Friday, November 27, 2015

Fungsi Interpolate dalam CCFp

Teruskan lagi dengan CCFp yer.

Masih ingat dengan setting interpolate yang paling bawah sekali tu? Rujuk post sebelumnya ya.

Kalau kita set interpolate jadi false, ia akan jadi step untuk melambangkan satu timeframe yang lebih tinggi dari current tf.

Sebagai contoh kita trade dari m15, tapi menggunakan CCFp m60.

Ia akan kelihatan seperti ini:

interpolate false m60 CCFp pada chart m15

Dalam chart kat atas ni ada step. Maknanya ia bukan 'clean slope' ataupun cerun yang licin.

Nak kira cemana tu yer?

Ini lengkap 1 cycle m60.



Mendatar dan ada slope. Cukup 1 tf untuk higher tf yang kita kaji tu. Macam contoh tadi, ini lengkap untuk 1 jam. Ada mendatar dan cerun.

Kalau tak caya, anda boleh periksa sendiri.

8 CCFp lines dalam 1 window

Seterusnya, kita tengok lagi fungsi CCFp.


Chart yang sama seperti di atas, tapi dengan lines CCFp yang lebih banyak. Tadi kita fokus pada AUD dan USD saja. Sekarang semua 8 ccy ada dalam ni.

Bacaan CCFp bagi AUD dan USD juga berubah.



Info ini penting, kerana bila kita set CCFp untuk 2 ccy saja ia akan balance antara satu sama lain. Contohnya, bila CCFp AUD +0.0017, USD akan -0.0017. Begitu juga sebaliknya.

Tapi bila kita tambah satu lagi ccy dalam CCFp itu, ia akan mengambil kira 'ahli' baru ke dalam pengiraannya.

Ia akan ambil kira, siapa yang lebih menyerlah antara 3 ahli ccy tersebut.

Begitu juga kalau ada 8 ccy sekalipun. Ia bermakna kita akan kira extreme 8 orang 'ahli' tersebut. Ia macam kita ni tengok multiple charts daripada CCFp.

Bukankah itu memudahkan?

Dalam chart kat atas tu. AUD kuat mengatasi segala pair yang ada.

Tapi, kita lihat USD bukanlah paling lemah ketika itu. Ia adalah CHF dan ketika itu CHF bukan saja lemah, ia MELEMAH ke kawasan paling lemah.


Lemah dan MELEMAH. Apa kata kita zoom in ke chart AUD vs CHF kita. Tengok apa jadi kepada chart ketika ini.


Perhatikan kepada garisan merah tersebut. Saya saja tak letak CCFp. Sama saja seperti yang kat atas tu.

  • AUD sudah lama menguat. Berhenti di situ buat beberapa ketika.
  • CHF masih lagi melemah, tapi sekejap saja.

Bayangkan kalau anda dapat tangkap pergerakan ini dengan lebih awal lagi. Berapa pips boleh anda dapat?


54 pips. Perhatikan AUD mula strengthening dan CHF mula weakening pada garis merah yang awal tu. 

Itulah base kepada CCFp-Diff sebelum ni. Baca kat sini.


Sekian. Lain kali kita bincang lagi.

No comments:

Post a Comment