Sunday, May 24, 2015

EU 20 Mei 2015

Sekarang saya ada masa. Heheh. Mari kita kaji entri Genesis Matrix pada 20 Mei 2015. Pair yang dikaji ialah EUR/USD.



Atas ni ialah Chart EU kosong. Saya guna template 1 genesis blank.

Kalau anda terlepas keretapi, rujuk video saya di https://www.youtube.com/watch?v=dkpMweoHT-w.

Dalam chart tersebut, kita cari klu yang 2 ni:
1. Stoch m15 dan m5 turun/naik dari OB/OS area. Kena keluar dulu dari 80/20 level, baru valid.
2. Genesis Matrix kena warna putih, atau merah semua.

Berikut hasilnya. Saya tandakan dengan 4 warna.



1. Stochastic dahulu bergerak. Genesis matrix warna putih semua.
2. Stochastic dahulu bergerak. Genesis matrix merah kemudian.
3. Stochastic m15 tidak pun menjejak level 20. Tapi, saya suka tengok jarak antara %D dan %K sebelumnya 'lebar' tiba-tiba menjadi 'halus'. Genesis matrix datang kemudian.
4. Stochastic terjun. Genesis m5 dan m15 tukar sekali.



Yang atas ni chart HA kita.



Warna yang sama, dengan stop loss masing-masing. Hehehe. Ada loss ke tuan-tuan? Tak ada kan. 100% betul. Mungkin jarak open ngan stop loss jer berbeza sikit, kerana ini ialah chart HA. Walaubagaimanapun, still kena guna HA juga untuk mengelakkan bias candlestick biasa. Pattern itu akan mengelirukan kita.

2 perkara jer. Stochastic falling/rising from OB/OS area dan Genesis Matrix change colour.

Kalau anda sensitif, tengok balik chart tadi. Ada tak entri lain yang saya terlepas?



Genesis matrix putih. Tapi stochastic m15 falling. False signal from Genesis Matrix. Stochastic sebagai filter kita.

Sekian. Selamat mencuba!

ps: Kalau nak template saya guna cam kat atas tu, sila klik sini.

No comments:

Post a Comment