Saturday, June 13, 2015

EU 12 Jun 2015

IFR trading EU 12 Jun 2015

IFR trading.

IFR trading ni adalah cara trade tanpa lihat kepada pergerakan price. Pada kebiasaannya, kita trade menggunakan chart. Tapi Genesis Matrix mampu membantu kita mengesan entry yang high probability dengan bantuan hanya Stoch. IFR ni sesuai digunakan untuk latih tubi, supaya kita dapat mengenal Genesis Matrix dengan lebih rapat lagi. Ia ada diterangkan oleh realjumper (founder genesis matrix) dalam threadnya di sini - http://www.forexfactory.com/showthread.php?p=6215027#post6215027.

Mari kita asah kemahiran mengenal entry yang power dengan Genesis Matrix.

Ingat. Ada 4 kriteria sebelum kita entry mana-mana market.
1. Genesis Matrix berubah warna (kita tunggu sampai period candle habis dulu).
2. Stoch Turun dari OB terkini. Ataupun Naik dari OS terkini. (Trade paling high probability boleh diperoleh jika kita patuh pada rule ini).
3. Open candle HA mempunyai jarak dari 5EMA.
4. Arrow tak wajib, tapi selepas kita ambil satu-satu entry, ia adalah bagus (menandakan kita sedang mendaki trend yang betul). Ingat, arrow adalah penunjuk trend.

Bagi latihan IFR ini, kita abaikan peraturan 3 dan 4 sebab kita tak ada chart untuk dilihat.

1-8. Mana kita patut ambil?

Entry no 1: Sell entry betul-betul lepas EURO open, tapi Stoch m15 sudah pun berada di kawasan OS sebelum ini. (Ingat, dalam downtrend stoch boleh kekal OS).

Entry no 2: Lepas LONDON open, kita lihat ada buy signal hadir. Stoch m15 keluar dari OS area.

Entry no 3: Stoch m15 turun dari level 50 dengan garis %K yang memacak. (Lihat bulatan berikut). Ini bermakna garis %K dalam stoch m15 cuba turun dengan laju dari puncak tadi.

Garis %K (yang putus-putus) dalam stoch m15

Entry no 4: Buy entry yang valid. Boleh diambil.

Entry no 5: False signal. Kalau anda ambil trade ni, perhatikan kesilapan anda di Stoch m15. Stoch m15 flat. Tidak menurun ataupun menaik. Yang hanya terkesan ialah Stoch m5 sahaja.

Entry no 6: Re-entry buy kalau mahu kerana jarak %K dan %D yang menjauh. Ia adalah petanda yang baik bagi trending market.

Jarak %K dan %D stoch m15 banyak membantu kita

Entry no 7: False signal. Stoch m15 teguh, stoch m5 hanya sedikit goyah.

Entry no 8: Re-entry buy, tapi mungkin tak cukup bagus kerana Genesis matrix di bawahnya mula 'bertompok-tompok'.

Chart ada candle. Bandingkan dengan penerangan saya tadi

Berikut merupakan garisan %K dan %D dalam stoch.

%K dan %D dalam stoch

Stoch ada kemampuan tersembunyi yang ramai mungkin tak sedar. Jarak antara %K dan %D boleh membantu kita faham, ke mana price akan pergi (stoch m15). Keadaan Stoch yang flat akan mengelakkan kita dari terambil false signal. Stoch juga boleh kekal OS atau OB terlalu lama kerana price downtrend atau uptrend terlalu lama.


Selamat berjaya dalam mengesan high probability entry guys!!

No comments:

Post a Comment