Friday, May 22, 2015

High Impact News dan Kesannya Genesis Matrix

Mari kita lihat kepada HIN (High Impact News) dan tengok kesannya pada Genesis Matrix ni.

Ini adalah sebagai permulaan kepada kajian berterusan. Supaya kita dapat tentukan, adakah kita dapat trade News dengan selamat apabila HIN datang menjelmakan diri. (Semua picture berikut boleh diklik untuk perbesar)



Dalam jadual di atas, berita HIN dijadual pada 2 pagi (waktu malaysia). Matawang yang terlibat ialah USD. Maka, apa jua pair yang melibatkan USD akan menerima tempiasnya.

Mari kita tengok chart tersebut dengan default template Genesis Matrix.



Saya tandakan dengan no 1 hingga 4 dalam chart berikut ni.



Dalam chart kat atas, kita ada label 1 hingga 4.
1 - 2.00-2.05
2 - 2.05-2.10
3 - 2.10-2.15
4 - Genesis Matrix untuk 2.10-2.15

Dalam chart tu kita dapat lihat pukul 2 hingga 2.05 ada high frequency trading berlaku mainly kerana news yang keluar tu. Sangat besar HA tersebut sampai dia cover high dan low sebelumnya (lihat kiri). Genesis Matrix pada period ini tidak sependapat. Ada 3 jalur sahaja yang merah.

Pada candle ke-2, HA bearish. Pada pukul 2.10 setelah candle no 2 lengkap, genesis matrix telah lengkap terjadi dan berwarna merah semua. (Semestinya ada yang berfikiran untuk open sell selepas titik ini - selepas pukul 2.10).

Tapi, pada candle ke-3, HA berwarna putih pula. Bermakna, kembali bullish. Apa yang menarik perhatian saya ialah Genesis Matrix yang lengkap pada pukul 2.15 tersebut, seperti yang ditandakan dengan no 4 bertukar kepada warna putih sepenuhnya, dengan kadar serentak. Keempat-empat indikator dalam matrix tersebut sepakat mengatakan ia adalah bullish situation.

Dan anda dapat lihat apa yang terjadi seterusnya.

Adakah trade news berdasarkan Genesis Matrix hanya boleh diambil selepas 15 minit yang pertama? Ataupun sebaliknya?

Lagi satu. Kalau anda perhati stoch m15, you should be fine. Anda mesti tak tertipu dengan Genesis Matrix masa candle ke 2 tu di mana semuanya warna merah.

Apa yang mungkin saya nak utamakan dalam kajian ni ialah kita tak digalakkan trade news, tapi mungkin kita boleh ambil beberapa point ni into our consideration bila terasa nak cuba trade news.

  1. Heiken Ashi yang sama panjang atas dan bawah shadow-nya terpaksa kita lihat sahaja. Jangan kejar tops atau bottoms candle ni. Sebab kita tak tau apa akan jadi kemudiannya.
  2. Avoid market at best pada 10 minit pertama news. PO anda akan diubah oleh broker. Ada requotes. Dan macam-macam lagi masalah.
  3. Kepentingan Genesis Matrix (matrix dan stoch m15 mainly). 
  4. Kalau matrix (4 baris indicator) tu bertukar watna serentak tanpa lengah-lengah, itu membawa maksud yang sangat penting.
  5. Stoch m15 sangat-sangat penting untuk mengelakkan bad entry.
  6. Menggerakkan profit kepada BE+1 adalah sangat penting dalam situasi ini (HIN). 
Mungkin kita akan ubah kriteria ini dari masa ke semasa. Ia akan ambil masa untuk kaji satu demi satu. Stay tuned.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment