Monday, June 1, 2015

Apa Sebenarnya Indicator Yang Terlibat Dalam Genesis Matrix Trading Ni?

Ramai yang dah guna genesis matrix trading tau ia adalah sejenis sistem scalping forex yang efisien. Tapi lebih baik kalau kita ambil tahu apa yang digunakan dalam membentuk Genesis Matrix Trading ni.

genesis matrix trading sistem malaysia

Apa sebenarnya yang terkandung dalam Genesis Matrix?

  • Heiken Ashi candles
  • EMA5 typical shift 2
  • FXI pivot
  • Market line open
  • Arrow
  • Stoch m5 dan m15
  • Genesis Matrix m5 dan m15
  • Asctrend min5 dan min15

Heiken ashi ialah average candles. Open dan closenya memang tak sama macam japanese candlestick biasa. Tapi ia amat berguna dalam smaller timeframe macam yang kita trade ni. Sebab kita guna, untuk mengelakkan bias kepada buy/sell berdasarkan pattern dan formation japanese candlestick biasa.

EMA5 typical shift 2 ni plak adalah moving average yang kita gunakan. Setting dengan shift 2 supaya ema tersebut dapat digerakkan ke hadapan. Kita inginkan jarak antara open ha dan 5EMA sangat penting dalam membuka suatu entri.

FXI pivot digunakan dalam menunjukkan pivot points harian yang dikemaskini datanya setiap hari. DP - daily pivot. R1, R2, R3 - resistance. S1, S2, S3 - support. PA akan bertindak balas apabila menghampiri mana-mana garisan tersebut.

Market line open menunjukkan garisan menegak apabila sesuatu session dibuka. Penting, kerana setiap session ada ciri-cirinya.

Arrow. Arrow 1 menunjukkan trend m5 dan arrow bertiga menunjukkan trend m15. Ia sama maksudnya dengan ASCTrend di bawah sekali tu. Kalau anda pilih arrow dan tutup ASCTrend di bawah pun tak mengapa.

Stochastic m5 dan m15 dalam satu window.

Genesis Matrix kita. Terdiri daripada 4 jenis indicator iaitu TVI, CCI, T3MA dan juga GHL (Gann HiLo).

TVI dalam nama lainnya ialah Trade Volume Index. TVI dikira berdasarkan kekerapan tick dan bukannya pada harga. TVI merupakan oscillator yang boleh menentukan titik entry dan exit, arah trend dan isyarat overbought/oversold.

CCI pula ialah Commodity Channel Index. Formula pengiraannya ialah seperti yang berikut:



CCI mengukur perbezaan antara price dan perubahan purata price. Bacaan positif dan tinggi menunjukkan yang price berada atas purata yang akhirnya mencadangkan strength (kekuatan). Bacaan negatif dan rendah menunjukkan yang price berada bawah purata yang akhirnya mencadangkan weakness (kelemahan).

T3MA pula ialah T3 Moving Average. Ia dikatakan lebih baik dari moving average yang biasa. Ia masih ada smoothing technique tersedia, tetapi dengan lag yang lebih sedikit.

Gann HiLo - GHL ialah indicator mengikut trend. Digunakan untuk menghasilkan signal berdasarkan trend semasa. Ia adalah simple ma high atau low 3 period sebelumnya. 

ASCTrend pula ialah penunjuk trend yang digunakan oleh team genesis. Kalau merah, downtrend. Kalau putih, uptrend. Dia sama jer dengan arrow kat atas tu. Kalau kita delete ASCTrend dalam chart, arrow kita boleh gantikan fungsinya. Trade with the trend. ASCTrend.

Kesimpulannya, kita ada leading indicator dan lagging indicator saling melengkapi dalam Genesis Matrix Trading ini. Dari kebanyakan entri yang saya kaji, Genesis Matrix Trading ni memfokuskan trade yang mematuhi TREND semasa. GHL dan T3MA yang mengambil input moving average dalam kiraan formulanya (lagging indicator). Manakala CCI dan TVI lebih memfokuskan kepada oscillator (leading indicator). Dengan 4 indicator tadi, kita filter pula dengan Stochastic Oscillator.

Bersama-sama dengan ha, dengan 5ema, dengan market open line, FXI pivot dan arrow (asctrend) kita sudah ada 9 indicator dalam chart kita.

Sekian. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment