

Dan itulah yang kita panggil Support and Resistance. Panggilan pendek yang saya gunakan ialah s&r. 

Harini kita bincang sikit pasal Support and Resistance. Saya rujuk kat sini.

zig-zag pattern

Bull market: bila pattern zig-zag ni ke atas.

Bear market: bila pattern zig-zag ni ke bawah.

Perlu diingat: bukan suatu nombor.

Seperti yang berikut:

2 kali jumpa support

Pada masa itu, kita lihat price cuba 'pecahkan' support, tapi support pegang dengan kuat~

Jadi, cemana untuk cam bila support atau resistance tu akan dipecahkan?

Tiada jawapan yang benar-benar konkrit untuk soalan ini. Ada yang kata, bila price close melepasi support, price akan terus turun. Tapi, itu hanyalah tanggapan semata-mata.

walaupun dia close di bawah support, tapi...

Yang atas ni rajah kedua, susulan dari rajah yang atas tadi.

Melihatkan chart sekarang, anda boleh lihat dengan jelas dan kita boleh menyimpulkan bahawa support sebenarnya tidak lagi pecah; ia sangat teguh dan sekarang menjadi lebih kuat!

Untuk membantu anda memahami s&r ni, ada baiknya kita mula ambil s&r ni sebagai ZON, bukan suatu nombor.

Salah satu cara nak plotkan s&r dengan mudah ialah jadikan price tu line chart jer. Line chart hanya akan print close price manakala candle pula akan libatkan sekali extreme high dan low.

High dan low ni akan mengelirukan kerana ia boleh jadi reaksi "knee-jerk" khalayak terhadap market.

Knee-jerk: bila doktor ketuk bawah lutut dengan patellar hammer, kaki terangkat sebagai refleks akibat diketuk.

When plotting support and resistance, you don’t want the reflexes of the market. You only want to plot its intentional movements.

Bila kita memplotkan s&r, kita tak perlukan refleks market. Kita hanya mahukan pergerakan yang ada HASRAT.

Macam kat bawah ni, anda dapat lihat di mana peak (puncak) dan valley (lembah) terbentuk menjadikan ia sebagai s&r.

zon s&r peak and valley

Apa lagi yang menarik pasal s&r ni:
  • Bila price gerak melepasi resistance, ia berpotensi untuk menjadi support.
  • Semakin banyak kali price menguji level s&r tu (tanpa memecahkan ia), semakin kuat la level s&r tersebut.
  • Bila s&r tu dipecahkan, kekuatan pergerakan seterusnya bergantung kepada kekuatan level s&r yang dipecahkan tadi.

sori untuk bontot jin ni. takde masa nak edit. nakal betul babypips ni.

Apalagi. Latih la s&r sampai pandai.


Semoga ketemu lagi. Sayonara!

No comments:

Post a Comment