Wednesday, June 3, 2015

EU 2 Jun 2015

Harinya ialah Selasa, 2 jun. Pair kita hari ni ialah EU.



Before Euro open. Ada 2 garisan merah saya lukis. Kawasan tersebut hanya melibatkan 27 pips sahaja. Adakah selamat untuk saya mengatakan yang tiada trend bagi EU dalam Asian Session? Fikirkan.



Euro open. Berita buruk bagi Stoch m15. Flat dan berada di tengah-tengah. Tidak OB, tidak juga OS. Trade ini boleh diambil, dengan stop loss yang sesuai.



Anda perhatikan garis merah yang saya letak di high sebentar tadi. Ada 4 kali cuba dipecahkan, tapi tak jadi. Sampai HA jadi spinning tops yang besar. PA menghormati high sebelumnya.



Tahniah kepada sesiapa yang hold dari Euro tadi. Paling tidak, dalam tangan sudah ada 48 pips. Lihat di mana kita berada sekarang, atas sedikit R1. Garis merah tadi sudah jadi sejarah. Stoch m15 tak turun ke bawah 50 pun. Spinning top tadi pun tak melambangkan reversal. Dalam gambar di atas, saya ada tunjukkan spinning tops dan genesis di bawahnya. Nampaknya mereka tak setuju antara satu sama lain. Dalam kes ini, percayalah pada genesis anda. Ia akan selamatkan kita dari pelbagai masalah.



High tadi kita tandakan pula dengan garis melintang. Jika price jejak melebihi garis tersebut, breakout trading mungkin boleh dipertimbangkan. Signal sekarang ialah sell. Adakah anda ingin sell? Pastikan stop loss anda terpasang. Perhatikan juga bagaimana price stalling (berlengah-lengah) selama lebih kurang 4 candle (20 minit) di R1 tu.



Ooohh. Sedih juga kali ni. Terperangkap dalam whipsaw. Stop loss pun terkena sudah. Nampaknya pa banyak berlegar-legar di r1 sebelum ada hala tuju yang sebenar. Lihat pada garis 1.09927 yang saya lukiskan tu. Price masih lagi hormat pada garis tersebut buat kali kedua. Nasihat saya pada masa ini, ambil PO buy stop atau sell stop di bawah kedua-dua high dan low ini. Lebihkan 1,2,3 pips supaya tak terkena false breakout. Contohnya ketika ini, anda mungkin boleh:
  • buy stop 1.09957. Stop loss di 1.09438.
  • sell stop 1.09408. Stop loss di 1.09927.



Stoch m15 kekal atas 50. Ini melambangkan uptrend berpanjangan. Price pun berpaut rapat pada R1 ketika ini. Signal buy pula muncul. Sudah dua kali price hentak garisan merah tu. Bagaimana pula dengan cubaan ketiga?



5 candle (25 minit) pa cuba pecah garis merah kita 1.09927. Stoch m15 naik bersungguh-sungguh, gap antara %D dan %K sangat besar. Stoch m5 sudah pun OB. Adakah garisan merah itu akan bertahan setakat ini sahaja? Bagaimana dengan order buy stop kita tadi?



Yang ni pula merupakan chart yang sama, tapi dalam bentuk japanese candlestick. Berlaku pergelutan di 1.09927. Kita akan melakukan kesilapan besar apabila kita percaya pada candle doji dalam bulatan hijau tersebut. Lihat pula genesis di bawahnya. Genesis masih valid buy.



R2 pula. Bamm. Kuat pula trend harini yer. Stoch m15 kekal atas 50. Bila price uptrend gila-gila, kita hanya boleh harapkan persilangan antara %D dan %K dan juga genesis untuk menentukan entri kita. Bila uptrend yang berpanjangan, memang mustahil stoch m15 akan turun ke OS (bila kita trade m5). Samalah kes kalau kita trader m15, jika uptrend berpanjangan di m15 stoch h1 tak akan jatuh ke kawasan OS.



Berehat di R2 pula. 7 period (35 minit) dia duduk situ. Hmm. Genesis kita sudah mula merah sebahagiannya.



Setakat ini saja. 1.09927 pun dah lama kita tinggalkan. Walaupun Genesis pernah merah semua, tapi stoch tak bagi signal pun. Masih liat.

Kita terperangkap dalam krisis r1. Mungkin ada eloknya kalau kita perhatikan ASCTrend kita. Bawah sekali tu. Kalau anda lihat betul-betul, ia berwarna putih kebanyakan masa (tak kira m5 dan m15). 

Seperti kata pengasas genesis, kita entry berdasarkan 4 kriteria: genesis lengkap bertukar warna, Stoch turun atau naik dari OB atau OS terbaru, Ha open jauh dari 5EMA dan arrow itu tidak wajib. Tapi, selepas kita entry, kita mengharapkan arrow tu hadir kerana arrow tu mewakili ASCTrend - standard untuk menentukan trend yang digunakan oleh genesis trader. 

Jika selepas kita entry dan arrow tak datang, ada baiknya kita gerakkan stop loss ke be (breakeven) terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, kita dapat trade dengan keputusan yang sangat bagus kali ini. Hanya 1 loss. Genesis matrix mengekalkan kita dalam trend. HA juga mengelakkan kita tersalah tafsir japanese candlestick. Stoch tidak membantu sangat, tapi silang antara %D dan %K itu sedikit sebanyak mengubati kerinduan kepada stoch.


Sekian, terima kasih!

No comments:

Post a Comment