Monday, November 23, 2015

Basic CCFp | Setting indicator

Ok. Mari kita belajar asas kepada CCFp ni.


Untuk pengetahuan anda juga:
  • kedua-dua artikel di atas ditulis pada 2007. 
  • artikel-artikel ini merupakan terjemahan daripada versi Russia

Jadi, konsep CCFp mungkin telah lahir lebih awal sebelum 2007 lagi.

Mari kita mula bincang, bagaimana CCFp ni berfungsi.

Download indicator masing-masing. Download kat sini.

Sebenarnya, indicator ni dinamakan CCFp mtf & alerts 2.03 nmc.mq4 tapi saya merasakan ini bukanlah CCFp. Lebih kepada CC (rujuk artikel yang kat atas tadi). Walaubagaimanapun, CC pun masih tiada masalah. Konsep masih hampir sama, cuma CC lebih cepat dan CCFp lambat sikit.

Setting untuk CCFp

setting 1

setting 2

Atas ni adalah interface setting indicator CCFp (ataupun CC) tersebut.

timeframe: m1, m15, m30, h1, h4 dan seterusnya. Kalau dibiarkan kosong, dia akan ikut tf semasa.
symbols prefix dan suffix: pre - yang kat depan quote. suf - yang kat belakang quote. ProEURUSD. PRO ialah prefix. EURUSDm. m ialah suffix.
USD...NZD: pilih true ke false. Nanti keluarlah kat chart korang.
showonlysymbolonchart: true, dia akan tunjuk hanya chart yang korang buka. Kalau buka EURUSD, hanya CC bagi EUR dan USD saja ada. Kalau false, dia akan ikut pilihan korang untuk USD...NZD tu.
Color: Pilih mana yang berkenan.
Levelup dan leveldn: mladen kata ini untuk setting alert. Aku tak try lagi. Boleh cuba.
Interpolate: step untuk mtf. Nanti aku tunjuk contoh.

interpolate false

interpolate true
Seperti kat atas tu. Chart m15. Dan CC 1 jam (multi timeframe). Maka kita boleh set untuk ada step (ataupun tangga) atau tidak dengan guna setting interpolate tu. Ada kelebihan dan kekurangan juga sebenarnya. Kelebihan step (interpolate false) - boleh jelas setiap step tu mewakili 1h. Kekurangan step (interpolate true) - kalau tf tu besar sangat berbeza dengan chart sekarang, contohnya m15, pasang mtf CC d1, dia akan nampak 'pelik'.

interpolate false untuk CC d1 pada m15 chart
Nampak pelik pulak bila kita stretch data d1 kat chart m15, huhuhu.


Setakat tu dulu. Lain kali kita bincang lagi. 

No comments:

Post a Comment