Saturday, May 16, 2015

Perbezaan Instant Execution vs Market Execution

Kadangkala, anda dapat lihat order anda tidak dipenuhi pada price yang anda mahu. Adakah ia satu penipuan dari broker? Ataupun bug dalam platform mt4? Ia bukan seperti itu. Ia adalah hakikat dalam pasaran forex, di mana price mungkin berubah lebih cepat dari kelajuan order itu akan fill. Terdapat dua jenis execution boleh dipilih dalam mt4: Market Execution dan Instant Execution.

Market Execution:

Jika broker anda menyediakan Market Execution, anda dapat lihat seperti yang berikut:

Market Execution

Di market execution, order anda akan dipenuhi pada price tersedia seterusnya dari price yang anda order. Broker tidak boleh menjamin untuk mengisi order anda pada harga yang sama seperti yang tertera pada skrin bila anda click Buy atau Sell. Ini adalah kerana proses dari anda mengeklik tetikus pc/laptop anda hinggalah execution pada sebelah server akan ambil sedikit masa, padahal perubahan price mungkin lebih cepat dari itu (dalam keadaan market yang high volatility pada masa tertentu).

Perbezaan pada price yang kita order dengan price yang filled ialah *slippage*. Panjang slippage bergantung kepada jurang antara 2 price berturutan yang tersedia (two consecutive available prices). Lebih panjang slippage itu, lebih teruklah situasi ini untuk position anda. Sebagai contoh, anda klik Buy bila anda nampak price 1.20000 pada skrin tapi price bertukar dengan amat laju menjadikan price tersedia seterusnya ialah 1.20010 pada sebelah server ketika order buy anda sampai menjadikan ia sebagai filled order anda. Lebih teruk lagi, anda mungkin akan mendapat price 1.20050 atau lebih tinggi apabila price tersedia seterusnya berada di tahap itu. Anda mungkin akan berhadapan dengan 'pembunuh upahan' slippage dengan Market Execution, tetapi order anda akan sentiasa dipenuhi pada penghujungnya.

Oleh kerana filled price tidak dijamin, market execution tidak membenarkan anda mengisi stop loss atau take profit apabila anda membuat pending order. Anda perlu modify order anda selepas ianya filled. Market execution boleh digunakan oleh apa jua jenis brokerage.

Instant Execution:

Jika broker anda menyediakan Instant Execution, anda dapat lihat seperti yang berikut:

Instant Execution

Jika anda menggunakan Instant Execution, order anda akan filled pada price yang anda kehendaki jika ia sedia di sebelah server apabila order anda datang. Tapi, berbeza dengan market execution, yang mana ia akan fill order anda pada harga tersedia berikutnya tanpa mengira berapa panjangnya slippage tersebut, instant execution pula tidak akan mengisinya jika ia tidak tersedia. Dengan instant execution, anda boleh set maximum deviation, yang membenarkan order dipenuhi dalam julat yang munasabah dari price yang anda kehendaki. Fungsi ini akan mengelakkan mesej *requote* yang mengkehendaki anda untuk menerima price quote baru jika price yang tertera berbeza dengan price yang kita kehendaki.

Requote

Filled price bagi instant execution telah ditentukan terlebih dahulu, maka anda boleh setkan stop loss dan take profit terlebih dahulu. Execution jenis ini digunakan oleh dealing desk atau broker STP biasa, yang tidak menghubungkan order klien anda terus kepada penyumbang liquidity tapi menyalurkannya ke dalam sistem untuk diproses, sama ada oder itu akan mengambil tempat atau tidak.

Perbandingan dan kesimpulan:
Market Execution:
  • Akan dipenuhi pada price tersedia seterusnya.
  • Auto execute jika price tersedia berlainan dari price yang kita mahu.
  • Akan selalu filled.
  • Mungkin menghadapi slippage.
  • Tidak membenarkan stop loss dan take profit untuk pending order.
  •  Digunakan oleh apa jua jenis broker.

Instant Execution:
  • Akan dipenuhi dalam lingkungan maximum (maximum deviation) price yang kita mahu.
  • Ada requote jika price berbeza dengan price yang kita mahu.
  • Mungkin tidak akan filled jika quoted price baru di luar maximum deviation.
  • Mungkin menghadapi requote.
  • Boleh setkan stop loss dan take profit untuk pending order.
  • Hanya ditawarkan oleh broker jenis dealing desk sahaja.

Ia menunjukkan setiap jenis execution ada pro dan kontranya. Yang mana lebih baik bergantung kepada gaya dan strategi trading anda. Pada pendapat kami, market execution adalah lebih baik manakala instant execution adalah lebih selamat. Jika anda meletakkan keutamaan pada peluang filling order dan trade dalam timeframe yang besar, yang mana slippage tidak memainkan peranan yang besar, maka anda patut pilih market execution. Tetapi jika anda ingin kejituan price dalam timeframe yang kecil, instant execution adalah lebih sesuai.



Tapi, ia tak selesai setakat di situ. Lihatlah screenshot di bawah.

Justforex
Kenapa broker ni beria-ia promote market execution yer? Link tersebut di sini. Tak ada sebut pasal slippage pun? Hehehe.

Nak baca lagi pasal perkara ni?


Selamat mencerna.

No comments:

Post a Comment