Monday, November 9, 2015

Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 2

Anda boleh dapatkan dokumen sepanjang 355 mukasurat ini di sini.


Atas ni ialah screenshot dari page 2.

Dari sini, kita boleh buat kesimpulan ringkas:
  • Timeframe H1 digunakan. 
  • Masa kita, 3,4,5pm time malaysia.
  • Jika ada bank melabur di GU, boleh trade GJ sekali. EU, boleh dipadankan dengan EJ.


Atas ni pula dari page 3.
  • Tn Jamuddin mengatakan dari sideway market, London open, market bergerak pantas.
  • Beliau tidak mengenakan sebarang fee untuk pelajaran ini.
  • Bank melabur selasa, rabu dan khamis. TETAPI, ada juga bank melabur Isnin dan Jumaat.
  • Jumaat tidak digalakkan, kecuali market cantik.


Page 4, dalam lembaran ini pula, semua tarikh diberikan supaya pelajar-pelajar dapat membuat kajian dari market lepas. Tapi saya tak dapat retrieve data pada tahun 2010. Kalau ada sape-sape yang dapat berbuat demikian, sila bagitau saya yer.



Yang ni pula dari page 5.
  • Bank melabur 2,3-7 jam (tempoh) pada petang khamis (london open).
  • Disarankan laburan dengan gandaan puluhan atau ratusan usd ketika ini. 
  • Tunggu US open (8malam) untuk tengok GU dan UF.
  • Tok Bomoh mengarut mula muncul. 
  • Tok Bomoh dicirikan sebagai tiada kaitan dengan market.


Yang ni pula dari page 6.
  • Kalau tak faham, kita trade masa forex jadi forex.
  • Jangan main forex, laburlah bersama bank.

Dari page 7.
  • kegusaran mengenai Tok Bomoh. Kejap ramal buy. Kejap ramal sell. 
  • bila kita sell, market sell kejap saja. Bila kita buy, market buy kejap saja. 
  • fikiran rasional perlu digunakan. 


Dari page 8.
  • Warren Buffet mengenai forex. Kita perlukan satu kerangka kerja yang kukuh dan keupayaan mengawal emosi. 
  • Tiada dalam kata-katanya menganjurkan kita untuk bergantung kepada tok bomoh. 
  • Waktu bank melabur - Hari selasa, rabu dan khamis. London open 3,4,5 petang. Dan US open 8,9,10 malam. Waktu malaysia.


Mukasurat 9.
  • buat rujukan di fb beliau untuk baca Alif..Baa..Taa. (Saya juga akan menerangkannya dalam blog ni kemudian).

Mukasurat 11.
  • Untuk melabur dengan jayanya sepanjang kehidupan, anda tidak memerlukan IQ stratosfera, wawasan perniagaan luar biasa atau maklumat dalaman (news). Apa yang diperlukan ialah satu KERANGKA KERJA YANG KUKUH untuk membuat keputusan dan keupayaan untuk mengawal Emosi daripada memusnahkan kerangka kerja tersebut - Warren Buffet. 

Mukasurat 12.
  • Market batal. Pertama kali disebut. Kalau market batal, abaikan saja.


Mukasurat 13.
  • Soros dan Buffett. Idola dunia pelaburan.
  • Lebih dari setahun untuk menyudahkan Kerangka Kerja tersebut. 
  • Prinsip falsafah pelaburan by Dan Zanger. Forex ada memori/berulang-ulang. 
  • Catatkan perkara yang berulang-ulang. 1. Masa. 2. Saiz Candle. 3. Sideway. 
Page 14.
  • Memperkenalkan Alif Ba Ta untuk trade bank oleh Mr Jamuddin.


Alif ba ta trade bank. Permulaan bagi trade bank..
















  • Tok bomoh mengarut. Top up licin, top up lagi licin, top up lagi licin. Macam-macam tok bomoh digunakan: EMA, RSI, MACD, BRAIN, STOCH, MA, ADX, BOLLINGER, DINAPOLI, FIBONACCI.
  • Analisa --> faham market. Itu adalah kunci kejayaan. 
  • 3 perkara untuk dibincangkan. 1. Tok Bomoh, 2. Bank, 3. Forex. 
  • Tok Bomoh bukan suatu ILMU dalam FOREX.
  • Tok Bomoh ni bukanlah ilmu. Memang dihasilkan dari penyelidikan manusia. Sekejap ia benar, sekejap ia salah. Bila lain orang menggunakannya, lain keputusannya.
  • Bank - entiti penting dalam Forex.
  • Perangai Bank: 1. hari melabur, 2. hari close akaun, 3. waktu (jam) melabur, 4. market (pair apa), 5. kadar MINIMA supaya dapat kawal halatuju market.
  • Minima 2,3 jam hingga 7 jam sideway, bila london open/US open tiba-tiba market terbang laju.
  • Kita akan trade bersama-sama bank.
  • Definisi forex. Mengelirukan bagi kebanyakan orang. Buat kerja kena ada ilmu. 
  • Forex: 1. Rupa/Wajah (jam-jam terjadinya, saiznya), 2. Tabiat/sifat, 3. Trick, 4. Repair, 5. Kekuatan Harian, 6. Pembatalannya.
  • Tak kenal forex, dia akan menjadi seekor binatang. 
  • 1. Binatang suka makan seorang diri. Tak mau kongsi (singa, harimau). 2. Dia makan kawan-kawan dia (trader la). 3. Paling buruk: dia suka mempermain-mainkan sebelum dia makan (kucing dengan cicak, tikus)
  • Jangan tengok apa Mr Jamuddin buat, nilai apa alasan/rasional/logik di sebaliknya. 
  • Membaca tak sama dengan bertakafur.
  • Sambil cerita pasal dunia, jangan lupa mengingat PENCIPTA dunia ini.
  • Forex terbahagi kepada 2. 1. Forex kosong, 2. Forex bersama bank.
  • GU, EU dan UF jadi perhatian. 
  • Forex kosong. Ada 3 sifat. Binatang paling sesuai Gorila. 1. Kejap panjat pokok. Kejap turun ke tanah. 2. Dia makan kawan-kawan dia yang lebih kecil. 3. Dia kejar (main-main) dulu, dia tangkap baru dia makan. Bila forex jadi gorila sifatnya 1 jam naik, 1 jam turun, 3 jam naik, 2 jam turun, 4 jam turun, 2 jam naik. 
  • (Forex kosong). Dalam tf H1, lazimnya candlenya kecil-kecil. Antara 5,10,15,20,30 pip 1 candle. 
  • Kejap turun, kejap naik, kenapa jadi begini? Market kosong. Jika ada pelabur pun sikit tak dapat menguasai market. 
  • Masa market kosong - kelazimannya 6am hingga 2pm dan 12mn ke 6am. Ini adalah kerana di eropah, London waktu bekerja 4pm ke 12mn dan kita trade gbp, eur dan chf.
  • Ada juga pada masa tertentu sifat/kebiasaan ini berubah sementara. Lepas itu ia jadi macam Gorila. Kejap panjat pokok (BUY). Kejap turun ke tanah (SELL). 
  • Jangan trade 12mn hingga 3pm waktu malaysia. 
  • Perasaan jadi macam beruk kena belacan (lompat-lompat, berdebar-debar). Cari lagi tok bomoh lain. 
  • Kenapa? Kita tahu forex (definisi/erti), tapi tak kenal/faham forex. Samalah seperti kita tahu menyebut, bercakap kalimah Lailahaillallah tapi hati kita kosong. Tiada kebesarannya. 
  • Analogi terbaik: 2.B A N K DAN FOREX ................................................ saya dah terangkan ....apa .....siapa...dan kekuatan Bank...ok.Kita fokus kepada motif/matlamat..Apa motif bank....ya ..keuntungan..apa motif kita...ya......keuntungan....2 benda yg BERBEZA tetapi melalui JALAN yg sama dan mempunyai MOTIF yg sama.Di satu pihak (bank) memiliki segala galanya....di satu pihak (saya dan anda semua)...tepuk dada fikir di kepala..ok lah utk lebih faham.Saya umpamakan forex ni macam LAUTAN YG BERGELORA..kadang kadang ombaknya naik mengunung 50...70...120..meter....kadang kadang Alun nya menurun 80...150...170..meter...OMBAK yg besar dan ganas...kita mempunyai satu motif iaitu hendak belayar ke sebuah pulau di sebelah lautan tadi...kita hanya ada sampan/perahu kecil aje..muat utk satu org saja..jika kita tidurpun tak boleh meluruskan kaki terpaksa membengkok...jika kita cerminkan diri kita dan bandingkan dgn keadaan lautan tadi...guna logik ..MUSTAHIL....MUSTAHIL...risiko karam/gagal lebih tinggi dari berjaya....kita pun duduk termenung..tak berani belayar...kita dengar dengar byk org yg mencubanya dah KARAM...dalam kita berfikir dan termenung tu...kita teringat YANG MAHA KUASA...kita berdoa...berdoa...berdoa...dgn RAHMATNYA...tiba tiba kita ternampak sebuah kapal yg begitu besar yg mempunyai motif yg sama...bila diselidiki/teliti (lebih 1 tahun)...kapal ini akan belayar ...ada hari harinya..jam jamnya..keadaan laut/angin yg macammana...dah belayar tapi balik semula (batal)...dan kita dengar dengar kapal ni tak karam...ada saja kita nampak minggu minggu...dia terbukti Berjaya....kita hanya 2 pilihan ...1. Jumpa TOK BOMOH (tanya dia apa nasib kita)...dia jampi jampi...dgn keyakinan ini...kita pun belayar dgn perahu kecil...2.kita TUMPANG kapal besar tadi...kena faham kita hanya PENUMPANG (duduk relax aje) boleh minum teh..alicafe..makan roti..duduk santai santai...pergi solat ke masjid...dah 1jam...2 jam kita pun sampai...1 titik peluh pun tak keluar....fikir fikrkan ...selamat beramal.

    Kerangka Kerja untuk EURUSD.
  • 1. Masa Candle Besar terjadi: 3,4,5 pm London Open dan 8,9,10 pm US open. 
  • 2. Size candle besar TF H1 32 ke atas (sideway market sebelumnya tak lebih 20 minima 3 jam sebelumnya). 42 ke atas (sideway market atas 20 tapi tak lebih 50 minima 3 jam). 
  • 3. Hari: lazimnya Selasa, Rabu dan Khamis dan kadang-kala Isnin dan Jumaat. 
  • 4. Sideway market a. minima 3 jam sebelumnya. Cantik 4 jam. Tak ada candle lebih besar dari 50. Lebih lama sideway (7..10..13 jam) lebih baik. b. Antara candle 3,4 jam sebelum candle besar WAJIB ada warna berbeza (Merah dan Hijau) dalam candle sideway tu. Cara sukat candle Open tolak Close. High dan low tak guna. 

    Ini baru 50% dari pembelajaran.

    Ada 2 bab lagi yang penting: 1. Masalah trade ikut bank. 2. Pembatalan market. 

    Tertib Belajar. Sila buat. 
  • Senang aje...tertib belajar yg betul ni ...ada 2 saja perlu ada ..1.Pen 2. buku Langkah pertama 1.Tulis semula kerangka kerja tu (mcm buat nota ringkas) 2.Print ke/lukis ke photo photo tu..a).Market EU b).Market batal c).Masalah Trade bersama Bank d).Market Terbaik ..pastu..asingkan dan lekatkan kat dinding ke ...janji you selalu nampak ...tujuan nya..supaya benda ni ada dlm Memory otak anda ....anda tak bole lupa...MELEKAT dlm minda anda..sampai satu keadaan ,bila you tengok market (live)..minda you automatik ..gitau apa kategori market ni...3.YOu all kena ulangkaji bank bank melabur dari mei/2010 sampai dic/10 ...Ada bepuluh puluh kali jika campur dgn GU..UC...lebih 100 kali .....ok...senang aje,jika ada kemahuan...saya dah dekat 2 tahun belajar dan terus belajar ...tapi saya tak pernah kata pada diri saya YOU DAH OK..saya tetap rasa seperti dulu saja..


    Baru mukadimah jer ni. Sekian. Nanti kita teruskan yer. 

No comments:

Post a Comment