Tuesday, February 9, 2016

Indicator Tidane Currencies Dashboard - TCD

Seperti yang anda pernah tahu dalam group whatsapp kita, saya ada ceritakan mengenai tidane currency dashboard selama ni.

Tidane Currencies Dashboard - TCD ialah indicator yang mengira strength dan weakness mana-mana 8 matawang iaitu USD, EUR, GBP, AUD, CAD, NZD, CHF dan JPY. Ia tidak sama dengan currency strength meter di luar tu sebab saya gunakan algoritma yang berlainan. Ia ialah hasil perahan otak selama beberapa minggu sebelum terjadinya final result - the indicator itself. 

Kelebihan indicator ini:
  • boleh diset kepada tf pilihan. Tidak seperti currency strength meter yang lain.
  • senang pada mata. Tiada no perpuluhan.
  • dia kira closed candle. Currency strength meter lain semuanya kira last available price. Maknanya dia takkan berubah setiap tick. Sekali 15 minit tf berlalu, satu signal diberikan.
  • algoritma berdasarkan 28 pairs. Lebih sekata dengan mengambil kira semua pairs berkaitan. 

Dan sekarang saya nak share bersama anda indicator tersebut.


Kedua-dua indicator ini perlu diletak bersama-sama dalam indicator mt4 anda.

Gunakanlah ia sebaik-baiknya. Kalau nak share, silakan link ke blog ini supaya apa-apa feedback atau soalan boleh saya jawab sebaiknya. Jangan salahgunakan indicator ini kerana ia amat bermakna bagi saya.

Cara nak guna

Kalau ada mana-mana symbol tunjukkan ada 7 atau -7 maknanya currency tu strengthening atau weakening. 6 atau -6 pun dah cukup bagus pada keadaan-keadaan tertentu. Digabungkan pula dengan analisis manual 28 pairs, anda boleh trade scalp dengan mudah.

nzd adalah contoh terbaik

Dalam screenshot di atas, saya gunakan minimized mode dan anda dapat lihat yang nzd ialah -7. Maknanya NZD melemah. Jadi saya akan sell nzdusd, nzdjpy, nzdchf, nzdcad dan buy eurnzd, gbpnzd, audnzd.

Tapi, sebaiknya kita akan pasangkan weakening currency dengan strengthening currency atau strengthening dengan weakening currency untuk speed scalp. Dalam contoh kat atas, yang paling ketara ialah buy eurnzd. Pilihan yang agak tak baik ialah kita padankan weakening dengan weakening dan strengthening dengan strengthening

Tapi, sila gunakan pemerhatian 28 pairs anda untuk buat kesimpulan akhir. Saya tak bergantung pada tidane currencies dashboard 100%. Ada kalanya saya tak perlukan langsung ia dalam decision making yang saya buat sebelum ni.

Sila pastikan anda ada 28 pairs dalam market watch anda. Kalau broker anda tak offer 28 pairs, buat akaun demo dengan alpari atau pepperstone.

kena ada 28 pairs

Kalau ada apa-apa soalan, boleh la diajukan kepada group whatsapp atau pun ditanyakan di ruang comment di bawah ini. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment