Saturday, November 21, 2015

Mengenal Diri & Mengakui Kesalahan

Trade bank. Sape yang masih follow trade bank?

Apa yang saya tau daripada eyeballing (selak-belek) beberapa chart EU dan GU, peluang untuk trade bank tu sangat-sangat sukar. Mana nak cari candle bank tu. Adakah volatility mula menunjukkan belang?

So, apa yang kita tau sekarang ni ialah, peluang untuk trade bank ni jarang-jarang sekali.

Masa lepas

Terima kasih kepada bro awie, kerana bertungkus lumus dalam menyiapkan ea adx tempoh hari.

Sekarang, boleh tak kalau kita imbas balik apa yang membuatkan kita most popit pada masa-masa lepas.

Genesis bagus, tapi saya tak suka dengan lagging nature Genesis ni. Kita akan enter market agak lewat.

Kalau anda masih ingat dengan CCFp, saya siap berinteraksi dengan mladen mengenai indicator yang dia bangunkan di forex-tsd. Perbualan tersebut boleh dibaca di sini.

Kalau anda ingin lihat track record untuk trading dengan CCFp, anda boleh lihat di sini dan juga di sini. Ada juga diceritakan dalam blog ini sebelum-sebelum ni.

Kadang-kala saya pun rasa nak tergelak.

Kenapa kita menyukarkan keadaan yer?

Kadang-kala kita dah jumpa indicator/sistem yang kita betul-betul boleh profit. Tapi, kita still gak tak puas hati kalau indicator/sistem tu kadang-kala loss.

Apa kata kita cuba faham dulu betul-betul indicator/sistem yang kita suka tu, dan kenal pasti kelemahan dan kelebihan dia. Supaya kita boleh trade dengan konsisten profit.

Loss itu pasti. Tapi, kalau loss 2% dan gain 10%, dah cukup baik, kan?

Kuncinya, kenal diri sendiri dulu.

Boleh trade tf apa, boleh trade pair apa, suka guna signal indicator/sistem apa, boleh pegang trade berapa lama, boleh guna broker apa dan sebagainya.. List boleh jadi panjang woooo especially kalau kita ingin jadi full time trader one day nanti.


Tak guna kalau kita lompat dari satu indicator/sistem ke indicator/sistem lain. Ia memenatkan. Dan juga menjatuhkan morale sebagai forex trader. Tak ada holy grail dalam forex ni dengan cara tu (melompat-lompat dari satu indicator/sistem ke indicator/sistem yang lain).

Kecuali yang berikut.


Hehehe. Gambar kat atas ni saya dapat dari thread ini. Ironinya thread tersebut merupakan kompilasi indicator-indicator chart mt4.

Kita boleh menyukarkan keadaan dengan buat chart kita jadi seperti berikut:


Ataupun..


Hihihi. Guilty as charged. Saya tak nafikan, yang saya pun seperti ini suatu masa dulu.

Padahal, masa yang dibazirkan itu boleh digunakan untuk menajamkan pemahaman kepada indicator/sistem sedia ada. Sama ada MA ke, ADX ke, Genesis ke. Terpulang kepada masing-masing.

Saya petik dari Sun Tzu:  If you know the enemy and know yourself you need not fear the results of a hundred battles.

Jika kita kenal musuh kita dan kenal diri kita, kita tak perlu takut walaupun kita terpaksa berdepan dengan 100 perlawanan sekalipun. 

Jadi, kenalpasti diri kita dulu yer.


Akan bersambung...

No comments:

Post a Comment