Thursday, May 14, 2020

Cara Nak Buat Drop-down List Dalam Menu Custom Indicator MQL4

Assalamualaikum dan selamat datang guys. Semalam pening gila. Nak cari penyelesaian, cemana nak buat dropdown list dalam custom indicator. Penat mencari kat google. Terjumpa juga satu blog. Sangat membantu.

Blog tersebut boleh dibaca melalui link ini.

gambar 1

Dalam menu kat atas ni nampak cam biasa-biasa kan. Ini pun dah cukup pening untuk saya create. Maklumlah, noob lagi. Kemudian, saya cuba buat dropdown list dalam menu-menu terpilih tu. Antara sebab saya buat begitu ialah nak kekalkan fokus untuk test dalam range yang sesuai saja dan tak menyasar terlalu jauh daripada range yang functional.

gambar 2

Dan hasilnya.. Jeng, jeng, jeng. Alhamdulillah. Memang cantik. Sama macam yang saya nak. Dan optimization juga saya boleh lakukan dengan main tekan-tekan daripada dropdown tu. Nak tengok cemana optimization tu makin menjadi?

Berikut ialah chart daripada terminal saya.

carta 1
Nampaknya pair gj ni aktif mencari reentry h4. Semua reentry h4 semasa saya postkan carta ini.

Dan kalau digabungkan lagi dengan bbma, hasil dia akan lagi mencerahkan kita dengan logik, kenapa kena elakkan entry di situ, kenapa kena tp dekat situ, kenapa dah boleh mula cut loss kat sana.

No comments:

Post a Comment