Saturday, November 7, 2015

Misteri Chart | Pengembaraan Tanpa Indicator Siri 1

Berikut merupakan chart EU 22 Jun hingga 26 Jun 2015. Timeframenya ialah H1.

eu 22-26hb Jun 2015

Nombor yang tertera di atas setiap bar tersebut ialah bilangan pips open to close bagi bar tersebut. 

Apa yang saya nak tanyakan kepada anda semua ialah:
1. Bagaimana untuk trade chart sebegini rupa? (Saya menjangkakan anda trade 1hly).
2.  Adakah dengan menambah indicator, kita dapat trade yang berjaya dalam situasi begini?

8 pips selama satu jam. Bagaimanakah survivaliti kita untuk trade dalam kondisi market sebegini.

Mari kita letakkan stoch kat atas chart ni.

Stochastic minggu itu

Dalam stochastic kat atas, kita nampak bahawa tak ada pun 'tag' pada ob atau os area sepanjang hari selasa hingga jumaat.

Hanya 104 pips dalam range

Dalam range tersebut, hanya 104 pips terkumpul.

Soalan yang sama berulang lagi. Bagaimana untuk trade dalam market sebegini rupa?


Akan bersambung, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment