Thursday, September 24, 2015

Adakah Kita Dikelilingi Oleh Penipu? (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya menulis entri kalini semata-mata untuk menceritakan pengalaman saya berjumpa si penipu.

Seperti yang anda tahu, saya sekarang gigih dalam usaha mencari 'holy grail' ea. Ea yang boleh bekerja untuk saya 24 jam sehari. 5 hari seminggu.

Disebabkan oleh yang demikian, saya terjumpa satu thread di forex factory. Bertajuk Searching for profitable EA.

Skrol satu demi satu. Ada la seorang tu reply:


this is my ferrari EA!!

Takkan takde loss sekali pun.

Kat atas ni ialah Post #6 yang direkodkan pada Feb 6, 2012 2:36pm.

Dan poster yang sama tersebut post lagi satu reply.


latest result of my ea!!!

Takde loss lagi. Naik elok jer..

Kat atas ni pulak Post #13 yang direkodkan pada Feb 7, 2012 12:40pm.


Dalam thread tersebut, dia reply 2 kali sahaja. Takde perkongsian indicator/lagikan EA, melainkan 'teaser' equity curve dia. Dengggg. Saya ingatkan ada la dia nak kongsi EA dia. Hahaha. 

Dalam equity curve tu saya perasan, takde loss/drawdown walaupun yang kecil. Hanya menaik dan menaik. Takde pun 'jatuh junam' sikit-sikit macam mata gergaji. Dia datang thread orang yang minta tolong "Searching for profitable EA", dan hanya sebarkan 'kemampuan' dia membuat equity curve sedemikian.. Hebat sangat ke dia ni?

Jadi, langkah seterusnya ialah korek masuk dia punya profile

TE (trader's explorer) pun tak ada. Dan dia pun mungkin silent reader pada kebanyakan masa di FF. Ada 3 thread yang dia mulakan. 

Thread dia yang paling menarik perhatian saya ialah thread bertajuk Smellyfeet breakout system

Dekat situ, dia share la dia punya trading journal. Jadi apa-apa signal yang dia dapat, dia akan share dengan public (pembaca ff lain).

Dari 3 post terkini thread "Smellyfeet breakout system" tu, saya perhatikan dia punya screenshot satu demi satu. 

Post #10

Post #11

Post #12

Post #10, Post #11 dan Post #12 masing-masing.

Perasan tak klu yang 3 skrinshot ni tunjuk (secara tak sengaja).

.
..
...
....
.....

Dah jumpa? Saya ada sebut tadi: Dalam equity curve tu saya perasan, takde loss/drawdown yang besar. Hanya menaik dan menaik. Tapi kenapa dalam 3 skrinshot daripada trader yang sama dari thread yang berlainan menunjukkan adanya SL dan trade dia ada yang kena stop loss?

Jika kena stop loss, kita semua tau equity curve kita akan 'bergerigi' sikit. Dia akan turun sikit kalau kena stop loss/rugi. Dia takkan terus naik dan naik dan naik.

Ada agenda tersendiri ke? Kalau saya, baik saya guna ferrari EA tu (EA yang dia guna) dan tak perlu kena stop loss lagi. Profit sokmo. Hehehe.

Macam scammer plak dia ni.

Hati-hati dengan orang yang cuba ambil peluang dengan kita. Bak kata henryduncan1 dalam thread tadi:
I do not prefer EA for forex trading. I like to manual trading and therefore not much idea about EA. I think, no one will be interested to share profitable EA with others.

True indeed! 


Akan bersambung....

No comments:

Post a Comment