Saturday, May 9, 2020

Kenapa Signal Channel Telegram ccvxv Fail?

Assalamualaikum. Selamat pagi. Di mana jua anda berada. Semoga kesejahteraan sentiasa di sekeliling anda semua.

Seperti saya janjikan, saya akan kupas sikit masalah menggunakan signal dalam channel telegram testing saya. Bagi yang tak pernah tau lagi pasal channel telegram saya, anda boleh singgah ke channel tersebut di sini. Jangan risau, tak ada nak promo apa-apa pun. Tak perlu invite kawan ke apa. Semua free. Sebab semua signal diberi menggunakan bot + automatik. Cuma user (kita la tu) perlu tapis dengan analisis kita sendiri.

Channel tu dinamakan testing kerana masih lagi dalam testing mode. Sudah semestinya ia boleh beri signal menjana profit, tapi ada beberapa tuning masih saya fikirkan. Supaya final result sangat-sangat power!

Jadi, anda boleh jer join kami dan dapat manfaat daripada fasa pembangunan ni dengan sama-sama test signal yang dikongsi tu. Dan mungkin ada buah fikiran juga daripada anda semua. 

Cukup dengan intro. Sekarang nak buat sikit troubleshooting dan cerita sikit apa masalah sebenar di sebalik signal yang dikongsi tu.

carta 1
Carta 1 menunjukkan signal yang dihasilkan menurut algo saya. Menggunakan 3 indicator, visi saya ialah mengukur retracement maksimum pergerakan harga sebelum harga meneruskan trend asal.

Antara pengaruh utama saya ialah bbma oma ally - ma high, ma low, dan bollinger band banyak saya kaji & ubah untuk keselesaan sendiri. Dan pengetahuan mengenai indicator basic dalam mt4 semua saya kerahkan dalam pembinaan signal macam dalam carta 1. 

Kaitan bbma Dengan Carta 1

Carta 1 ni kiranya retracement ataupun reentry ma10 di timeframe h4 menurut bbma.

carta 2

Carta 2 merupakan kawasan carta yang sama dengan carta 1 - cuma kalini di h4. Macam saya kata tadi itulah poin-poin di mana reentry sell h4 terjadi. Dan ini tipikal dalam aliran bbma sendiri. Bila kita entry menurut reentry dan harga degil takmau buat cs momentum, harga pusing 360 darjah. Tak pasal-pasal keluar pula cs arah kukuh buy pula. Hahaha.

Inilah kelemahan kalau kita bergantung kepada indicator 100%. Sebab indicator takde nilai future forecasting. Dia ambil harga lalu dan kemudian dilukis pada chart.

Cara Untuk Tau Harga Akan Buat Setup Berlawanan

Sebab kita guna simple teknik untuk buat signal, jadi logik mudah perlu digunakan juga. Logik sukar tak mampu lagi saya terapkan macam letak fibo, snd atau snr level dalam menetapkan sl, tp dalam signal ni.

Yang saya tau ambil 2-3 indicator, dan cari best parameter untuk dibuat anak panah, notification.

Dalam satu-satu trend, akan ada trend yang lebih kecil.

rajah 1

Dalam timeframe besar harga nampak stabil, bila pergi ke timeframe lebih kecil, dapat dilihat yang high low, low high, sideway dibentuk. Pendapat yang mengatakan 'ikut trend timeframe besar' tu betul. Tapi perlu juga kita jenguk-jenguk timeframe kecil. Nak tau klu di mana harga akan berubah arah dari sell ke buy atau buy ke sell.

Apa Kaitannya Dengan Senario Signal Tadi?

Kaitkan balik dengan carta 1 (m15) dan carta 2 (h4) tadi. Kalau kita alpa, m15 akan break dan buat new trend yang menjadi trend major. Walaupun trend minor tadi nampak macam tak ada apa-apa, rupa-rupanya dia dah pun buat keputusan untuk mengubah trend major.

Dalam trend major sell, ada trend minor juga. Setiap kali trend minor tu ke atas, itu merupakan poin retracement sell. Sebaliknya, dalam trend major buy, retracement buy akan berlaku dengan melihat trend minor.

rajah 2

Dengan kata lain - inilah yang selalu diulang-ulang kalau kita merujuk kepada struktur market. Kawasan paling mencabar ialah bila trend major tu jadi sideway. Situ ialah killer kebanyakan trader. Dia menjangkakan yang mungkin harga akan sideway buat sementara saja. Tapi harga rupanya berubah 360 darjah melawan posisinya.

Dalam trend major, ada trend minor. Dalam trend minor, ada lagi tak trend minor?

rajah 3

Jelas kan? Setiap timeframe tu ada hubungan antara satu sama lain. Saya taktau nak bagi nama apa, sebab tu saya letak minor-minor. Panggilan tak penting. Mungkin tak sama, tapi pemahaman kita sama. Itu lebih penting.

Dalam contoh carta 2, sell di h4 semakin terhakis dan harga makin naik perlahan-lahan. Rupa-rupanya dalam carta 1, m15 dah pun memulakan kenaikan yang agresif.

carta 3

Dalam timeframe m5 ni cuba anda perhatikan dekat poin yang saya tandakan dengan tapak tangan tu. Yang menariknya ialah bila tangan ni muncul sebanyak 2-3 kali, harga kemudiannya berpusing 360 darjah. Adakah itu maksudnya trend minor akan mengubah trend major?

Lebih ujikaji akan mendatang. Stay tuned. Catatan ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk disiapkan.

No comments:

Post a Comment