Tuesday, February 2, 2016

5 Langkah Menjadi Trader (pt. 4)

Ini merupakan sambungan kepada part 3. Sila bacanya di sini.

Step 4 - Conscious Competence (Anda sedar betapa kompetennya anda)

Anda membuat trades apabila sistem anda beritahu. Anda mengendalikan kerugian sama seperti apabila anda mendapat untung. Anda sekarang membiarkan trade yang untung dengan menerima sepenuhnya risiko dan mengetahui yang sistem anda akan membuat lebih banyak duit daripada rugi. Apabila anda berhadapan dengan position rugi anda tutupkannya segera - kerosakan minima terhadap akaun.

Pada masa ini anda dapat meraih break even pada kebanyakan masa - hari demi hari, akan ada minggu di mana anda membuat 100 pips dan ada minggu di mana anda hilang 100 pips - secara amnya anda mencapai break even dan tidak kehilangan duit. Anda sedar akan fakta bahawa anda sebenarnya mengambil trades yang bagus dan anda mendapat kepercayaan daripada trader lain sepanjang perbualan anda dengan trader-trader lain. Anda masih perlu berusaha untuk memperbaiki trades anda dan kadangkala anda ada juga memikirkannya tapi setelah beberapa lama anda mula membuat lebih banyak duit daripada anda kalah dengan konsisten.

Anda akan mulakan hari dengan menang 20 pips, kemudian rugi pula 35 pips dan tak ada sedikit kekesalan pun atas pips yang anda rugi itu kerana anda tahu ia akan datang kembali. Anda akan mula membuat pips secara konsisten minggu demi minggu, 25 pips seminggu, 50 pips minggu kemudiannya dan ia akan berterusan begitu.

Ini akan kekal selama 6 bulan.

No comments:

Post a Comment