Wednesday, May 13, 2020

Study Case - Losing Signal From ccvxv

Hi. Assalamualaikum. Morning. Di mana saja anda berada!

Kepada sesiapa yang baru nak ikut post ni - sila rujuk sini dulu. Sebab nanti kang saya tak payah cerita panjang dalam warkah kali ini.

Ok. Dalam post kalini kita cuba tengok kat chart berikut:

carta 1

Ada sell-sell-sell-sell-sell (5 kali) dan price pancut ke atas.

The main culprit (pesalah) kat sini ialah algo yang saya guna ni merujuk kepada trend following strategy. Signal tak salah. Yang salah ialah trader yang ikut signal ni membuta-tuli.

Price selalunya akan respect snr level, snd fresh, atau apa saja fibo yang dipraktikkan di seluruh dunia.

The 1 Millionaire Question Is?! Cemana Nak Counter Losing Position Ni?

carta 2

Dalam carta 2 saya gunakan indicator trend yang lebih pendek sedikit berbanding carta 1. Ditandakan dengan dot kuning tu. Last signal (no 5) tak hadir kerana trend sudah pun memihak kepada buy.

Dari pendapat saya (dipengaruhi oleh bbma), saya mungkin akan cut apabila harga mula membuat csak signifikan di 1 tf atasnya. Kiranya cut loss mengambil tempat apabila h1 buat csak buy.

carta 3

Harga mendaki naik tanpa toleh ke belakang setelah csak buy h1 menjelma. Kalau kita masih lagi berharap untuk menunggu reentry sell h4 menyokong pendapat kita, mungkin kita salah ketika ini.

Kesimpulan: mengubah nilai trend di mata kita, boleh menyelesaikan masalah.

Catatan ni mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk disiapkan.

No comments:

Post a Comment