Monday, May 11, 2015

Kalkulator Baru Updated 11 Mei 2015

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, ada penambahbaikan kepada kalkulator yang saya bangunkan. 

Saya cuba mencari kalkulator untuk track performance akaun forex saya di internet. Akhirnya terjumpa video berikut di internet. https://www.youtube.com/watch?v=yxOWjCirlVQ.

Pada awalnya agak teruja, kerana kalkulator ini nampak sangat kemas dan memang boleh track performance harian kita. Tapi pada akhirnya kalkulator forex ni perlu dibeli dalam website yang dipromote melalui video tersebut.

Akhirnya, lahirlah kalkulator yang baru (updated 11 mei 2015). 

Kalkulator Forex terbaru updated 11 Mei 15

Kalkulator ini saya gabungkan bersama kalkulator sebelum ini iaitu compounding calculator. Kalau anda lihat betul-betul, ada "Sheet 1" dan "Sheet 2" dekat penjuru bawah kiri tu. Kalkulator forex ni tak sama 100% macam dalam video https://www.youtube.com/watch?v=yxOWjCirlVQ, tapi masih boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Cuma, profit per pip tu saya mansuhkan kerana ia agak sukar untuk diimplementasikan dalam kalkulator ini. 

Ciri-ciri kalkulator baru ini. 
  • Track performance anda setiap hari. Setiap hari, ada 12 row (boleh memuatkan 12 trade).
  • Kira purata keuntungan harian, purata % keuntungan harian, keuntungan bulanan dan % keuntungan bulanan. 
  • Days traded di mana row pertama perlu diisi terlebih dahulu sekiranya terdapat trade dilakukan pada hari tersebut. Memudahkan pengiraan purata keuntungan harian. 
  • Modal awal pada permulaan bulan. 
  • Terdapat 23 hari trading maksimum. 
  • Simbol negatif digantikan dengan kurungan (seperti dalam bahasa accounting). 
Kalau anda tak sabar nak godek-godek kalkulator tersebut, dipersilakan. Link downloadnya di sini: http://filecloud.io/93jw2bel.

Video tutorial mengenai kalkulator forex ni akan dibangunkan sedikit masa lagi. Penerangan lebih lanjut akan dibuat menerusi video tersebut. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment