Friday, May 1, 2020

BBMA Reentry h4 Signal Telegram

Ok. Harini kita bukak kelas bbma sikit.

Carta 1

Bbma sebenarnya trend trading technique. Maknanya, dalam uptrend ada high, low diikuti higher high, higher low. Dalam downtrend pula low, high diikuti lower low dan lower high.

Cuma dalam bbma untuk visualize semua higher high, higher low apa semua ni, kita guna ma + bb. Ma untuk moving average dan bb untuk bollinger bands.

Untuk pencerahan terperinci mengenai bbma, banyak bacaan, video dalam internet. Dalam youtube banyak, dalam telegram banyak. Dalam google pun ada. Tinggal rajin tak rajin saja. Saya share yang official dari founder bbma sendiri. Ebook part 1part 2. 2 link ni anda klik dan akan ke telegram untuk download pdf-pdf tersebut.

Dekat situ, asas bbma dah diceritakan secara terperinci. Asas ada dalam 2 ebook tersebut. Kalau nak advance, banyak otai boleh tunjukkan.

Carta 1 menunjukkan reentry buy h4 menurut bbma. Ada 7 point saya warnakan dengan kotak merah. Itu semua merupakan cara entry paling selamat menurut bbma.

Dan carta 2 berikut ni menunjukkan kawasan-kawasan kotak yang sama. Tapi di chart m15. Sila perhatikan terdapat arrow berwarna putih dalam kotak-kotak berwarna merah. Sama seperti reentry bbma, dengan kurang layer. Tujuan ialah menangkap early entry dengan lebih confirmation.

Carta 2

Ketika mula-mula belajar bbma - saya percaya yang ma low (dalam kes buy) tu some kind of magic indicator. Saya ingat price akan berhenti kat ma low, kemudian price akan bounce naik lepas kiss ma low. Ternyata saya naif gila masa tu. Mana mungkin price respect ma low. Melainkan ada bukti-bukti lain macam snr, fibo level dan snd berdekatan. 

Rajah 1

Ramai nak entry, dan kemudian nak price terus fly. Price pandalela. Itulah term-term yang digunakan untuk pergerakan price. Sebab fly menunjukkan pergerakan ke atas yang drastik, begitu juga lawannya pandalela terjun ke bawah.

Hakikatnya, berapa ramai yang tahan float dulu? Yang berlapis-lapis layer? Yang tutup signal service dia sebab banyak maki hamun keluar kerana tak tahan layer martingale tu. Berapa ramai yang terkorban sebab layer gila-gila tu. 

Bbma tak terlepas dari dugaan ni.

Rajah 2

Sememangnya ini ialah kelaziman dalam trading, terutamanya kalau kita baru dalam bidang ni. Kita ingat price akan berhenti at some point, dan secara semborono kita layer kat kawasan tersebut. Antara sebab kenapa kita jadi camtu ialah, kerana kita tunggu depan chart - takmau tinggal mt4. Kita tak sabar nak tunggu dia reverse naik ke atas. At least ada sedikit confirmation pun tak apa la. Tapi kita tak tunggu pun. Main terjah saja.

Sebab tu la saya kejar ilmu-ilmu bbma di merata tempat. Dan hasilnya ialah dalam carta 2.

Carta 3

Signal akan dianalisa oleh mt4 dan signal tersebut akan dihantar ke telegram melalui bot yang telah diamanahkan. Dengan cara ni, saya dapat tahan nafsu untuk entry market. Dan lebih menikmati kehidupan. Selama ni, banyak sangat masa depan chart. Sampai anak bini terabai. Sampai kewajipan terabai dan minda melayang tah ke mana-mana.

Menggunakan indicator yang tidak repaint, arrow yang dilukis di carta tersebut tidak akan repaint sama sekali. Apa yang anda lihat ialah apa yang anda akan dapat. Kalau takmau pakai bbma pun tak apa. Boleh saja digabungkan dengan fibo, snr level dan snd yang berkaitan. 

No comments:

Post a Comment