Thursday, February 11, 2016

EA Screenshot by hanover - Cara Efisien Untuk Backtest Indicator Jenis Dashboard

Harap korang semua dah enjoy Tidane Currency Dashboard seperti yang saya kongsikan sebelum ni.

Sekarang cemana nak backtest benda ni? Kita takkan ada past readings of TCD (Tidane Currency Dashboard). Sama jer macam CCFp-Diff dan CC-Diff.

Backtest tu maksudnya nak tengok past performances dari chart-chart terdahulu. Senang kata kita tengok masa lepas. Forward test pula sebaliknya. Kita buka akaun demo atau real, kita 'forward test' indicator, strategi, system, ea atau apa saja yang kita hajatkan. Forward test lebih baik kerana kita tak ada klu mengenai masa depan. Tapi, lebih menjimatkan masa ialah bt (backtest) -  sebab kita dapat menjimatkan masa untuk tahu indicator, strategi, system, ea atau apa saja yang kita test tu menjadi atau tak.

Sekarang sila ke link berikut. Apa sajer yang korang buat, korang boleh buat screenshot secara automatik dengan EA ini. Ingat, bila saya mention ea, korang kena pastikan butang autotrading tu diklik ya. Kalau ea ni takde masalah, muka smiley akan terpampang kat penjuru atas kanan chart korang tu yer.

Kalau ea yang korang pasang berjaya

Apa yang korang nampak kat atas ni bila dah berjaya yer. Sekarang sila ke post hanover tu.

Ini senarai fail yang hanover bagi

Kat sini saya nak clarify sikit. Saya pakai mt4 version 950. Kalau nak tau anda punya version apa, klik pada help --> about.

ver. 950

Saya tak install pun hanover --- extensible functions.mqh dan hanover --- function header.mqh tu dalam mt4 saya. Kalau anda dapati yang anda punya tak berfungsi, download kedua-duanya, masukkan ke dalam Metatrader --> MQL4 --> Include. Semua fail kat situ berformat .mqh.

Seterusnya: setting dia.

Interface screenshot

FilePrefix: untuk buat folder direktori.

Original FilePrefix

Kalau ubah setting dia, korang akan dapat camni lak:

Ubah sikit, supaya lebih panjang dia punya folder tu. Hihihi

Saya masukkan screenshots\anak 334\naim screesndsd dalam FilePrefix tu. Semuanya akan terletak di Metatrader --> MQL4 --> Files yer!

RefreshPeriod tu lak tf pilihan korang. Contohnya setiap 5 minit sekali? Guna la M5.

WidthInPixels - Lebar chart.

HeigthInPixels - Tinggi chart.

StartBar dan seterusnya saya tak pernah usik. Sila rujuk kat bawah ni.

StartBar - Index of the first visible bar in the screen shot. If 0 value is set, the current first visible bar will be shot. If no value or negative value has been set, the end-of-chart screen shot will be produced, indent being taken into consideration.

ChartScale - Horizontal chart scale for screen shot. Can be in the range from 0 to 5. If no value or negative value has been set, the current chart scale will be used.

ChartMode - Chart displaying mode. It can take the following values: CHART_BAR (0 is a sequence of bars), CHART_CANDLE (1 is a sequence of candlesticks), CHART_LINE (2 is a close prices line). If no value or negative value has been set, the chart will be shown in its current mode.

Korang boleh test apa jua indicator kegemaran korang dengannya. EA takleh la. Sebab dalam satu chart boleh ada satu ea jer. Kalau nak amek charts sepanjang euro session, tinggalkan pc/laptop korang terbuka sepanjang masa itu yer. Jangan tutup mt4, nanti tak jadi. Kalau korang ubah pergi profile lain pun ia akan berubah juga. You have been warned!

Ada soalan boleh tanya saya di group whatsapp atau komen jer kat bawah ni.
Jadi, selamat berseronok dengan ea Screenshot by hanover ni!

No comments:

Post a Comment