Wednesday, June 10, 2015

EU 9 Jun 2015

Ada baiknya kita lihat jadual news announcement dahulu bagi Selasa - 9 Jun 2015.

news announcement forex
News schedule 9 June 2015

Noted. Tak ada big news sepanjang hari ni yang akan mengganggu EU.

scalping forex
Japanese candlestick genesis matrix 10 Jun 2015

Atas ni adalah chart Genesis Matrix, dengan japanese candle. Ia adalah untuk mengira exact point kita open. Kita tak digalakkan untuk buka candle biasa semasa trade, kerana kita akan bias terhadap sentimen candle.

Saya ulang rules untuk entry sell.

  1. Genesis matrix berubah warna merah.
  2. Stoch turun dari OB terbaru.
  3. Candle open 'clear' dari 5EMA.
  4. Arrow tak wajib. Tapi ia mengesahkan trend. Selepas kita entri, kita harapkan ada arrow - kalau tak, bersedialah untuk manual close.

scalping forex
Ada 6 occasions genesis matrix tukar warna

Ada 6 no saya highlight. Saya tunjuk point di mana Genesis Matrix bertukar warna.

Ada juga 2 garis melintang saya coret sikit. Yang betul-betul atas garis biru, entry dan lagi satu tu stop loss. Warna merah buy. Warna merah sell.

Mari kita zoom in, apa dia entri 1-6 ni.

1. Signal sell sebaik sahaja Euro open. Stoch bukanlah dari OS terbaru, tapi ini adalah signal awal market (Euro). Boleh jadi suatu petanda bagi overall market harini. Lagi satu nice to know: Ada arrow trend m15 sebaik sahaja EURO open. Nampak tak? (Melambangkan downtrend m15 sejak EURO open lagi).

2. Entry buy kali ni nampak tak meyakinkan. Perhatikan CCI (baris kedua dalam Genesis). CCI punyalah susah nak tukar warna ke putih. (Kebiasaannya, kalau CCI berlengah-lengah, ada sebabnya tersendiri.) Namun, stoch nampak cantik kedua-duanya. Anda akan stopped out kalini.

3. Entry sell dari genesis matrix. Stoch bukan dari OB terbaru.

4. Buy pula dari genesis matrix. Stoch dah menjadi semakin boring. Sejak dari entri no 2, stoch m15 tak sentuh kawasan OS dan juga tak pergi melampaui level 50.

5. Sell pulak. Apa yang kurang kat sini? Stoch bukanlah dari OS area.

6. Buy yang valid. Sebab Stoch m15 dah masuk OS baru-baru ni.

7. Sell signal, tapi Stoch m15 tak cepat turun. Masih lagi elok kat kawasan OS - level 50.

Market is too dynamic. Sukar nak faham. Kan?


Point berikut adalah kesimpulan chart tadi. Harap kita semua take note yer.
  • Perhatikan trend awal di EURO atau LONDON open. Utamakan trade yang ikut trend.
  • Utamakan trade yang ikut peraturan "STOCH keluar dari OB/OS."
  • Kita kena banyak perhatikan Pivot points. Apa jua R,S, dan DP, kena banyak perhatian. Harini EU akan banyak main-main di kawasan DP iaitu Daily Pivot. (Price akan cari Pivot Points, itu dah macam kewajipan bagi dia).
  • Stop loss mesti kena ada. 
  • Market baru-baru ni dah banyak bagi pips free, it's time to rest.
  • Perhatikan price selepas London close. Elok jer naik balik. Bermakna London ada intervene dengan EU tadi. 
  • Mana-mana session open/close tu boleh menyebabkan perubahan kepada market.

scalping system
Rumusan trade terbaik EU 9 jun

Merujuk gambar di atas, kita akan dapat 2 trade sahaja sepanjang London Open (kalau ikut peraturan "STOCH keluar dari OB/OS terbaru"). Satu lagi trade di awal EURO disebabkan oleh trigger trend m15 (walaupun stoch m15 bukanlah dari OS terbaru - tapi ia lebih tinggi dari level 50). Tapi trade kedua tak seperti yang diharapkan.

Stoch m15 kekal bawah level 50 pada jangka masa yang panjang kerana market downtrend, sehinggalah selepas London Close.


Selamat berjaya Genesis Trader!

No comments:

Post a Comment