Monday, May 25, 2020

Cara Menguruskan Signal Telegram

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys.

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin. 

Bila inspirasi datang, kena catat. Takut nanti terlupa.

Korang boleh klik labels kat bawah ni. Elakkan false signal - untuk pergi ke post-post sebelum ni. Sila lihat carta berikut. 

Carta 1

Dalam carta 1, kita dihidangkan dengan reentry sell h4. Saya ingin mencuri perhatian anda di no 1 dan 2, di mana 1 ialah reentry yang valid. Tetapi di 2 ia menjadi extreme sell pula. Namun, price kemudian sideway kejap, sebelum meneruskan penurunan.

Carta 2

Dalam carta 2, kita dihidangkan pula situasi sama seperti carta 1, cuma di timeframe h4. Tumpuan kita masih lagi no 1 dan 2. Anda dapat lihat bahawa kita merujuk kepada reentry selepas csa awal.

Antara persoalan yang berlegar-legar ialah, cemana kita nak tau position itu boleh hold atau tidak?

Carta 3

Mengikut carta 3, saya ubah sikit setting bb. Untuk kesan extreme dan momentum, saya gunakan bb 40. Rujuk balik carta 1 dan 2. Poin 1 ialah sell reentry biasa di ma5 h4. Tapi ternyata reentry tu telah merebak menjadi lebih tinggi. Ini bermakna sekarang ia telah menjadi reentry di ma10 h4. Untuk mengetahui (secara kasar) jika kenaikan tu sudah pun haus, kena rujuk kepada klu candle vs bb. Di bb 40, diketahui bahawa berlakunya extreme sell (rujuk carta 1) kemudian harga pun sideway panjang sebelum meneruskan penurunan.

Carta 4

Diteruskan dengan poin 3, 4 dan 5. Kesemuanya ialah entry reentry sell h4.

Carta 5

Poin 3, 4 dan 5 semuanya reentry h4. Cuma reentry ni gagal untuk meneruskan perjalanan, kemudian candle membuat arah buy menjadikan market berpusing 360 darjah.

Macam boleh dilihat, poin 3, 4 dah pun buat extreme sell. Kemudian di 5, harga terus membuat extreme sell bagi kali ke-3 berturut-turut tanpa mhv sell. Extreme berkenaan sangat tidak normal, kemungkinan juga masa itu sudah tiada lagi istilah extreme sesuai untuk diberi, malahan momentum buy pula hadir.

No comments:

Post a Comment